|
Magika mampu cetus fenomenaOleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]
Gambar ZULHAFIZ HANAFIAH dan ihsan KRU STUDIOS
| PENGARAH filem Magika, Edry (tengah) diapit oleh abang-abangnya, Norman (kiri) dan Yusry.
|
SEJAK KRU Studios mengumumkan akan menerbitkan sebuah filem muzikalfantasi sekitar setahun setengah yang lalu, ramai yang menantikanpenghasilannya.
Apatah lagi, filem yang diberi judul Magika itu turut mempertaruhkan nama-nama besar dan popular industri hiburan tanah air dalam mewarnai filem kelima terbitan mereka.
Pada tayangan amal filem Magika di Cathay Cineleisure,Damansara, Selangor baru-baru ini, sekali lagi KRU menunjukkan taringmereka sebagai penerbit filem yang mempunyai visi tersendiri.
Mereka membuktikan Magika berjaya dihasilkan dalam konteks filem muzikal Malaysia tanpa mengikut acuan Barat.
Hasilnya juga, selama dua jam menonton filem ini tidak ada seorangpun yang merungut kebosanan kerana perjalanan ceritanya sungguhmenghiburkan!
Setiap watak mitos yang dilakonkan oleh para pelakonnya begitumenonjol dan meninggalkan kesan yang cukup besar biarpun hanya seketika.
Antara watak yang cukup menyerlah dalam filem Magika ialah Nenek Kebayan yang dijayakan dengan cukup cemerlang oleh Ziana Zain.
Ekspresi wajah serta penghayatan dalam menghidupkan watak tersebutmemang benar-benar menjadi dan Ziana berjaya menterjemahkan watakberkenaan mengikut acuannya sendiri.
Ning Baizura juga tidak kurang hebatnya dalam membawakan watakPuteri Gunung Ledang yang lari daripada apa yang pernah digambarkansebelum ini.
Selain watak Nenek Kebayan dan Puteri Gunung Ledang, Magikaturut menampilkan watak-watak legenda lain seperti Badang yangdilakonkan oleh Mawi, Pak Pandir (Aznil Nawawi), Mahsuri (VanidahImran), Norman Hakim (Awang), Nabil Ahmad (Orang Minyak), Saiful Apekdan kumpulan Senario (Hang Tuah dan lima bersaudara) serta Raja Azura(Mak Andeh).
Selain itu, Maya Karin turut beraksi dalam filem ini sebagai PuteriBunian, M. Nasir (Penunggu Tasik Chini), Sharifah Aleya (Bawang Merah),Sharifah Amani (Bawang Putih), Adibah Noor (Mak Halia) dan KRU sendirisebagai Pokok Bersaudara.
Tidak dilupakan, dua teraju utamanya, Diana Danielle dan Fimie Donyang memegang watak sebagai adik-beradik bernama Ayu dan Malik.
Secara ringkasnya, Magika mengisahkan perjalanan Ayu dan Malik di dunia fantasi bernama Magika selepas terjatuh ke dalam sebuah perigi.
Sewaktu berada di Magika, mereka bertemu dengan watak-watak mitos yang sebelum ini hanya diketahui menerusi pembacaan sahaja.
Percayalah, apabila Magika ditayangkan pada pertengahan tahun ini, tidak mustahil untuk filem pertama arahan Edry Abdul Halim ini mampu mencetuskan fenomena baru dalam industri perfileman tanah air.
Sekalung tahniah dan pujian harus diberikan kepada KRU kerana terusberani menampilkan pembaharuan dan variasi kepada audiens sinematempatan.
Memang harus diakui, Magika bukanlah sebuah filem yangsempurna kerana dalam menerbitkan sebuah filem muzikal fantasi sepertiini, masih lagi ada kekurangannya terutama aspek penceritaan.
Jika membicarakan dari segi aspek teknikal pula, masih banyak ruangyang dapat diperbaiki khususnya penataan seni, kostum mahupun tata rias.
Jika KRU berani menambahkan sedikit lagi kos penerbitannya yang sebanyak RM2 juta itu, tidak mustahil mereka mampu menjadikan Magika sebuah filem muzikal yang ekstravaganza.
Edry yang ditemui selepas tayangan filem berkenaan berkata, diagembira dengan respons positif daripada mereka yang hadir menontonfilem sulung arahannya itu.
Tetapi, kata Edry, itu bukan satu petanda untuk dia berasa puas hatikerana masih lagi banyak ruang yang harus diperbaikinya untuk menjadiseorang sutradara filem yang disegani.
Menyambung bicara, Edry tidak menafikan cabaran dan tanggungjawabyang harus dipikulnya dalam menjadikan ia sebuah filem muzikal yangmampu dinikmati sebaik-baiknya.
Sebetulnya, Magika sudah berlegar dalam kotak fikirannyahampir lima tahun lalu. Cuma, dia tidak begitu yakin untukmerealisasikannya sehinggalah diberi peluang oleh abang sulungnya, Norman.
Kata Edry, sewaktu menulis skrip dan lakon layarnya, dia sudahmembayangkan pelakon yang dimahukannya dalam membawakan setiap watakdalam filem Magika.
Ini termasuklah watak fiksyen, Puteri Gunung Tahan yang sepatutnya dilakonkan oleh Datuk Siti Nurhaliza.
Cuma, rezeki tidak berpihak kepada Edry apabila Siti tidak dapat menerima tawaran tersebut atas sebab-sebab tertentu.
"Sepanjang 30 hari penggambaran, tiada masalah besar yang sayahadapi dan semuanya berjalan dengan lancar seperti mana yangdirancang," cerita Edry penuh semangat dan teruja saat diajak berbicaramengenai buah tangan sulungnya itu.
Magika menjalani penggambaran di beberapa buah lokasi menariksekitar Kuala Lumpur dan Selangor seperti Universiti Putra Malaysia,Putrajaya, Ulu Yam dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
Namun, matlamat utama Edry dalam Magika adalah untuk menjadikannya ia sebagai sebuah filem muzikal Malaysia yang kuat unsur-unsur Melayunya.
Kerana itu, dalam filem ini penonton akan dapat melihat bagaimanapantang-larang yang menjadi amalan turun-temurun masyarakat Melayuditonjolkan dalam filem ini.
"Pada saya, tidak perlu untuk mencedok mahupun mengikut acuan Baratkerana apa yang kita ada sudah cukup kuat untuk menzahirkannya kebentuk filem.
"Inilah masanya untuk kita memperkenalkan kembali budaya yang semakin hari semakin jauh ditinggalkan.
"Memang saya sengaja tonjolkan semua itu dalam filem ini sekali gusmemberikan pendedahan kepada generasi muda yang mungkin tidak tahutentang pantang-larang Melayu," jelasnya yang turut menyelitkan unsurkasih sayang dan kekeluargaan dalam filem Magika.
Pada masa yang sama, Edry juga mengakui, bukan mudah menghasilkan sebuah filem muzikal kerana perlu menitikberatkan aspek lagu.
Menerusi Magika, Edry menghasilkan 14 buah lagu baru yang mana liriknya pula terhasil daripada skrip filem berkenaan.
"Setiap lagu menepati watak dan nada suara setiap pelakon yang menyanyikan serta melakonkan watak masing-masing.
"Daripada situ, filem ini menjadi menarik kerana variasi lagu yangditampilkan serta bentuk nyanyian masing-masing yang menghidupkan lagibabak-babak dalam Magika.
"Salah satu tujuan saya dan KRU Studios menerbitkan filem ini adalahmahu mendidik serta membuka minda masyarakat tentang genre filemmuzikal yang masih lagi asing di negara ini," ujarnya sambilmemberitahu album runut bunyi (soundtrack) Magika akan diedarkan tidak lama lagi.
Salah satu lagunya, Penyembuh Rindu nyanyian duet Mawi dan Diana kini sedang rancak dimainkan di corong-corong radio.
Lagu-lagu lain yang dimuatkan ialah Gebang (Maya), Asal Menjadi Cantik (Ning), Rahsia Awet Muda (Ziana), Kita Bersaudara (KRU), Mana Nak Lari (Aleya, Amani, Adibah dan Ziana) dan Naga Tasik Chini (M. Nasir, Mawi, Diana dan Fimie).
Anak ketiga daripada empat beradik ini juga memaklumkan dia bersedia menjadi seorang pengarah filem muzikal seandainya Magika mencatatkan kutipan pecah panggung.
Lakonan ziana mendapat pujian. sure meletop filem ni. |
|