CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2194|Reply: 5

KSS beri kepuasan

[Copy link]
Post time 21-2-2010 11:50 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by sicomel at 21-2-2010 11:51

KSS beri kepuasanOleh MURSHID EUNOS
[email protected]
2010/02/21

JANGGAL rasanya Dewan Panggung Sari Istana Budaya (IB) yang selama ini mengangkat karya teater dan himpunan persembahan berwajah kesenian tiba-tiba bertukar atmosfera kepada gedung dentuman muzik rock. Bukan pelik pada aspek konsepnya saja, sebaliknya Konsert Satu Suara (KSS) anjuran Siti Nurhaliza Productions (SNP) turut menampilkan sisi remaja lokasi berprestij itu.

Bukan sekadar itu, konsert berkonsep Rockestra yang berlangsung daripada 12 hingga 14 Februari lepas semakin 憄anas?dengan kehadiran penyanyi nombor satu negara yang juga penerbit konsert, Datuk Siti Nurhaliza. Usah lagi disangkal kehebatan vokal mereka. Tidak terus mengangkat tanpa sebab sebaliknya Kekuatan lontaran suara ketiga-tiga penghibur popular itu jelas mengukir senyuman kepada setiap penonton sebaik melangkah keluar. Lagu Saya Anak Malaysia membuka tirai disampaikan Faizal dan Aizat cukup menggamit perhatian. Nyata, gabungan vokal mereka serasi dan kemas. Pentas persembahan dibahagi kepada tiga segmen yang mana penghormatan diberi kepada penyanyi muda yang baru saja dinobatkan sebagai juara di Anugerah Juara Lagu bulan lalu, Aizat dengan menyampaikan kesemua koleksi lagu popularnya termasuklah Aku dan Kamu, Fikirlah, Lagu Kita dan Pergi.


Meskipun masih hijau di arena dunia seni, peluang beraksi di IB diguna sebaiknya oleh Aizat. Saat penyanyi berusia 21 tahun itu memetik piano mengiringi nyanyiannya menerusi lagu keramat, Hanya Kau Yang Mampu, ada segelintir peminat yang menitiskan air mata.
Aizat turut mengambil kesempatan menyampaikan lagu yang banyak memberi inspirasi buatnya termasuk lagu kumpulan Raihan, Thank You Allah dan deretan koleksi kumpulan Beatles seperti Yesterday, I Am The Walrus dan I Wanna Hold Your Hands.

Aizat bertuah beraksi pada pentas berprestij bersama dua nama tersohor yang memberinya memilih lagu sendiri jelas menambah keyakinannya sepanjang beraksi.
揂izat terharu dengan sambutan penonton dan sebagai anak seni yang masih baru, peluang ini dapat menjadi penanda aras buat saya sendiri pada masa depan. Sekurang-kurangnya, saya menimba pengalaman berharga seperti ini yang boleh mengajar untuk menjadi yang terbaik dalam pencaturan dunia nyanyian. 揚ilihan lagu saya berdasarkan inspirasi serta suntikan semangat yang banyak memberi ilham buat saya selama ini dalam mencorak identiti. Alhamdulillah Faizal dan Siti sendiri berpuas hati dengan tahap persembahan saya meskipun pada awalnya perasaan gementar mengulit diri kerana terlalu memikirkan piawaian seorang penyanyi hebat seperti mereka berdua,?katanya.

Jeritan penonton semakin menjadi-jadi apabila giliran Faizal mengambil alih pentas dengan mendendangkan lagu Sampai Syurga. Terus menghiburkan dengan lagu popularnya termasuk Mahakarya Cinta, Selamat Malam Sayang, Cuba dan Bencinta, Faizal berjaya memancing kesemua hadirin lengkap dengan jenaka dan komunikasi bersahaja.

Berkongsi perasaan dan pengalaman yang sama dengan Aizat, penyanyi yang masih dalam kesakitan sepanjang membuat persembahan ini cukup terharu kerana akhirnya berpeluang mendekati peminat dalam satu majlis ekslusif. Faizal turut menyampaikan lagu baru untuk album keduanya nanti iaitu Adrenalin hanya menganggap konsep konsert ini adalah jiwa baginya. Malah penyanyi yang bijak bercanda dengan peminat sepanjang persembahan ini kelihatan bertenaga dan serasi dalam menyampaikan kesemua lagu meskipun sesekali mengusik kerisauan penonton akan kestabilan vokalnya. 揝aya pastikan kesihatan dan fizikal sentiasa dalam keadaan bersedia kerana konsert ini bukan saja berlangsung selama tiga malam, malah sejak dari awal lagi, peminat serta teman ingin menyaksikan sesuatu yang hebat dan lain daripada saya. Bohong jika saya nyatakan tidak risau lebih-lebih lagi menjelang tarikh persembahan, namun saya tidak mahu terus membebankan diri dengan perasaan gementar itu. Justeru sejak dari sesi latihan saya sentiasa memastikan minda dan gerak fizikal saya dalam keadaan rehat, tenang dan bersahaja,?katanya.

Momentum KSS tidak sekali melawan arus sebaliknya segmen terakhir semakin menghangatkan dewan apabila Siti mula berdiri sebagai penyanyi undangan dengan menyampaikan lagu Biarlah Rahsia yang digarap mengikut susunan muzik rock. Penonton langsung melupakan etika IB dengan berdiri menyanyi sama dan bersorak. Sekali lagi penonton terpaku saat kombinasi tiga suara ini bersatu pada segmen terakhir dengan menyanyikan lagu klasik popular dari kumpulan Wings, Sejati sebelum Sekuntum Mawar Merah dan Kota Ibu Kota.

Menariknya, lagu popular kumpulan Spider, Rela Ku Pujuk disampaikan mereka dengan alunan muzik Raggae. Malah, Faizal dan Aizat turut mencuba menyampaikan lagu popular Siti, Kau Kekasihku dalam gaya mereka tersendiri. Dalam pada itu, Siti mengharapkan penonton berasa tenaga mereka bertiga di atas pentas selain berpuas hati dengan persembahan keseluruhan. Siti yang ditemui di majlis sidang media sejurus tamat persembahan berasa yakin projek sulungnya menjanjikan seribu kegembiraan buat peminat. 揝iti sangat terharu dengan komitmen Faizal dan Aizat. Mereka bersungguh-sungguh memastikan konsert ini mengikut piawaian terbaik. Hasilnya sangat membanggakan meskipun penat sesi latihan belum habis. Tiga hari di gelanggang konsert, mereka beri yang terbaik.

揚ilihan lagu serta susunan muzik adalah mengikut keselesaan kedua-dua artis kerana Siti tidak mahu mengganggu keserasian pada setiap persembahan mereka. Malah cita rasa mereka sememangnya berjaya mengikat kesemua peminat untuk terus menonton hingga konsert selesai.
揑nsya-Allah jika ada rezeki, Siti akan menganjurkan sesuatu yang berbeza dan lebih menarik di masa depan. Apapun, kejayaan ini adalah kerana komitmen semua pihak dan Siti sangat bertuah dengan kerjasama yang diberikan oleh produksi, pemuzik, IB dan artis,?katanya.

p/s; i like....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2010 01:48 PM | Show all posts
Post Last Edit by santubung at 21-2-2010 13:50

berbezakan?
tulisan wartawan yg benci ngan yg tak benci kat FT

tapi ... bahasa Cina kat artikel tu ko copy paste tu tak nak edit ker?

pstt: kosmo ader citer sal sejarah hitam artis (kes FT bukak baju ... sambungan agenda untuk menjatuhkan FT)
perlu ler citer dah nak masuk 3 tahun dikupas??????
kot ader motif pun ............. haktuih press under utusan ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2010 07:11 PM | Show all posts
Faizal berjaya memancing kesemua hadirin lengkap dengan jenaka dan komunikasi bersahaja.

Malah penyanyi yang bijak bercanda dengan peminat sepanjang persembahan ini kelihatan bertenaga dan serasi dalam menyampaikan kesemua lagu


waduhh
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2010 07:26 PM | Show all posts
yea! love FT :pompom:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2010 10:39 PM | Show all posts
Post Last Edit by santubung at 21-2-2010 13:50

berbezakan?
tulisan wartawan yg benci ngan yg tak benci kat FT

tapi ... bahasa Cina kat artikel tu ko copy paste tu tak nak edit ker?

...
santubung Post at 21-2-2010 13:48


x pyh edit la kot. skit je. lg pun bahasa cina bknnya bahasa penjajah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2010 10:44 PM | Show all posts
Faizal berjaya memancing kesemua hadirin lengkap dengan jenaka dan komunikasi bersahaja.

Malah penyanyi yang bijak bercanda dengan peminat sepanjang persembahan ini kelihatan bertenaga dan serasi d ...
washere2 Post at 21-2-2010 19:11


berjaya memancing kesemua hadirin - bknnya sebilangan besar penonton lagi dh

bijak bercanda dengan peminat - hehehe... pas ni FT buat la konsert kt tepi pantai. bak lagu sudirman & anita srwk '... bercanda di pasiran pantai...' hehehe... jgn marah ya hanim, gurau ja...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 02:20 PM GMT+8 , Processed in 0.068760 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list