|
KUALA LUMPUR, 9 Januari 2010: Walaupun Miss Propa bercuti panjang sempena meraikan Tahun Baru 2010, tapi itu tidak bermakna Miss Propa harus ketinggalan untuk majlis sambutan ulang tahun ke-2 portal hiburan murai.com.my yang akan berlangsung pada 15 Januari nanti.
Bisik-bisik yang Miss Propa dengar, gempak sungguh persiapan yang telah diatur oleh warga kerja murai.com.my, termasuklah dari segi aspek persembahan artis popular dan juga pelancaran segmen fesyen yang akan diadakan di Royal Ballroom, Hotel Palace of Golden Horses.
Miss Propa sebenarnya tertarik dengan tema Fabulous 80's yang di ketengahkan oleh ketua Editor murai.com.my, Roslen Fadzil itu. Nampaknya terpaksalah Miss Propa cari pereka fesyen yang paling sesuai untuk menyerlah penampilan Miss Propa pada malam itu yang cuba mengenang Francisca Peter, Madonna, Culture Club dan Alleycats dan ramai lagi
Tapi sebelum berlangsungnya majlis ulang tahun murai.com.my itu kelak, ada acara yang sangat dinanti-nantikan oleh kebanyakan pengikut industri hiburan tempatan selain Anugerah Juara Lagu 24 (AJL24) malam esok, 10 Januari.
Nak tahu apa dia? Tentulah pelancaran album duet antara Dato' Siti Nurhaliza dan Krisdayanti yang akan berlangsung pada Isnin ini.
Di sebalik pelancaran itu nanti, perkhabaran yang Miss Propa dengar, ada sekumpulan wartawan hiburan tempatan telah bersatu padu untuk membuat satu kejutan kepada Dato' Siti sempena meraikan hari lahirnya yang ke-31 pada 11 Januari ini. Sebenarnya Miss Propa sendiri tak tahu apa bendanya.
Apapun jangan lupa untuk terus menyokong murai.com.my. Semoga tahun baru akan memberi inspirasi dan kebahagian buat kita semua. |
|