View: 2637|Reply: 5
|
Faizal mahu bebas tongkat
[Copy link]
|
|
Faizal mahu bebas tongkat
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]
Gambar MOHD. FARIZWAN HASBULLAH, NOOR ASREKUZAIREY SALIM dan ihsan SITI NURHALIZA PRODUCTIONS
| FAIZAL melahirkan rasabertuahnya apabila dapat berganding bahu serta berkolaborasi denganSiti Nurhaliza dan Aizat untuk Konsert Satu Suara.
|
PENYAKIT trombosis pembuluh darah (DVT) yang menyerang Faizal Tahir sememangnya menguji kesabarannya.
Ditambah pula dengan kesukarannya untuk berjalan sehingga memerlukantongkat, benar-benar mencabar mental dan fizikal penghibur ini.
Bagi mereka yang mungkin kurang faham tentang penyakit ini, ia merupakan keadaan berlakunya pembekuan darah dalam saluran darah.
Antara faktor penyebab DVT ialah luka di dalam saluran darah akibatkemalangan jalan raya dan pembedahan ortopedik terutamanya pembedahantulang, lutut serta pembedahan besar di bahagian perut.
Memang kesakitan yang ditanggungnya membataskan aktiviti seninya dandia dinasihatkan berehat sekurang-kurangnya sehingga enam bulan untukkembali pulih seperti sedia kala.
Tetapi, kerana minat dan cintanya terhadap seni yang tidak pernahpudar membuatkan Faizal tekad meneruskan kerjayanya sebagai seorangpenghibur.
Kegusaran dan kebimbangan memang tidak dapat dielakkan tetapiperjuangannya harus diteruskan dan dia tidak berupaya untuk menoleh kebelakang lagi.
Lebih-lebih lagi mengenangkan Konsert Satu Suara yang akandijayakannya bersama Aizat selama tiga malam berturut-turut bermula 12Februari ini, Faizal berikrar menjayakan komitmen itu.
"Saya cukup bimbang dengan kesihatan saya sekarang. Takut jika tidakdapat beraksi dengan baik untuk tiga malam pada konsert itu nanti.
"Apa yang saya harus lakukan sekarang adalah untuk menjaga kesihatansebaik mungkin agar saya dapat membuat persembahan yang termampu untukkonsert itu nanti," katanya tenang ketika ditemui sejurus selepassidang media Konsert Satu Suara di Istana Budaya (IB) baru-baru ini.
Konsert Satu Suara akan berlangsung di Panggung Sari, IB selama tiga malam bermula 12 Februari ini.
Selain Aizat, konsert terbitan Siti Nurhaliza Productions (SNP) itujuga akan menampilkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhalizayang akan menyanyi bersama kedua-dua penyanyi itu menerusi satu segmenkhas.
Sebetulnya, Faizal mengakui, doktor sudah berbuih mulutmenasihatkannya supaya berehat daripada sebarang aktiviti yangmelibatkan pergerakan.
Ini kerana katanya, jika kesihatannya tidak dijaga dengan baik dan tidak mendapat rawatan yang betul, ia boleh membawa maut.
Lebih menggerunkan statistik mendapati DVT merupakan penyakit pembunuh kedua selepas penyakit jantung di negara ini.
"Buat masa ini, saya hanya bergantung kepada ubat penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan.
"Saya juga perlu berhati-hati dalam setiap pergerakan agar penyakit ini tidak serius.
"Apa pun, saya akan cuba membahagikan masa sebaik mungkin untukberehat dan bekerja kerana impian saya hanya satu iaitu mahu bebastongkat pada konsert itu nanti," ujar pelantun Sampai Syurga dan Mahakarya Cinta ini lagi.
Faizal yang dikenali merupakan seorang penyanyi yang tidak pernah gagal memberikan persembahan yang sungguh bertenaga.
Namun, dengan penderitaan ini, apakah persembahan Faizal kelak akanmengecewakan peminat yang sering mendamba sesuatu yang istimewadaripadanya?
Menjawab persoalan itu, Faizal tidak mampu menyembunyikan kekecewaankerana tidak berupaya memberikan persembahan yang spektakular sepertikebiasaannya.
Tetapi, dia akan cuba sebaik mungkin untuk menghiburkan audienssementelah peluang untuk beraksi dalam sebuah konsert sudah lamadiidamkannya.
Biarpun perlu berkongsi pentas dengan Aizat, Faizal atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohd. Tahir menganggap peluang itu sebagai rezeki.
Melihat Konsert Satu Suara sebagai medan untuk menonjolkan bakatnya kepada khalayak, dia berterima kasih kepada Siti Nurhaliza yang mempercayai bakatnya.
"Sebagai artis baru, bukan mudah untuk mendapat peluang seperti inidan dalam banyak-banyak artis baru di negara ini, saya dan Aizat yangterpilih.
"Saya sangat teruja kerana ini kali pertama saya berpeluangmengadakan persembahan yang diiringi oleh band dan orkestra," jelasnyaberkali-kali berikrar akan memberikan persembahan yang mampu memuaskanhati peminatnya.
Konsert Satu Suara yang akan dipimpin oleh Sze Wan selaku pengarahmuzik menggabungkan tujuh pemuzik profesional serta 20 orang pemainstrings dari Orkestra Simfoni Kebangsaan.
Namun, sebagai seorang penghibur, dalam keadaan sekarang, Faizalmengakui, dia tidak dapat memiliki kepuasan maksimum sewaktu mengadakanpersembahan.
Memberi contoh ketika beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-24 (AJL24) menerusi lagu Bencintabaru-baru ini, biarpun mendapat pujian, tetapi bagi bapa kepada tigaorang anak ini berpendapat, dia boleh melakukan lebih baik daripada ituseandainya diberikan kudrat yang lebih.
Bukan hanya terbatas pada persembahan penetas sahaja, naib juara One In A Million musim pertama ini turut memberitahu, proses rakaman album keduanya juga terjejas ekoran keadaan kesihatannya itu.
Mengikut rancangan awal, Faizal sepatutnya melancarkan albumnya ituselewat-lewatnya sebelum penghujung Disember lalu yang memuatkan 10buah lagu.
Memandangkan hanya tujuh lagu sahaja yang sempat dirakamkan, makasyarikat rakamannya, Monkey Bone memutuskan untuk memasarkan album yangdiberi judul Adrenalin itu secara digital terlebih dahulu.
Peminat dan pengagum muzik Faizal dapat berbuat demikian dengan memuat turun di laman web www.musicunlimited.com.my dan music.digi.com.my.
Biarpun hanya tujuh buah lagu, Faizal menyatakan rasa syukur dan gembira apabila Adrenalin sempat dicalonkan untuk Anugerah Industri Muzik Ke-17.
Adrenalin memuatkan lagu-lagu seperti Bencinta, Selamat Malam,Karma, Superhero, Adrenalin dan lagu Hanyut yang dihasilkan dalam duaversi yang berbeza.
"Memang kalau boleh, saya mahu album kedua saya ini memuatkansekurang-kurangnya 10 buah lagu kerana saya tidak mahu menipu peminat.
"Mereka menunggu dua tahun untuk album ini dan saya mahu memberikanyang terbaik buat mereka serta memberikan kepuasan buat mereka yangsudah lama menantikan buah tangan terbaru saya.
"Insya-Allah, selepas ini, saya akan kembali ke studio rakaman untukmerakamkan lebihan tiga buah lagu sebelum album itu dipasarkanselewat-lewatnya sebelum penghujung Februari ini," ujar penyandangVokal Lelaki Terbaik Anugerah Industri Muzik Ke-15 ini penuh bersungguh.
Pada masa yang sama, Faizal menjelaskan, dia mengambil risiko yangcukup tinggi untuk menerbitkan album ini bersama Audi Mok kerana muzikyang ditampilkan kali ini cukup berbeza.
"Sebagai pengkarya, saya harus fikir jauh ke hadapan untuk mengetengahkan nuansa muzik yang baru.
"Saya tidak boleh mengulangi apa yang telah saya lakukan kerana sayaperlu mengikut peredaran zaman dan menjadikan muzik saya relevan dengankehendak semasa," katanya yang baru sahaja memenangi tempat ketigauntuk lagu Bencinta pada AJL24 yang lalu.
Tiket-tiket untuk menyaksikan Konsert Satu Suara kini sudah mula dijual dan peminat mempunyai dua opsyen sama ada mahu menontonnya pada malam gala atau hari biasa.
12 Februari telah dipilih sebagai Malam Gala Satu Suara, Sepenuh Hati yang merupakan kerjasama antara SNP dan Yayasan AEON Malaysia.
Untuk itu, bayaran tiket khusus pada malam gala itu nanti akanberbeza dengan harga tiket normal untuk persembahan pada 13 dan 14Februari iaitu RM108, RM161, RM241, RM335 dan RM402.
Lima peratus daripada setiap hasil penjualan tiket akan disalurkankepada tabung yayasan tersebut manakala bagi pemegang J Card pula,mereka berpeluang menikmati potongan diskaun sebanyak lima peratusapabila membeli tiket dengan J Card mereka.
Bagi mereka yang mahu menyaksikan Konsert Satu Suara pada 13 dan 14 Februari pula, tiket-tiket yang berharga RM80, RM120, RM180, RM250 dan RM350 sudah pun mula dijual.
Kesemua tiket-tiket boleh dibeli di kaunter box-office IstanaBudaya, Jusco Bukit Tinggi, Jusco 1 Utama, Jusco Taman Maluri dan JuscoAlpha Angle.
Tempahan dan pembelian tiket juga boleh dilakukan dengan melayari laman web, www.ticket2u.com. |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm.. krg berkenan dgn sign tangan yg pejal buat tu. hope jgn buat lagi lps ni. |
|
|
|
|
|
|
|
cover Hits Utusan gambar FT sorang, really stunning |
|
|
|
|
|
|
|
3# washere2
nk le tgk gambarnya....pls.. |
|
|
|
|
|
|
|
3# washere2
nk le tgk gambarnya....pls..
sicomel Post at 27-1-2010 17:17
poster besar, kat online takde, terpana ku melihatnya, sungguh bergaya, apakan daya, scannerku rosak |
|
|
|
|
|
|
|
5# washere2
takpe.. takpe... simpan je dulu gambar tu. nnti bila scanner dh ok, tepek arr... |
|
|
|
|
|
|
| |
|