|
Tak mahu peminat hampa
Oleh Esme Johari Wahab
[email protected]
"Saya mahu tampil acara kemuncak AJL24 kerana tanggungjawab dantidak mahu menghampakan peminat. Saya tidak letak harapan tinggiberikutan pelbagai masalah dialami sepanjang dua bulan kebelakangan initetapi saya tidak menjadikannya sebagai satu alasan.
"Persembahanfinal membuat saya mahu bukti kemampuan walaupun tidakberada padatahap 100 peratus untuk menyanyi seperti sebelum ini atautahun lalu,"katanya.
Sewaktu AJL23 tahun lalu, Faizal mempertaruhkan dualagu, Cuba danSampai Syurga tetapi kali ini penyanyi berusia 31 tahunitu menyandarkanharapan kepada Bercinta ciptaan bersama komposer, AudiMok. Tahun lalu,lagu Sampai Syurga mencatat kejayaan apabila menangkategori BaladaTerbaik manakala Faizal menang Vokal Terbaik.
Faizalmengakui dirinya berdepan masalah untuk tampil pada tahapterbaikmenghadapi final AJL24 di Stadium Putra, Bukit Jalil, keranasudahlebih sebulan tidak menjalani sebarang latihan vokal.
"Sayaakui vokal sedikit berkarat kerana lebih lima minggu tidakmenyanyi.Apabila masuk hospital, baru baru ini, banyak aktivititerjejas.Selepas keluar, doktor menasihatkan supaya lebih banyakberehat tanpaaktiviti luar bagi mengembalikan kecergasan.
"Buat masa ini,saya masih meneruskan rawatan susulan mengatasi masalahdarah bekudalam urat akibat kecederaan ligamen kaki kanan dialamisebelumberlangsung cabaran peringkat separuh akhir Muzik Muzik, Oktoberlalu.Pergerakan terbatas kerana saya perlu berdiri menggunakan tongkat.
"PadaAJL24, saya cuba tampil persembahan tanpa sokongan tongkat.Walaupuntidak boleh berdiri lama, paling lama antara lima hingga enamminittetapi saya rasa jangka masa itu memadai.
"Debaran cabaranfinal membuatkan semangat berkobar-kobar kerana situasikeadaan itumembuatkan seseorang sentiasa mahu beri aksi terbaik,"katanya.
AJL24 menampilkan cabaran 14 lagu daripada 13 artis solo dan berkumpulan. |
|