CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: kekure

BELUKAR [DAPHNE IKING & BRONT PALAREE]

[Copy link]
 Author| Post time 30-1-2010 12:11 AM | Show all posts
19# dino
Trailer melambangkan filem kaedahnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2010 11:24 PM | Show all posts
filem yg bagus x memerlukan promosi yg gempak2.
cukup2 la tgk mcm filem prof, promosi punya la gempak tp kualiti cerita hampas.

salah satu tarikan kuat yg membuatkan aku teruja nak tgk filem ni adalah bront palarae.lakonon dia mmg bagus n ada gaya tersendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2010 11:07 AM | Show all posts
senyap sopi x der promosi, dah nak masuk panggung daqh! ble laku ka? sepatutnya time cm ni, penerbit kena dah kecoh bikinpanas sama dier nyer filem! tu pasal lah pilem masuk panggung seminggung kena tukar hall kecik, sebab tak der org nak tengok.  harap penerbit filem ni wake up! go do sumthing to ur muvie nowwwww!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2010 11:10 AM | Show all posts
senyap sopi x der promosi, dah nak masuk panggung daqh! ble laku ka? sepatutnya time cm ni, penerbit ...
miskiah Post at 17-4-2010 11:07


haah la kuar iklan pon x de...penerbit x ckup bajet kot nk wat promosi...setakat tampal poster jer kat pntu wayang...
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2010 02:33 PM | Show all posts

BELUKAR

hampun klu benang ni dh ade


@Sinepleks: Belukar cabar minda penonton

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
2010/05/01

Bukan filem terbaik dari segi teknikal tetapi sudutpenceritaan yang berbeza

MUNGKIN pada ketika ini, sebahagian penggemar filem tempatan sudah punmuak dengan kebanjiran filem komedi atau komedi cinta, serta filem seram. Sejakbeberapa tahun kebelakangan ini, banyak sekali judul dalam genre terbabitmenemui peminat di pawagam, dek keyakinan penerbit filem sebegitu mampu membawakeuntungan.

Tidak ketinggalan filem aksi membabitkan adeganrempit mahupun perlumbaan kereta. Filem dalam kategori itu juga tidak kuranghebat sambutannya, sebaik saja ia mula diputarkan di panggung. Bahkan sebahagiannyadengan mudah mencecah pungutan sehingga RM5 juta atau RM6 juta!

Begitupun, mungkin sebahagian penonton sudah mula resah apabila asyikdihidang dengan genre serupa sepanjang masa. Bagi mereka yang inginkan kelainan,atau lebih tepat, filem yang mencabar pemikiran mereka, tontoni saja filemsulung arahan Jason Chong berjudul Belukar.
Bukanlah filem terbaik dari segi kerja teknikal, tetapi Belukar jauhmeninggalkan filem tempatan lain dari sudut gaya penceritaan mahupun jalanceritanya. Mengambil pendekatan filem thriller, yang turut disokong elemencinta dan lawak, filem terbitan Preston Zaidan Productions Sdn Bhd ini berdirikukuh dalam genrenya.
Dihasilkan 100 peratus di Malaysia, filem ini bermula dengan kisahseorang wanita cantik, Eva (lakonan Daphne Iking) yang berkenalan denganseorang jejaka pemandu pelancong, Nick (Bront Palarae) di sebuah pusatperanginan di Sabah. Perkenalan itu membawa kedua-duanya semakin jauh ke dalamkehidupan masing-masing, yang penuh rahsia.
Eva sebenarnya seorang penipu wang insurans yang cukup licik, denganhasil kutipan melebihi RM100 juta! Setiap kali siasatan ke atasnya dilakukanpenyiasat insurans, mereka menemui kehampaan.
Nick pula ialah penyiasat insurans terbaru yang memikul tanggungjawabmendedahkan jenayah yang dilakukan wanita berkenaan. Sayangnya, dalammenjalankan tugas, Nick jatuh cinta pada Eva. Keadaan itu membuatkan lelaki iniberbelah bagi - menjayakan misi siasatan ataupun melindungi Eva keranacintanya.
Eva pula mahu keluar daripada dunia jenayah yang dilakukannya denganmerancang untuk melarikan wang insurans yang dituntut untuk majikannya, TKO(Chew Kin Wah). Bagi membuktikan cinta, Eva mahu Nick mengikutinya menjayakanrancangan berkenaan.
Pada permukaan, ia kelihatan sebuah cerita jenayah biasa, yang turutdiselit babak cinta. Namun, pada hakikatnya Belukar umpama sebiji bawang yangboleh dikupas-kupas kulitnya. Hanya selepas kupasan terakhir, barulah terserlahisi kebenarannya.
Ia berjaya membangkitkan pertanyaan sepanjang tayangan, siapa sebenarnyayang cuba menipu siapa. Jangan mudah membuat ramalan kerana pengakhiran mungkinjauh sekali berbeza dengan jangkaan awal. Dan, di situlah kekuatan Belukarsebenarnya - mengajak penonton berteka-teki dalam kisah yang mampu berubah-ubahbentuknya.
Di dalamnya, disumbat pelbagai rasa seiringan dengan perkembangancerita. Penonton akan dapat mengikuti rasa sedih, suka, kasihan, geram,bimbang, resah dan sebagainya, yang disalurkan menerusi watak-watak yang memperkuatkancerita.
Bront yang diberikan amanah mendukung watak utama lelaki filem ini,dilihat berjaya merealisasikan peranannya. Di sebalik sikap selamba dan lawak,tersimpan rahsia yang cuba disembunyikan daripada Eva. Pada wajahnya ada riakgembira, cinta, tidak keruan dan kecewa. Semuanya disampaikan sebaik mungkinoleh pelakon berbakat berkenaan. Terima kasih kepada Jason kerana memberikanruang buat aktor tinggi lampai ini membuktikan nilai sebenarnya dirinya.
Daphne sebagai Eva penuh dengan rahsia. Wajahnya sentiasa kelat ataumasam, membayangkan sejuta kemelut di dalam dada. Wanita yang lebih dikenalisebagai pengacara ini, rupa-rupanya punya bakat terpendam dalam lakonan. Cuma,ada ketika pengucapan dialognya kurang meyakinkan. Tentunya ia aspek yang mampudiperbaiki pada masa depan.
Belukar turut menarik perhatian dengan penggunaan muzik kumpulan danartis Indie sebagai penghias latar cerita. Selain nama popular seperti Azlan& The Typewriter dan Farah Asyikin (yang berduet bersama pelakon EyzendyAziz untuk lagu tema), muzik daripada Mr Irwin, Coco D Monday, Magik,Witherspoon, Tikalama, Gerhana Ska Cinta, Rosin dan Rohaslam dikira berupayamenjadi halwa telinga yang enak.
Diputarkan di 40 pawagam seluruh negara mulai 6 Mei, Belukar jugamenampilkan lakonan Azhar Sulaiman, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Sabrina Hassan,Danny Anwa, Ray Redzuan Awang, Linora Low, Xavier Fong, Azwan Kombos, Yazer,Ekin Rahman dan Sharmila Rahayu Borhan.


*mulenye aku xla minat nk tgk citer ni,tp semenjak dua menjak ni byk gak +ve review aku bace kt paper psl citer ni...ktenye ending ni sgt unexpected...tetibe cm nk tgk plak...


trailer dh kuar,tp aku x reti nk tepek
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2010 09:13 PM | Show all posts
sedap ke film ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2010 08:53 AM | Show all posts
aku macam nak tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2010 12:18 AM | Show all posts
best kew? filem nie? nak tengok x tengok nak tengok x tengok nak tengok tak nengok...?????hmmm........{:1_126:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2010 10:23 PM | Show all posts
tgk pelakon cm x menarik,tp review filem ni stkt ni xde yg buruk,sume bgs jek...btw esk kuar kt panggung dah...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2010 11:22 AM | Show all posts
Post Last Edit by emmet_23 at 7-5-2010 11:25

BELUKAR telah menemui penonton di pawagam bermula 6 Mei 2010...
anda akan saksikan kesudahan yg tidak dijangka serta jalan penceritaan yg non-liner...
so, kene tgk dgn teliti dari awal hingga akhirnya...

aku ckp ni coz aku dh tgk masa preview filem nih hari tu kat GSC One Utama...
anyway, aku salute produksi film ni coz berani tampil dgn genre film yg agak berbeza dgn film Malaysia yg ada skrg nih...

tgk ni trailer BELUKAR.
[/url][url=http://www.youtube.com/watch?v=kStIZmEe9cg]http://www.youtube.com/watch?v=kStIZmEe9cg[url=http://mforum6.cari.com.my/%3Cobject%20width=][/url]
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2010 06:34 PM | Show all posts
jom gi tengok jom! aku ske bron tu, mamat yg main anak halal tu...waa...sekarang da jadi hero!
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2010 06:43 PM | Show all posts
jom gi tengok jom! aku ske bron tu, mamat yg main anak halal tu...waa...sekarang da jadi hero!
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2010 10:12 AM | Show all posts
sape yg dah tgk cite nie?story ckit...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2010 10:36 AM | Show all posts
cite ni mmg unexpected... Best lain dari yang lain..
aku tengok last month.. mase dieorg punye preview kat tmpt keje aku nih..
memang berbaloi..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2010 08:04 PM | Show all posts
http://ajamihashim.blogspot.com/2010/05/belukar-12-juta.html

it's a must see!dh tgk 2 hr lps,ending die sgt2 unexpected!ramalan ku slh belaka...tp mmg best la cite ni,lain dr yg lain
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2010 12:23 PM | Show all posts
isy...tengok la dulu baru judge
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2010 04:23 PM | Show all posts
sudah tayang astro... tapi belum sempat tengok lagik.... # mana pun x pasti... sudah tengok nanti leh la komen...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 08:31 PM | Show all posts
aku suka ending cite ni dan paham nape tajuk tu belukar..its about friendship,love.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.172571 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list