View: 2621|Reply: 9
|
Strategi peperangan dalam bisnes
[Copy link]
|
|
Strategi peperangan dalam bisnes
Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkansubscribe RSS feed blog ini. Klik disini. Terima kasih kerana melawat!
Bisnes boleh ditafsirkan sebagai peperangan. Didalampeperangan, ada musuh. Didalam bisnes, ada pesaing. Ini realiti dalampeperangan dan bisnes.
Askar-askar yang ingin masuk ke dalam medanpertempuran harus ada strategi dalam menghadapi musuh, begitulah juga bisnes,memerlukan strategi, bukan dilakukan dengan sambil lewa melainkan anda berniagauntuk gagal.
1. Risikan
Kejayaan tentera Jepun didalam Perang Dunia Kedua adalahdibantu dengan perisik-perisik yang dihantar sebelum peperangan bermula lagi.
Sebagai contoh, servis design yang saya tawarkan mempunyairamai pesaing, saya memang akui. Apa yang saya lakukan adalah, saya selalumelawat laman web mereka dan melihat strategi perniagaan mereka seperti harga,testimonial dan sebagainya untuk saya nilai. Saya juga yakin, mereka jugaselalu melawat laman web servis saya untuk dinilai. Ini perkara biasa dalambisnes.
Saya juga sentiasa peka dengan testimoni-testimoni pelangganmereka samada di forum, blog dan sebagainya kalau saya terjumpa. Daritestimonial tersebut saya akan tahu kenapa mereka suka dengan servis yangmereka tawarkan, dengan cara ini saya dapat memperbaiki apa yang kurang dimatamereka terhadap servis saya.
Begitu juga dengan anda, haruslah membuat risikan terhadappesaing anda setiap masa.
2. Pantas memasuki medan‘pertempuran’
Didalam buku Sun Tzu’s, Art of War in Marketing adamenyatakan,
’sesiapa yangsampai dahulu dan menguasai medanpeperangan mempunyai masa untuk membuat persiapan sementara menunggu kehadiranmusuh, manakala mereka yang
sampai lewatakan berperang dalam keadaan lemah dan letih’
Didalam bisnes, kita boleh tafsirkan begini.
Banyak kelebihan pada sesiapa yang memasuki pasaran lebihawal berbanding orang lain.
Laihat bagaimana syarikat gergasi Coca Cola yang menjadiperintis kepada minuman berkarbonat di seluruh dunia. Mereka mampu berdiriteguh berpuluh tahun walaupun telah banyak syarikat yang mengedarkan minumanberkarbonat. Coca cola telah dilihat berpengalaman dan cekap berbanding yanglain.
Oleh itu, anda perlu berani menjadi yang terawal memasukipasaran. Anda perlu berani masuk pasaran dengan produk baru. Produk yang belumlagi dihasilkan oleh orang lain.
Sebaliknya, cubaelakkan menjalankan perniagaan yang sedang popular. Sebagai contoh, produkOneDropPerfumes sedikit masa lalu yang hangat diperkatakan, ramai berlumbalumba menjadi pengedar, malangnya saya lihat sekarang, pasarannya sudah mulaitepu. Terlalu ramai yang menjalankan perniagaan tersebut.
Kalau dilihat, orang yang mula-mula menjual produk tersebutmendapat untung yang banyak berbanding orang yang baru.
Sistem Kedai Online Niagakit
3. Jangan mudah merasa selesa
Didalam peperangan, tentera-tentera diajar supaya sentiasabersedia setiap masa, mereka diingatkan supaya sentiasa menjangkakan musuh akandatang.
Kalau anda usahawan yang mencipta program, software danseumpamanya, pastikan anda peka dengan perkembangan teknologi terkini.
Sekiranya anda tidak melakukan penambahbaikan, sampai satumasa dikhuatiri program, software tersebut tidak akan berguna lagi.
4. Kepantasan
Kepantasan sangat penting didalam bisnes. Tidak kiralahbisnes online ataupun offline. Masa adalah emas bagi pelanggan.
Sekiranya anda menjual produk digital, pastikan tempoh masauntuk memberikan link download dalam jangkamasa 6-12 jam. Kalau lagi cepat,lagi bagus.
Bagi servis seperti design, jangkamasa sesuatu tempahanhendaklah disiapkan secepat yang mungkin. Perkara ini sangat saya tekankandalam servis saya. Saya sanggup tolak tempahan sekiranya saya merasakan sayaakan siap lambat. Selalunya atas faktor tempahan yang banyak ataupun saya adahal yang perlu diutamakan.
Didalam buku Sun Tzu’s Art of War in Marketing menyatakan:
Kepantasan adalahperkara penting didalam peperangan
Itu antara beberapa teknik peperangan yang boleh diguna pakaididalam bisnes anda. Semoga ianya bermanfaat untuk anda gunakan didalam membinabisnes yang sebenar, tidak kira, offline ataupun online.
Ikhlas,
Mazlie Nadzri
p/s: Anda boleh copy dan paste artikel diatas didalam blog,newsletter anda dengan syarat, link kanke blog ini.
http://mazlienadzri.com/2009/12/14/strategi-peperangan-dalam-bisnes/
Jom perang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
yeah yeah... perang sama sendiri.. tp produk lain2... tu yg jadi masalah... hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
hahahaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu. Mcm Siti, jual produk yg orang lain tak jual. Alhamdulillah... berhasil sgt. Bisnes is a war! Jom Perang!!! (semangat wo) |
|
|
|
|
|
|
|
4# siti2u
produk ape tu siti? |
|
|
|
|
|
|
|
yer ker biznes tu perang...???
bkn biznes ni goyang dangdut ker...
kejap bergyg ke atas kjp ke bwh kjp ke kiri kjp ke knn... |
|
|
|
|
|
|
|
6# wanusaha
Goyang??ish2..nih bsnes apa nih2 goyang2..
buka dangdut ke apa nih???
|
|
|
|
|
|
|
|
2# sinar_inspirasi
ketua panglima perang yang paling bahaya di dalam perniagaan adalah dari golongan yang bercakap menggunakan minda.. |
|
|
|
|
|
|
|
Perang harga skrg...
nak lawan ke tak nak??? |
|
|
|
|
|
|
|
6# wanusaha
Goyang??ish2..nih bsnes apa nih2 goyang2..
buka dangdut ke apa nih???
saatcham Post at 18-1-2010 08:45
kalau mende ni x salah d sisi agama...
dah lama aku bkk....
bkn ape...senaman pinggul...
baik utk paru2, usus kecil n jantung |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|