CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2607|Reply: 0

kejayaan usahawan Tani

[Copy link]
Post time 12-1-2010 10:24 AM | Show all posts |Read mode
Manfaatkan pertanianOleh AMRIZAN MADIAN

NEGARA terpaksa mengimport 103,000 tan daging untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan. - Gambar hiasan

WALAUPUN pernah gagal, dia akhirnya meraih kejayaan berkat kegigihan dan keyakinannya bahawa pertanian ialah satu perniagaan.
Ahmat Termizi mula terbabit dalam penjualan kerepek ubi kayu padatahun 1986 dengan modal hanya RM50 dan sebuah kuali yang dipinjam untukmenggoreng kerepek ubi.
"Saya pernah tiga kali gagal sehinggalah pada suatu ketika terpaksa menjadi pemandu lori," katanya kepada Bernama ketika ditemui di kilangnya di Kampung Bukit Bangkong, Sepang, Selangor.
Nasib mula berubah apabila dia menubuhkan Jamirah Food Industries(M) Sdn. Bhd. pada tahun 1996. Ahmat Termizi yang merupakan pengarahurusan syarikat itu memberitahu, dia turut memiliki beberapa anaksyarikat termasuklah Jamirah Enterprise, JFI Marketing Sdn. Bhd. danGemba Marketing Sdn. Bhd.

MAKANAN ringan seperti kerepek ubi mempunyai pasaran yang besar untuk dieksport - Gambar hiasan

Pengalaman 20 tahun
Pada tahun 2004, syarikat itu mendapat Sijil Amalan Baik Ladang dariJabatan Pertanian. Sekali gus ia membuka lembaran baru untuk terusberkembang dalam perusahaan kerepek ubi kayu.
"Selepas 20 tahun bekerja keras, akhirnya saya berjaya menembusipasaran luar. Kini, hampir 20 peratus daripada keluaran kilang sepertikarepek ubi dipasarkan di luar negara seperti United Kingdom,Australia, Dubai dan Vietnam," katanya.
Kilangnya yang menggaji kira-kira 20 pekerja tetap mampumenghasilkan tiga tan kerepek ubi kayu sehari. Buat masa ini, jualankerepek ubi kayu dengan jenama Agro Chips mencecah RM5 juta setahun.Sebanyak 80 peratus pengeluaran untuk pasaran tempatan, manakalaselebihnya bagi pasaran luar negara.
Menternak kambing
Seorang lagi usahawan, Mahathir Talib, 35, pula terlibat dalambidang ternakan kambing secara komersial di Kampung Ulu Melaka, AlorGajah, Melaka. Dia yakin bahawa sektor pertanian boleh menjadi sumberpendapatan lumayan jika bijak menggunakan peluang yang disediakankerajaan.
Potensi sektor penternakan sememangnya amat luas. Malah, masihbanyak lagi ruang yang boleh dimanfaatkan untuk mengembangkan lagisektor tersebut.
"Melihat kepada potensi ini, saya nekad menubuhkan syarikat MPLivestock di Kampung Ulu Melaka Pindah yang mengusahakan penternakankambing, biri-biri, lembu dan kerbau," katanya ketika ditemui diladangnya.
Mahathir memberitahu, pada permulaan operasi dia mempunyai 60 ekorkambing betina dan lima ekor kambing jantan daripada pelbagai bakaseperti Jamnapari, Boer, Rubian, kampung (katjang), Sanean selainbiri-biri Barbados, Lonte dan Malin.
Syarikatnya kini menjalin usaha sama dengan beberapa syarikatpembekal baka kambing di Malaysia selain membekalkan daging kambingsegar. Kambing yang diternak Mahathir sekarang berjumlah 400 ekor dansyarikatnya mampu membekalkan 800 kilogram (kg) daging kambing segarsetiap minggu.
"Harga kambing ketika ini memang bagus. Saya mampu menjual padaharga sekitar RM450 hingga RM1,800 seekor bergantung kepada berat danbakanya," katanya yang kini mempunyai kandang bersaiz kira-kira 93meter panjang dan 10 meter lebar di Kampung Ulu Melaka Pindah.
Tidak putus asa
Bagi Othman Abu Hassan, 50, dari Kampung Panchor, Durian TunggalMelaka walaupun bidang penternakan merupakan satu kerja yang mencabar,dia tidak pernah berputus asa kerana yakin ia mampu menjadi sumberrezeki utama jika diusahakan dengan cara yang betul.
Bermula awal tahun 2004 dengan modal RM1,000 Othman membeli empatekor kambing kampung. Pada pertengahan tahun, dia membeli lagi 15 ekorkambing kampung berharga RM3,000. Setahun kemudian, Othman mula membelilembu pula.
Jelas Othman, cabaran utama dalam penternakan ialah masalahpenyakit. Jika ia berlaku pastinya kerugian besar terpaksa ditanggungapabila ternakan mati dalam jumlah yang banyak.
"Setakat ini saya mempunyai 140 ekor lembu dan 170 ekor kambing," katanya.

JIKA diusahakan dengan betul dan bersungguh-sungguh perusahaan membuat kerepek mampu memberi pulangan yang lumayan.

Kebanyakan binatang ternakannya diberi makanan dedak yang dicampurdengan daun kelapa sawit, rumput, gula merah dan sagu rumbia.
Dalam perkembangan lain, Timbalan Menteri Pertanian dan IndustriAsas Tani Datuk Rohani Karim berkata, pada 2008 Malaysia terpaksamengimport daging lembu sebanyak 103,000 tan bernilai RM883.9 juta dan18,000 tan daging kambing bernilai RM188 juta.
Menurutnya, Sarawak dan Sabah berpotensi untuk dijadikan pusatternakan lembu serta kambing secara komersial kerana PertubuhanKesihatan Haiwan Sedunia mengiktiraf Pulau Borneo sebagai pulau bebaspenyakit kuku dan mulut haiwan.
"Setakat ini, Malaysia hanya mampu mengeluarkan 25 peratus bekalandaging walaupun kita mempunyai kemampuan untuk mengeluar lebih banyakdaging bagi keperluan tempatan," katanya.
Sementara itu, pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Taniakan berbincang dengan kerajaan negeri untuk mempertimbangkan secaraserius pewartaan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di kawasanBatang Lupar, Sarawak.
Jelasnya, industri asas tani memang berpotensi besar untukmeningkatkan ekonomi masyarakat desa. Diharapkan penubuhan MajlisPembangunan Pertanian dapat merangsang sektor tersebut di negara ini. -Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.284631 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list