CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2556|Reply: 3

RM15 bilion diperuntuk bantu usahawan

[Copy link]
Post time 8-2-2010 06:26 AM | Show all posts |Read mode
RM15 bilion diperuntuk bantu usahawanBUTTERWORTH: Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM15 bilion melalui inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi membantu usahawan bertaraf tinggi memajukan perniagaan.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata antara bidang yang akan diberi keutamaan ialah perumahan dan industri.Katanya, inisiatif berkenaan mampu meningkatkan pelaburan dengan sektor swasta sebagai enjin pertumbuhan, sekali gus menyumbang kepada pendapatan negara.“Kerajaan akan memberi bantuan dari segi kewangan dan sokongan lain yang dirasakan bersesuaian bagi meningkatkan produktiviti mereka, mulai tahun ini,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Hari Kerjaya dan Keusahawanan Parlimen Tasek Gelugor di Dewan Sungai Dua di sini, semalam.


Mengulas lanjut, Nor Mohamed berkata, bantuan berkenaan akan disalurkan melalui beberapa agensi kerajaan terpilih seperti Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Mara dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).“Kebanyakan usahawan terutama Bumiputera mempunyai kemahiran dan sering mendapat projek termasuk dari luar negara, tetapi mereka tidak cukup modal.“Jika mahu meminjam dari bank pula syarat dikenakan terlalu ketat sehingga menyebabkan produktiviti mereka tersekat,” katanya.Sehubungan itu katanya, insentif berkenaan dijamin dapat membantu usahawan bertaraf tinggi meneruskan perniagaan tanpa perlu risau kekangan kewangan.

Terdahulu, Nor Mohamed yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor, berkata Hari Kerjaya dan Keusahawanan dijadikan platform kepada penduduk Tasek Gelugor mencari peluang pekerjaan.Pada majlis itu, Nor Mohamed turut melancarkan laman web beliau iaitu www.normohamed.my bagi memudahkannya berinteraksi dan berkongsi maklumat dengan orang ramai.

pinjam jangan tak pinjam..15 bilion banyakkkk tue!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2010 11:18 AM | Show all posts
camne pinjam ? condition ?
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 04:24 PM | Show all posts
banyak projek PFI ni yg sekarang on hold

banyak MNC willing to finance projek besar2 nie
tapi..with the condition that they will have absolute control...

tu yang tak best...
technology wise.. we always try to get the best solution..
tapi kalau dah terikat mcm tu.. our hand are tied..
since they finance.. we hv to accept whatever they offer..
even if benda tu dah obsolete.. tempat lain dah tanak guna..
they will dump it on us... if we don't agree then finance laa sendiri...

at least dengan adanya dana nie
we have another option....
setidak-tidak nya a bargaining option....
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 07:27 PM | Show all posts
Tahniah la kpd sesiapa yg terkena tempias 15 billion ni....kot2 ada yg terasa nikmatnya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.250946 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list