|
Post Last Edit by snowey_dey at 18-2-2010 10:36
Oleh Nor Akmar Samudin
[email protected]
18/2/2010
KONSERT Satu Suara yang menggabungkan tiga nama cukup popular masa kini, Aizat, Faizal Tahir dan Datuk Siti Nurhaliza yang berlangsung selama tiga hari di Panggung Sari, Istana Budaya, baru-baru ini berjaya mengumpulkan pelbagai kategori peminat untuk menikmati kehebatan persembahan dan gandingan suara mereka.
Berjuang di landasan sama atas dasar minat dan bakat, beza usia dan barangkali Aizat yang baru setahun jagung menimba pengalaman sebagai anak seni tidak menjadi halangan kepada mereka untukbergandingan di pentas gah itu.
Julung kali konsert itu diadakan, ia ternyata berjaya membuka mata ramai dan melihatkan kehadiran penonton pada malam itu, yang hadir bukan calang-calang usia dan status. Bukan saja remaja, namun mereka yang sudah merangkak usia termasuk golongan VIP. Konsert pembukaan malam gala itu turut dihadiri Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun MohdKhalil Yaakob dan isteri serta mantan Perdana Menteri ,Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Tun Dr Sit Hasmah Mohd Ali.
Gabungan tiga pesona itu berjaya mengumpul peminat masing-masing. Tirai persembahan dibuka dengan lagu Saya Anak Malaysia yang pernah dipopularkan Dr Sam Rasputin. Lirik lagu itu diubah suai bagi memperkenalkan dua anak mudaitu.
Persembahan diteruskan dengan nyanyian solo Aizat.Pentas Panggung Sari dihangatkan dengan lagu popularnya seperti Kau Aku, Fikirlah, Susun Silang Kata, Lagu Kita, Pergi dan Hanya Kau Yang Mampu. Aizat juga menyanyikan secara medley lagu daripada kumpulan yang menjadi idolanya, The Beatles.
Baru saja menang Juara Lagu, namun membuat persembahan di IB adalah suatu perkara yang berbeza. Pun begitu, memahami keadaan Aizat yang masih baru dalam dunia berbanding dengan 'kakak' dan 'abangnya' , Siti dan Faizal, persembahan Aizat tetap menghiburkan, tambahan pula dengan lagu dan vokalnya yang mantap. Pastinya jika peluang untuk beraksi di pentas Panggung Sari itu datang lagi, tentu Aizat sudah tahu apa rencah yang patut ditambah bagi memantapkan lagi persembahannya. Apa pun, ia permulaan yang baik bagi Aizat untuk tahun ini kerana diberi ruang membuat persembahan dipanggung yang menjadi impian setiap karyawan seni itu.
Paling dinantikan, kemunculan Faizal yang membuatkan seluruh panggung itu bergema dengan jeritan dan pekik sorak peminatnya. Jika gaya berpakaian Aizat menonjolkan keremajaannya, kemunculan Faizal pula lebih elegan dengan jaket rona merah hati yang sekali pandang persis gaya Michael Jackson. Belum pulih sepenuhnya daripada sakit kaki, susuk tubuh bapa kepada tiga cahaya mata itu kelihatan susut.
Namun demi peminat yang bagaikan tidak sabar menanti kemunculannya dipentas, dia terus mempamerkan persembahan mantap meskipun sepatutnya dia masih perlu bertongkat. Sebaik saja mengambil alih pentas daripada Aizat, Faizal sempat memuji anak muda itu antara penyanyi paling berbakat di negara ini dan sering dijadikan contoh kepada mereka yang ingin mencipta kejayaan dalam dunia seni suara.
Malam itu Faizal menyanyikan lagu Sampai Syurga, Mahakarya Cinta,Batu Dan Golek, Selamat Malam, Cuba, Bencinta dan lagu medley dari kumpulan Queen. "Kaki saya masih terasa sakit namun janji kepada peminat yang sudah membeli tiket perlu dikotakan," katanya.
Kemuncak persembahan dengan kemunculan Siti menyanyi bersama mereka. Irama rock terus meriah di pentas dan penonton tidak segan silu menyanyi dan menari seiring kerancakan irama muzik. Melihatkan kesungguhan Aizat dan Faizal memberikan yang terbaik untuk khalayak yang hadir, Siti lantas memuji keazaman mereka itu. Menyesuaikan diri dengan dua anak muda itu, Siti lari daripada kebiasaan dengan menyanyikan lagu rock yang dimulakan dengan lagu Sekuntum Mawar Merah (Alleycats) dan Rela Ku Pujuk (Tam Spider).
"Konsert malam ini diadun mengikut kehendak IB yang mahu mengajak remaja datang menonton persembahan di sini," katanya.
Seterusnya, Siti mempersembahkan lagu Kekasihku dan Biarlah Rahsia yang diberi gubahan baru.
Konsert Satu Suara itu terbitan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd (SNP) dengan kerjasama IB diketuai Jennifer Thompson menggunakan tujuh pemuzik profesional. Ia dipimpin pengarah muzik, Sze Wan diiringi 20 pemain muzik Orkestra Simfoni Kebangsaan. |
|
|
|
|
|
|
|
berbeza sekali tulisan wartawan harian metro & utusan
meskipun aizat masih ada kelemahan, ditulis tanpa menguris hati
wartawan utusan pula sedaya upaya mencari kelemahan faizal
adakah "perasaan anti" menyebabkan dua perkara berbeza berlaku?
berlaku bukan sekali tapi berulang2 kali! |
|
|
|
|
|
|
|
bias ada di mana2. common la. |
|
|
|
|
|
|
|
berbeza sekali tulisan wartawan harian metro & utusan
meskipun aizat masih ada kelemahan, ditulis tanpa menguris hati
wartawan utusan pula sedaya upaya mencari kelemahan faizal
adakah "perasaan ...
santubung Post at 18-2-2010 10:59
aku dh perhati lama paper utusan/kosmo sesetgh wartawannya ni mmg semcm ada anti skit (ke banyak?) kt FT ni. tak lupa jugak murai.com
ntah la mmg mcm tu kot stail paper utusan/kosmo. slalu sgt over dlm tulisan dorg. klu benda2 x disukai dibantainya cukup2. tgk je la isu politik, klu nk compare dgn paper lain, paper ni x habis2 suka sgt mainkan isu2 perkauman yg sempit, dan byk lagi la. x lupa dgn majalah mangga dorg yg dh lebih drp separa lucah.... hmmm aku bajet wardina terlupa nk highlight psl majalah mangga bodoh ni...
p/s sori ter emo jap... |
|
|
|
|
|
|
|
wartawan tu gatal bijik kot sorang2 bila tulis sal pejal |
|
|
|
|
|
|
|
wartawan fonen ke tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Paling dinantikan, kemunculan Faizal yang membuatkan seluruh panggung itu bergema dengan jeritan dan pekik sorak peminatnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan wartawan hiburan mmg banyak yg fonen ke? |
|
|
|
|
|
|
|
tp klu kita buat2 pekak, diam je seolah2 kita setuju dgn apa yg wartawan tu tulis. wartawan tu apalagi bertambah perasan la. suka la dia. dan anti FT yg xtau apa2 pn sure suka pnya la. kita smua hangin bersuara ni bknnya apa nk tunjukkan pd wartawan tu biar dia tahu yg apa yg dia tulis tu melampau, tp cukup la stakat sehari dua je hangin. pas tu cool balik.... klu buat lagi, kita hangin balik!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|