|
Jom Makan mahu ke AS, EropahOleh AINUL ASNIERA AHSAN
[email protected]
| Kakitangan Restoran Jom Makan London sedang menyediakan mee goreng.
|
KUALA LUMPUR 7 Feb. – JomMalaysia (UK) Ltd. yang kini memiliki duabuah restoran makanan Malaysia dikenali sebagai Jom Makan di UnitedKingdom (UK) merancang meluaskan lagi perniagaannya menggunakan konsepfrancais menjelang 2015.
Pengarah Urusannya, Mohd. Zuhri Abdullah berkata, langkah itudijangka mampu menyegerakan proses peluasan ‘Dapur Malaysia’ yangmenjadi inspirasi kerajaan dalam mempromosi makanan negara di seluruhdunia.
JomMalaysia yang dimiliki 100 peratus oleh Perbadanan Nasional Bhd.(PNS), kini mempunyai dua buah restoran Jom Makan - masing-masing diPall Mall dan Westfield, London. PNS juga mempunyai sebuah restoranmakanan Malaysia di Tokyo, Jepun.
Sebagai langkah permulaan, JomMalaysia akan menambah lima lagicawangan di UK sebelum menerokai pasaran di Eropah dan Amerika Syarikatpada 2012.
Katanya, untuk projek pertama di UK, syarikat tersebut akanmembelanjakan antara 400,000 (RM2.16 juta) hingga satu juta poundsterling (RM5.4 juta) bagi setiap cawangan tersebut, bergantung kepadalokasi.
Menurut beliau, meskipun membabitkan pelaburan yang besar, namunyakin Jom Makan mampu mencatatkan kejayaan memandangkan kedua-duarestoran yang sedia ada mendapat sambutan baik di kalangan pendudukLondon.
Ia kerana, Jom Makan menawarkan 40 jenis makanan pilihan yang biasanya dijual oleh gerai-gerai di Malaysia.
Setakat ini, hidangan nasi goreng, nasi lemak, sate, roti canai,ayam percik, mee goreng dan teh tarik begitu popular di kalanganpelanggan Jom Makan.
Ditanya mengenai sambutan makanan Malaysia secara keseluruhannya,Mohd. Zuhri tidak menafikan promosi dan pemasaran begitu agresifdilakukan kerana ia terlalu baru bagi masyarakat di London.
‘‘Menu Malaysia tidak popular seperti mana makanan Jepun, Thailand, China, India dan Vietnam.
‘‘Pada awalnya memang susah hendak mempromosikan makanan Malaysia kerana ramai yang tidak mengetahui menu kita.
‘‘Tetapi sejak dua tahun lalu, usaha yang dilakukan sudah menampakkan kejayaan,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Beliau berkata, berdasarkan prestasi semasa, restoran Jom Makanmenerima 3,500 pelanggan seminggu dan 14,000 orang sebulan, termasuk 95peratus adalah warga asing dan bakinya adalah rakyat Malaysia yangmelancong dan menetap di sana.
Mohd. Zuhri berkata, dengan prestasi tersebut, Jom Makan mampumemperoleh pendapatan sebanyak dua juta pound (RM10.8 juta) setahun.
Beliau berkata, jika prestasi itu dapat diperbaiki setiap tahun, JomMakan bukan sahaja akan memperkukuh masakan Malaysia di luar negarasebaliknya boleh membantu meluaskan lagi perniagaan sokongan bagirestoran itu.
Ini termasuk kerjasama dengan perusahaan kecil dan sederhana bagimembekalkan produk pertanian, bahan masakan, perabot dan kelengkapandapur.
Tambah beliau, dengan tema semua orang boleh makan dan masak makananMalaysia, Jom Makan menawarkan perkhidmatan segera dengan tempohmenunggu kira-kira 10 minit untuk menikmati hidangan panas.
Restoran Jom Makan kini memiliki 63 kakitangan termasuk empat rakyat Malaysia dan bakinya terdiri di kalangan pekerja asing.
‘‘Untuk memastikan hidangan yang ada betul-betul memiliki rasaMalaysia, kita menyediakan piawaian prosedur dan pekerja perlumematuhinya,’’ jelas beliau. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|