CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: washere2

Tahniah FT - Bencinta ke 3

[Copy link]
Post time 11-1-2010 07:38 PM | Show all posts
isteri FT yg si ally tegur tu yg dia sangka si yuna tu ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2010 07:54 PM | Show all posts
isteri FT yg si ally tegur tu yg dia sangka si yuna tu ke?
sicomel Post at 11-1-2010 19:38


bukan kot, cuma yang tahu dia pergi, maybe backstage, in case apa2
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 08:20 PM | Show all posts
Persembahan FT tak menarik malam tadi

Biasa saja
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 08:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by snowey_dey at 11-1-2010 20:54
isteri FT yg si ally tegur tu yg dia sangka si yuna tu ke?
sicomel Post at 11-1-2010 19:38


uish.. bukanlah..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2010 12:05 PM | Show all posts
tahniah FT....tetap perform walaupon tgh sakit......

terus menyokong FT.........
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2010 12:12 PM | Show all posts
still igt performance lagu BENCINTA paling best masa ABP tahun lepas....masa 2 FT sihat lg...memang gempak dgn gendang cina....smp aku terpk AJL nt FT nk wat gimik apa pulak(masa 2 cam comfirm je lagu ni masuk final AJL)...
huhu....tp malangnya FT sakit....so apa yg dirancang tuh mesti terbatas kan

dpt no3 jadilah....walaupon aku mengharapkan juara...

smga FT tabah menempuh dugaan ni....insyaallah ada sinar yg menanti...may Allah bless u...amin

aku akan terus sokong FT smp bila2....:pompom:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2010 02:21 PM | Show all posts
tkenapalah suh FT berdiri lama2 ats pentas mlm tuh. sian dia... dahlah tak sihat. patutnya kenalah sediakan kerusi...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2010 02:22 PM | Show all posts
apalah penganjur AJL nih. tak concern langsung pasal org yg tak berapa nak sihat.. jalan pun terhinjut2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2010 03:11 PM | Show all posts
FT berdiri sebab dia yang berkeras tak mau duduk. So degil our FT.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2010 04:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by washere2 at 12-1-2010 17:49

Sementara itu, aksi bertenaga Faizal Tahir menerusi lagu Bencinta memikat para juri untuk menobatkannya selesa di tangga ketiga.

Menurut Faizal, keterbatasan fizikalnya untuk tampil agresif dan bertenaga di atas pentas ternyata tidak melemahkannya untuk tetap menampilkan persembahan memukau.

Dengan imej dan busana ala Michael Jackson, Faizal yang terpaksa bertongkat kerana masalah kesihatan yang dihadapinya, memang memukau dengan lagu Bencinta.

"Asalnya, saya merancang untuk tampil dengan persembahan yang biasa-biasa saja ekoran keadaan kesihatan yang saya hadapi sekarang.


Biar pun dalam keadaan sakit, Faizal tetap memukau dengan vokal bertenaga, penampilan bertongkat dan imej ala Michael Jackson.

"Saya memang sudah rancang untuk sekadar naik ke pentas dan nyanyi saja lagu itu. Ini kerana saya sedar keadaan kesihatan ini pasti akan mengganggu kelancaran persembahan.

"Saya amat bersyukur dengan peluang dan kejayaan ini. Walaupun ada awalnya, saya agak ragu-ragu dengan kemampuan diri untuk muncul di AJL.

"Saya kuatkan diri demi tanggungjawab sebagai penyanyi dan komposer lagu ini," jelas Faizal.

Faizal turut mengakui, pada awalnya dia merancang untuk tampil dengan sebuah persembahan yang berskala besar dan lain daripada yang lain. Tapi, ia melibatkan komitmen satu pihak yang lain. Malangnya perancangan itu tidak mendapat kelulusan pihak tersebut dan enggan untuk bekerjasama dalam persembahan yang dirancang.

Justeru, perancangan itu terpaksa dilupakan saja. Bagaimanapun, persembahan Faizal tetap gah dengan alternatif persembahan baru seperti yang ditampilkan.

Faizal bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai pihak terbabit yang dimaksudkannya itu.


mstar 12/1
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2010 05:29 PM | Show all posts
FT berdiri sebab dia yang berkeras tak mau duduk. So degil our FT.......
nad03 Post at 12-1-2010 15:11


oh yer ke..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2010 08:29 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2010 08:30 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2010 02:08 AM | Show all posts
Persembahan FT tak menarik malam tadi

Biasa saja
puteri_rania Post at 11-1-2010 20:20



mmg lh x menarik.
sbb dia sakit..
kira ok lah klu nk compare ngan artis lain y x sakit..
y pentng...his spirit
sush nk dpt org cm dia..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2010 11:43 AM | Show all posts
yang part dia berlutut tu mahal... dah la lutut dia sakit.. emm klu dia nak buat sesuatu, mmg dia buat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2010 02:00 PM | Show all posts
'Melodi Pergi bagus tapi kurang dinamik'

KEMENANGAN lagu Pergi ciptaan Pete Teo, lirik Amran Omar dan nyanyian Aizat diangkat sebagai juara pada Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) Ahad lalu, mungkin mengejutkan kerana ada menganggap lagu dipertaruhkan kumpulan Indie serta lagu ciptaan komposer lama lebih layak.

Malah, lagu itu juga melakar kejayaan pada Anugerah Industri Muzik ke-16 (AIM16), Mei tahun lalu apabila menang Lagu Terbaik. Bagaimanapun, lagu itu bukan saja tidak menang tempat pertama, malah kedua dan juga ketiga yang berpihak kepada Dan Sebenarnya ciptaan dan nyanyian Yuna serta Bencinta ciptaan Audi Mok dan Faizal Tahir. Misha menjadi satu-satunya penyanyi senior kerana berentap di pentas AJL kali kelima manakala Aizat yang diasah bakat menerusi program Akademi Fantasia musim kelima (AF5), baru kali kedua. Selain kejayaan Pergi menang RM35,000, satu lagi lagu nyanyian Aizat, Kau Aku ciptaan Aizat, membawa kejayaan kepadanya untuk Persembahan Terbaik. AJL24 juga menyaksikan kejayaan artis solo dan lebih membanggakan lagu itu adalah ciptaan penyanyinya sendiri. Selain Azmeer dan Loloq yang sering menyertai AJL, seorang lagi komposer hebat yang turut bersaing, Ajai dengan lagu Tak Mungkin Kerna Sayang dan lirik oleh Habsah Hassan. Penyanyinya, Alyah juga memberikan persembahan membanggakan tetapi tidak bernasib baik.


Apakah juri profesional dibarisi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Dr Wan Zawawi, Dr Syed Ahmad Faizal Syed Fadzil Al-Attas (Pacai), Zainal Abidin, Fatimah Abu Bakar, Hazami dan Fauzi Marzuki selaku ketua juri mengadili 14 lagu bertanding seadil-adilnya? Bagaimana perasaan Azmeer apabila tewas di AJL24? Berkongsi pandangan mengenai kekalahan lagu ini dan perkembangan AJL24 secara keseluruhan, wartawan Rap, ELRAFAEI SAPI ([email protected]) menemu bual Azmeer untuk ruangan ini.


Azmeer atau nama sebenarnya, Azhar Abu Bakar, 44, berpengalaman sebagai komposer dan pernah menjadi juri pelbagai pertandingan nyanyian sebelum ini. Antaranya, Gang Starz, My Starz LG dan AJL23 tahun lalu. Mendalami bidang muzik, beliau kini meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Seni Muzik, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.


SOALAN (S): Apa komen anda mengenai keputusan AJL24? JAWAPAN (J): Bagi saya, setiap keputusan harus diterima secara adil dan reda kerana pengadilan AJL24 bukan dibuat seorang juri tetapi lapan juri profesional yang bertanggungjawab menilai lagu bertanding. Namun, saya berpandangan, pemilihan juri yang layak pada pertandingan seperti ini perlu dibuat dengan teliti. Juri harus tahu apakah itu aspek dinamik pada lagu, susunan muzik dan melodi yang mempunyai kekuatan untuk melayakkan sesebuah lagu itu jadi juara.

Sepatutnya, lebih banyak juri seperti Fauzi dipanggil untuk mengadili pertandingan ini. Pengetahuan dan pengalaman juri pada aspek teknikal amat penting untuk mengadilinya dengan baik. Sebagaimana kita boleh lihat pada majlis Anugerah Industri Muzik (AIM), juri terbabit adalah mereka yang tahu aspek teknikal lagu dan muzik.


Jika dilihat pada AJL sebelum ini, ketika kemenangan lagu Sekadar Di Pinggiran ciptaan Manan Ngah, Menaruh Harapan (A Ali) dan Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu (Datuk Ahmad Nawab), juri yang bertanggungjawab adalah mereka yang berpengalaman dan bertauliah dalam muzik.


Saya bukan mahu mempertikaikan keputusan juri pada AJL24, tapi ada antara juri yang saya lihat mempunyai pencapaian tidak sampai untuk melayakkan mereka menjadi juri. Perlu diingat, pengalaman akademik suatu yang berbeza dari perspektif industri muzik dalam menilai lagu itu patut menang atau tidak.


Pada saya, Aizat menyampaikan lagu Pergi dengan bagus tetapi susunan lagu itu tidak mencapai tahap kepayahan untuk muncul juara. Mungkin kreativiti persembahannya dapat dilihat pada penggunaan alat muzik erhu tetapi dinamik lagu itu kurang walaupun mempunyai melodi yang bagus.


Di sebalik kemenangan ini, ada juga berpandangan ia didorong faktor sentimen. Sebelum ini, Adibah Noor menang menerusi lagu Terlalu Istimewa yang mempunyai faktor sama. Bukan saya menidakkan kemenangan Aizat tetapi sentimen sebegini seolah-olah menjadi ketara. Penilaian harus merujuk pada kekuatan lagu dan bukannya sentimen tertentu. Saya juga tidak setuju apabila lagu Kau Aku menggunakan gimik budak sekolah diangkat Persembahan Terbaik. Saya berpandangan, Hujan lebih kreatif apabila menampilkan gimik penonton yang berhibur bersama mereka. Saya percaya ramai tidak sangka gimik sebegitu dan menyangka mereka hanya penonton biasa. Jika saya menjadi juri, Hujan patut menang Persembahan Terbaik.


S: Bagaimana dengan kegagalan lagu Cinta Adam & Hawa? J: Saya sebenarnya sangat berpuas hati dengan Misha yang memberi persembahan terbaik pada malam itu. Saya percaya dia sudah berikan sepenuh tenaga pada lagu itu, cuma nasib dan rezeki tidak menyebelahinya.


Tidak adil untuk saya katakan lagu itu patut menang jika saya menjadi juri tetapi saya berpandangan lagu ini mempunyai kekuatan tersendiri. Sejurus AJL24 berakhir, ada yang menyatakan pada saya, mereka suka dengan persembahan Misha, cuma bukan rezekinya untuk menang.

Sebagai komposer, saya melihat kemenangan lagu yang menjadi juara lagu sebelum ini adalah lagu yang disifat gah. Namun, kebelakangan ini, saya melihat lagu yang menang bukan lagu yang gah. Untuk kebaikan dan peningkatan AJL pada masa depan, post-mortem perlu dibuat. Saya memberikan komen secara jujur dan ikhlas. Seperti yang saya katakan, juri haruslah datang daripada mereka yang mempunyai pengalaman pada aspek teknikal. Lagu gah bukan hanya menang sorak tetapi lagu itu memang menepati aspek lagu yang layak menjadi juara.


Pada AJL24, lagu seperti Situasi nyanyian Bunkface dan Bencinta (Faizal Tahir) dianggap lagu gah. Yuna juga mempunyai kelebihan tetapi lagunya tidak mempunyai tahap kepayahan dan klimaks. Hujan pula tidak mempunyai aspek lagu dan melodi yang kuat tetapi persembahannya menunjukkan kreativiti yang tinggi.


S: Bagaimana pandangan anda mengenai format terbuka yang dipertandingkan pada AJL24? J: Saya tidak jadi masalah kerana format sebegini patut dilakukan kerana pada tahun lalu, jumlah lagu untuk kategori Etnik Kreatif berkurangan. Namun, saya lebih gemar pertandingan menerusi kategori diadakan semula kerana impaknya berbeza apabila penyanyi merasai debaran sebanyak dua kali. Apabila mereka berdebar menantikan keputusan pemenang kategori, mereka juga berdebar untuk mengetahui siapakah yang menang Lagu Terbaik.


Mungkin sebagai cadangan pada masa akan datang, kategori Etnik Kreatif dapat digabungkan dengan pop manakala rock berkolaborasi dengan indie. Ini mampu menarik lebih banyak lagu bertanding dalam setiap kategori. S: Mengikut pengalaman anda, apakah kriteria lagu terbaik? J: Seharusnya lagu itu bukan hanya sedap didengar tetapi melodinya mempunyai semangat yang menunjukkan lagu itu dapat mengalahkan lagu lain untuk muncul sebagai lagu terbaik. Untuk menjadi lagu terbaik, aspek teknikal perlu diberi perhatian. Merujuk pada AJL24, kemenangan Dan Sebenarnya boleh diterima kerana walaupun lagu itu memfokuskan golongan muda, tetapi golongan lain juga menyukainya. Berbeza dengan Pergi, belum cukup layak untuk menang.


Untuk menjuarai pertandingan lagu seperti AJL jika kita kata komposer itu mencipta lagu di luar negara atau penyanyi itu dianggap berjaya kerana mempunyai lagu yang meraih jumlah muat turun yang banyak, faktor itu tidak diambil kira. Tidak sepatutnya pengacara menyebut perkara itu dalam program seperti AJL24 kerana ia boleh mempengaruhi keputusan juri. Secara peribadi, saya berpandangan penjurian AIM lebih baik berbanding AJL24 tetapi saya percaya aspek ini boleh diperbaiki pada masa akan datang. S: Bagaimana dengan perkembangan muzik indie. Apakah mungkin genre ini terus menguasai pasaran muzik tempatan hingga mengetepikan genre lain? J: Saya tidak kisah dengan perkembangan muzik indie yang kini dapat dilihat memberi pengaruh meluas kepada peminat. Saya memberi galakan pada komposer tempatan agar tidak putus asa menghasilkan pelbagai genre lagu. Pada saya, kekalahan lagu Cinta Adam & Hawa bukan kegagalan tetapi saya katakan pada Misha, kita harus terus 'berlawan' untuk cabaran akan datang. Perkembangan muzik dunia juga begitu.


Meskipun ramai penyanyi baru muncul, penerimaan penyanyi terdahulu masih mempunyai tempat. Komposer harus berani membuat kelainan pada lagu. Jika ramai komposer yang gemar cipta lagu indie, saya pula ingin hasilkan lagu indie yang mempunyai sentuhan balada.




mymetro 13/1
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-1-2010 10:48 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2010 02:20 AM | Show all posts
tahniah ft..
performance mmg superb..ala2 mj gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2010 05:25 PM | Show all posts
tahniah ft..
performance mmg superb..ala2 mj gitu..
masterdyanna91 Post at 17-1-2010 02:20


kalo FT x sakit, mesti dia akan moonwalk ke grab crotch ke kat atas pentas...awwww! ...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.095502 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list