View: 2608|Reply: 7
|
Bencinta pilihan juara AJL24
[Copy link]
|
|
8 Jan
Bencinta pilihan juara AJL24 Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
MISHA akan memberi saingan hebat kepada Faizal Tahir
| Lagu Cinta Adam & Hawa dijangka beri saingan sengit
LAGU Bencinta ciptaan Faizal Tahir hasil gandingan bersama AudiMok diramal mempunyai potensi besar menggondol trofi Juara Lagu padaAnugerah Juara Lagu (AJL) ke -24, Ahad ini.
Lagu dendangan Faizal itu bukan saja mempunyai kekuatan dariaspek susunan muzik yang unik tetapi liriknya juga kuat untukmembolehkan penyanyi itu bersama Audi membawa pulang wang tunaibernilai RM 35,000.
Masihbelum terlambat untuk penyanyi ini memikat hati juri menerusi vokal danpenghayatan kerana 30 peratus lagi markah lagi dinilai pada malampertandingan. Sekiranya Bencinta dinobatkan Juara Lagu, kekecewaantewas di tangan Meet Uncle Hussein pada AJL 23 yang lalu mungkinterubat. Namun tidak adil melihat kepada kekuatan Faizal Tahir sahaja,seolah-olah 13 lagu lain tidak berpeluang untuk dinobatkan sebagaiJuara Lagu bagi edisi kali ke-24.
Memberi saingan terdekat kepada lagu Bencinta adalah karyanukilan Loloq dan Azmeer iaitu lagu Cinta Adam & Hawa dendanganMisha Omar. Kejayaan menggondol anugerah Lagu Pop Terbaik pada AnugerahIndustri Muzik 2009 (AIM) ini berkemungkinan mempengaruhi keputusanjuri dan mengulangi semula kejayaan pada AIM.
Menghayati bait-bait seni kata lagu Cinta Adam & Hawa mempunyai maksud yang sangat luas, bukan sekadar kisah cinta biasa.
| KEMUNCULAN Yuna memberi lebih perhatian terhadap AJL24.
| Melodinyatersendiri, manakala liriknya yang puitis memberi kelebihan untuk laguini dinobatkan sebagai Juara Lagu. Selain mengulangi kejayaan pada AIM2009, mungkinkah penyanyi kelahiran Kelantan ini bakal mengulangisemula kejayaan AJL 2003? Lagu dendangannya Bunga-Bunga Cinta nukilankomposer terkenal Adnan Abu Hassan pernah diangkat sebagai Juara Lagudan turut memenangi kategori Lagu Balada Terbaik.
Selain memenangi Juara Lagu, Misha berpotensi membawa pulangtrofi Vokal Terbaik yang menawarkan wang tunai RM10,000 kerana diantara penyanyi yang membuat persembahan pada malam kemuncak AJL24nanti, vokal penyanyi wanita ini diakui antara terbaik. Namun janganlupa kepada bakat baru, Black anak muda yang menggalas tanggungjawabmembawakan lagu dan lirik ciptaan Yuzai akan memberi saingan terdekatkepada Misha Omar.
Jika Black berjaya ‘menumpaskan’ vokal penyanyi yang sudahlapan tahun mewarnai industri muzik tanah air, ia bukanlah satukeputusan mengejutkan. Ini kerana vokal anak muda ini boleh mencapainada paling tinggi, dan dilihat sebagai satu kelebihan kerana tidakramai penyanyi lelaki memiliki vokal sedemikian.
Namun semua itu terletak di tangan di juri. Siapa saja pilihanmereka, kita harus akur kerana keputusan adalah muktamad. Bagaimanapunapabila menyelak kembali sejarah penganjuran, keputusan AJL yang lalusentiasa di luar jangkaan dan mencetuskan kontroversi.
Pernahbeberapa kali keputusannya dipertikaikan kerana lagu yang dipilihkononnya tidak mempunyai kelayakan untuk diangkat sebagai juara. Duatahun kebelakangan ini pula, arus indie melanda AJL. Pada AJL 22 dan23, Juara Lagu menjadi milik kumpulan indie iaitu Estranged dan MeetUncle Hussein, mungkinkah fenomena indie akan terus mempengaruhikeputusan AJL untuk tahun ketiga berturut-turut?
Yuna yang juga lahir dari arus muzik indie dilihat berpotensiuntuk diangkat sebagai juara. Penyanyi yang juga pencipta lagu DanSebenarnya ini turut dilihat sebagai salah seorang pencabar terdekatkepada Bencinta dan lagu Cinta Adam & Hawa. Kekuatan lagu Yunaterletak kepada karyanya yang segar.
Selain Yuna, lagu Situasi dendangan Bunkface juga mempunyaipeluang untuk meraih gelaran juara. Muzik yang diperjuangkan duapenyanyi ini mempunyai elemen segar, apatah lagi ia mewakili arus muziksekarang.
Lagu ciptaan Aizat, Kau Aku turut dilihat mempunyai potensiuntuk bergelar juara. Kemampuan penyanyi muda itu mencipta sendirilagunya adalah bonus kepada penyanyi ini, selain Kau Aku, sebuah lagilagu dendangan Aizat iaitu Pergi ciptaan Pete Teo dan Amran Omar jugadikatakan mempunyai peluang cerah.
Sementara itu, bagi kategori Persembahan Terbaik menawarkanwang tunai RM10,000, ramai berasakan ia mungkin milik Stacy. Penyanyilagu Pakai Buang ini sering kali memberikan persembahan bertenagatetapi kita masih belum melihat persembahan penyanyi lain. Selain juarayang akan membawa wang tunai RM35,000, naib juara pula bakal menerimaRM15,000 dan tempat ketiga RM12,000.
Lagu bertanding
1) Aurora (Estranged/ Estranged)
2) Tak Mungkin Kerana Sayang (Alyah/ Ajai/ Habsah Hassan)
3) Cinta Adam & Hawa (Misha Omar/ Azmeer/ Loloq)
4) Masih Jelas (Hafiz/ Aidit Alfian/ Ad Samad)
5) Situasi (Bunkface/ Sam)
6) Pakai Buang (Stacy/ Edry)
7) Pergi (Aizat/ Pete Teo)
8) Aku Skandal (Hujan/ Noh)
9) Bencinta (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir)
10) Aku Rindu Sayang Kamu (Black/ Yuzai)
11) Bengang (Akim/ Amir/ Sheikh Qalam)
12) Dan Sebenarnya (Yuna/ Yuna/ Paan/ Efry/ Adil)
13) Kau Aku (Aizat/ Aizat)
14) Rindu Terhenti (Tomok/ Aubrey Suwito/ Tinta) |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa ea aku rasa macam bencinta jer menang...... |
|
|
|
|
|
|
|
Dini pun suka jugak dgr lagu Bencinta nie...... |
|
|
|
|
|
|
|
lagu Adam dan Hawa nih, apsal ku rasa mcm tak masuk aje lirik ngan melodi part korus dia?
yg benar
Aku yg tak reti muzik, tau dengar best ngan tak best aje. |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak Misha atau Yuna yg menang..boleh? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku nak Faizal tahir menag suma persembahan terbaik, vokal dan yg penting AJl .I sapot u :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Nak bencinta menang, tapi kalau ada hype ni takut tak menang pula. tapi harap-harap lah menaaaang.. |
|
|
|
|
|
|
|
tulh...ako pon nk bencinta mng
tp tkut plak sbb bnyk org ltk harapn y tinggi utk lgu nih...
so,ako fkr klu x mng pon x pa..
apa pon ako tetap support pejal..{:1_147:} |
|
|
|
|
|
|
| |
|