CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2460|Reply: 5

Nasib usahawan kecil bgsa Melayu

[Copy link]
Post time 31-1-2010 03:08 PM | Show all posts |Read mode
Roboh gerai: Kerajaan negeri Pulau Pinang perlu beri penjelasan

BORHAN Namat bersamaisterinya, Che Nolia Hashim begitu sedih melihat gerai buah-buahanmereka yang telah beroperasi sejak 20 tahun lalu di Permatang Pauhdirobohkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah, PulauPinang, semalam. [ Berita di muka 3 ] – mingguan/Sazali Che Din

PULAU PINANG 30 Jan. – Kerajaan negeri didesak menyatakan statusgerai milik bukan bumiputera yang banyak beroperasi tanpa mengikutgaris panduan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) tetapiterlepas daripada sebarang tindakan.
Yang Dipertua Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (Pajim),Yusoff Mohd. berkata, gerai-gerai itu beroperasi tanpa dipantausehingga menimbulkan pelbagai masalah termasuk kesesakan lalu lintasdan kotor.
Menurutnya, beliau hairan dengan sikap kerajaan negeri yang sepertitutup mata terhadap keadaan tersebut sedangkan gerai-gerai kecil Melayuyang tidak mengikut garis panduan dirobohkan.
“Kami mahu kerajaan negeri beritahu kepada orang ramai kenapagerai-gerai sedemikian tidak diambil tindakan,” katanya ketikadihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kerajaannegeri sejak akhir-akhir ini merobohkan beberapa gerai milik peniagakecil Melayu kerana didakwa beroperasi tanpa lesen.
Antaranya kedai makan atas pokok Do Re Mi di Tanjung Bunga, diikutiThree N Ikan Bakar di Bukit Dumbar dan banyak lagi gerai peniaga Melayuyang bakal menerima nasib sama selepas ini.
Bagaimanapun tinjauan Mingguan Malaysia di beberapa lokasi sekitarGeorgetown mendapati, gerai-gerai bukan Melayu dibiarkan berniaga dibahu-bahu jalan sehingga mengganggu lalu lintas.
Malah terdapat juga penjaja yang membuang sisa-sisa makanan ke dalamlongkang sehingga salurannya tersumbat sekali gus mencemarkanpersekitaran.
Antara kawasan-kawasan berkenaan adalah sepanjang Jalan Weld Quay,Lebuh Chulia, Lebuh Kimberley, Lorong Baru, Jalan Macalister, JalanBurma dan Sungai Dua.
Sementara itu, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan,Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Sivamurugan Pandian berkata,sebagai sebuah kerajaan yang sering melaung-laungkan keadilan dalampentadbiran, amalan diskriminasi sedemikian sepatutnya tidak wujud.
Menurutnya, kekayaan ekonomi seharusnya dikongsi dan diagih secara sama rata antara semua kaum.
“Hak peniaga kecil atau besar wajib dipertahankan tanpa mengira bangsa.
“Kalau kerajaan negeri mahu bertindak mengikut undang-undang, ia patut dilaksanakan terhadap semua peniaga tidak mengira kaum.
“Jika tidak, macam mana pentadbiran Pulau Pinang boleh dikatakankerajaan yang adil,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Sivamurugan, tindakan kerajaan negeri itu hanya akanmelebarkan jurang kekayaan antara etnik di negara ini khususnya orangMelayu dengan kaum-kaum lain.
Beliau menambah, jika itu berlaku, sudah pasti ia akan menjejaskan ikatan perpaduan rakyat berbilang kaum.
http://www.utusan.com.my/

Jika adil,semua gerai haram n tiada lesen perlu dirobohkan........
tanpa mengira bangsa/agama/politik...
kesian usahawan Melayu...mereka usaahwan kecil mencari rezeki...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2010 12:44 AM | Show all posts
Isu ni hangat kat dalam facebook dpmmpp.

Di pihak usahawan Melayu, memang sedih sebab tapak gerai mereka dirobohkan.

Di pihak MPPP, mereka menguatkuasakan undang-undang meroboh gerai haram tanpa lesen. Mungkin masa ni nampak usahawan Melayu saja, tapi kita tak tau esok lusa sapa pula kena. Mungkin gerai2 peniaga bukan melayu dan peniaga luar pula akan kena. Jika esok lusa tindakannya tak sama, memang berat sebelah...tunggu la balasan.

Usahawan melayu kena ingat, masa akan datang jika lesen tempat perniagaan tidak diberi oleh PBT, apa saja yang mereka lakukan di atas tanah atau tempat tersebut berisiko untuk dirobohkan biarpun mereka telah berniaga lama tanpa lesen dan tanpa gangguan untuk beberapa ketika. Seharusnya mereka mengambil jalan selamat setelah berjaya mengumpul kan dana untuk menyewa atau membeli kedai atau premis tetap. Tapi kita sering alpa dan menganggap kita kebal tak diganggu sebab kita bumiputera. Kita mudah selesa dengan gerai kayu di tepi jalan (ada yang menyakitkan mata memandang). Kita buat tanah tumpangan kita macam tempat sendiri. Dirikan bangunan kekal. Sedangkan mungkin lesen diberi hanya untuk kereta tolak yang perlu diubah setelah selesai berniaga tapi dikembangkan jadi restoran open air dengan bangunan. Tak jadi masalah kalau tanah tu kita sewa atau kepunyaan sendiri. Kalau tanah tu milik kerajaan, tak jadi masalah kalau tak ada sebarang projek. Tapi kerajaan kena bertindak kalau ada orang yang komplen walaupun ia bukan tanah persendirian. Apatah lagi kalau tanah persendirian yang dituntut pemiliknya atau milik syarikat yang nak bangunkan projek.

Kita kena lihat semua segi. Perasaan peniaga yang bangunannya kena roboh dan diusir memanglah sedih. Bagaimana pula kalau kita ditempat tuan punya tanah yang tanahnya sesuka hati diceroboh dan didirikan gerai sedangkan dia tak dapat sebarang hasil? Bagaimana pula perasaan pihak PBT yang sejak dari awal tak beri lesen sebab tau kawasan tersebut dalam masa terdekat akan dibangunkan dan gerai tersebut lambat laun akan dirobohkan juga. Namun peniaga masih mahu mengambil risiko  membina gerai. Apabila diambil tindakan, semua tak berpuas hati, semua mempersoalkan kenapa dia saja yang kena orang lain tidak. Umpama penjenayah yang ditahan salahkan polis sebab tak tangkap penjenayah lain yang dia tau lebih besar kesalahannya.

Kalau PBT tak ambil tindakan, benda semakin berleluasa, silap2 depan pintu pagar orang keluar masuk rumah pun ada gerai. Bila tak jadi apa-apa tak apalah. Cuba kalau kecemasan seperti Ambulans / bomba tak boleh masuk sebab ada halangan gerai depan pintu orang misalnya, ramai lagi akan menunding jari antara satu sama lain.

Semua tempat ada undang2.  Bayangkan kalau gerai2 kayu ni bersepah kat Putrajaya?

Bagi pihak yang nak membantu, DPMMPP ada buat tabung khas untuk bantu usahawan2 ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2010 09:26 AM | Show all posts
Kerajaan negeri tidak bertindak

Oleh ZABRY MOHAMAD
[email protected]

PULAU PINANG 31 Jan. – Meskipun banyak gerai milik bukan bumiputera di sekitar Georgetown secara terang-terangan melanggar garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), kerajaan negeri hari ini terus mempertahankan pendirian untuk tidak mengambil tindakan keras terhadap mereka.

Alasan yang diberikan, penjaja- penjaja tersebut hanya menjalankan perniagaan di kawasan tapak sementara.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan dan Lalu Lintas negeri, Chow Kon Yeow berkata, para penjaja tersebut akan terus dibenarkan berniaga di kawasan masing-masing selagi mereka tidak mendirikan sebarang struktur tetap.

“Mereka ada lesen dan hanya berniaga di atas tapak sementara.

“Kalau mereka dirikan struktur tetap, barulah PBT akan bertindak merobohkannya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Persatuan Anak Jati Melayu Pinang (Pajim) mendesak kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung status gerai milik bukan bumiputera yang banyak beroperasi tanpa mengikut garis panduan ditetapkan tetapi terlepas daripada sebarang tindakan.

Gerai-gerai tersebut dilihat berniaga di bahu jalan sehingga mengganggu lalu lintas dan terdapat juga yang menyebabkan kekotoran di sekitar kawasan berkenaan.

Antara kawasan-kawasan yang dikenal pasti adalah sepanjang Lebuh Weld Quay, Lebuh Chulia, Lebuh Kimberley, Lorong Baru, Jalan Macalister, Jalan Burma dan Sungai Dua.

Kerajaan negeri kebelakangan ini bertindak merobohkan beberapa gerai milik peniaga kecil Melayu kerana didakwa beroperasi tanpa lesen.

Menurut Kon Yeow, masalah akan timbul apabila ada peniaga baru yang cuba mencari lokasi strategik sehingga mengganggu lalu lintas.

Bagaimanapun, Kon Yeow menjelaskan, PBT ada mengenakan kompaun terhadap gerai-gerai yang melanggar garis panduan yang telah ditetapkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2010 09:28 AM | Show all posts
Sedia tempat sebelum roboh premis niaga

IPOH 31 Jan. - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) meminta kerajaan negeri Pulau Pinang menyediakan kawasan baru kepada peniaga Melayu sebelum merobohkan premis mereka.

Timbalan Presidennya, Datuk Ahmad Mahiyuddin Abdullah berkata, tindakan merobohkan premis terbabit boleh memberikan kesan ekonomi dan sosial kepada para peniaga.

Menurut beliau, kerajaan negeri sepatutnya mencari alternatif seperti mengeluarkan lesen kepada peniaga terbabit sebelum merobohkan premis perniagaan mereka.

''Tindakan (merobohkan premis) itu tidak adil dan tidak berperikemanusiaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang yang kini giat merobohkan gerai-gerai kecil milik peniaga tanpa lesen di negeri itu.

Menurut Ahmad Mahiyuddin, kerajaan negeri perlu mengambil kira kesan tindakan mereka itu terhadap para peniaga terbabit yang mempunyai keluarga dan anak-anak yang bersekolah.

Beliau berkata, pemberian lesen juga perlu dipermudahkan termasuk mengeluarkan lesen berniaga menggunakan van.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2010 09:28 AM | Show all posts
Sedia tempat sebelum roboh premis niaga

IPOH 31 Jan. - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) meminta kerajaan negeri Pulau Pinang menyediakan kawasan baru kepada peniaga Melayu sebelum merobohkan premis mereka.

Timbalan Presidennya, Datuk Ahmad Mahiyuddin Abdullah berkata, tindakan merobohkan premis terbabit boleh memberikan kesan ekonomi dan sosial kepada para peniaga.

Menurut beliau, kerajaan negeri sepatutnya mencari alternatif seperti mengeluarkan lesen kepada peniaga terbabit sebelum merobohkan premis perniagaan mereka.

''Tindakan (merobohkan premis) itu tidak adil dan tidak berperikemanusiaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang yang kini giat merobohkan gerai-gerai kecil milik peniaga tanpa lesen di negeri itu.

Menurut Ahmad Mahiyuddin, kerajaan negeri perlu mengambil kira kesan tindakan mereka itu terhadap para peniaga terbabit yang mempunyai keluarga dan anak-anak yang bersekolah.

Beliau berkata, pemberian lesen juga perlu dipermudahkan termasuk mengeluarkan lesen berniaga menggunakan van.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2010 10:30 AM | Show all posts
- minta tolong klik link dibawah
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.083265 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list