|
Post Last Edit by papa_vogue at 12-2-2010 00:53
http://yfrog.com/0y2112010zianalecuraj
KUALA LUMPUR, 11 FEB 2010: Ini bukanlah gimik yang sengaja dilakukan Diva Pop, Ziana Zain ketika menghadiri prebiu filem terbarunya, Magika di panggung Cineleisure Damansara ,petang semalam. Tapi, inilah sebenarnya kesan daripada tragedi sebenar yang dialaminya baru-baru ini.
Ziana hadir dengan kedua-dua belah tangannya berbalut akibat terjirus air panas sewaktu sedang leka menyiapkan sarapan pagi buat keluarganya sekitar jam 7 pagi pada 8 Februari lalu (Isnin).
Bukan setakat kedua-dua belah tangannya saja yang melecur, malah air panas turut singgah ke peha kanan penyanyi Puncak Kasih itu hingga menyebabkan dia terpaksa dikejarkan ke hospital pada pagi hari berkenaan.
"Sebab itulah Akak pakai baju kembang hari ini, sebab peha ini masih sakit. Bukan saja susah bila nak makan, tapi juga nak basuh pinggan dan pakaian. Malah memandu juga susah. Yalah semuanya Akak buat sendiri.
"Sakit yang Akak rasakan ketika itu bukan kepalang. Mengelitik-gelitik seperti ikan. Sampaikan tiba di pusat kecemasan hospital, akak masih menggelitik-gelitik kesakitan.
"Masa itu memang meraung tak ingat dunia langsung. Hanya Tuhan saja yang tahu. Tapi rasa sakit itu hanya pada hari pertama saja, sekarang sudah berkurangan. Alhamdulillah," katanya yang membiasakan dirinya dengan gelaran Akak kepada portal murai.com.my.
Ziana menambah, doktor telah menyapukannya dengan krim khas lecur selain memberikannya ubat penahan sakit serta antibiotik, sebaik saja dia dirawat di hospital berhampiran rumahnya di Shah Alam.
Jelas ibu kepada 4 cahayamata itu, dia sendiri tidak menyangka, rutin harian yang sering dilakukannya setiap pagi itu telah menjadi tragedi buruk yang tidak mudah dilupakan.
Sempat menunjukkan kesan lecuran pada tangan sebelah kanannya, Ziana berkata tiada apa yang dapat dilakukan melainkan menundukkan rasa redha dengan takdir Tuhan, selain bersangka baik yang mungkin adanya hikmah di sebalik kejadian berkenaan.
"Apa yang penting sekarang, Akak perlu kerap sapukan kesan lecur ini dengan gel elovera bagi memastikan ianya cepat sembuh. Nanti bila ia hampir sembuh, Akak akan melakukan rawatan seterusnya menggunakan produk La Mer supaya tidak ada kesan lecuran yang tertinggal," katanya yang masih sempat memberi pose istimewa kepada murai.com.my dengan 2 pasang tangnnya yang berbalut itu.
Meskipun begitu jelas Ziana, kecederaan dialaminya itu bukanlah alasan untuknya kembali berehat panjang seperti selepas bersalin, sebaliknya dia begitu komited untuk tetap menghadiri beberapa undangan yang memerlukan kehadirannya dalam masa terdekat.
Misalnya seperti majlis prebiu filem Magika ini sendiri. Malah, Ziana yang memegang watak nenek kebayan menerusi filem bernilai RM2 juta arahan Edry Abdul Halim itu akan turun padang bagi menjayakan 2 lagi sidang media berlainan pada petang ini dan esok hari.
"Ini semua komitmen yang perlu Akak pikul. Sakit atau susah macam mana sekalipun. Akak mesti hadir pada hari ini. Sebab semua orang meletakkan harapan yang tinggi untuk filem Magika. Jadi sebagai pelakon utama, Akak perlu bertindak secara professional bagi memenuhi keinginan semua pihak.
"Esok pula (hari ini) Akak akan hadir ke sidang media teater Gamat di Istana Budaya dan kemudian persembahan di Singapura pula. Semua itu perlu Akak penuhinya dengan penuh rasa tanggungjawab. Tahulah nanti macam mana Akak nak selindung tangan ini," kata yang sempat berjenaka.
creadit to murai
border=0 />
da search tapi xde.
sorry. kalo dah ada marge yekk. |
|