|
Ziana, Misha meriahkan Gamat Oleh Zaidi Mohamad
Kedua-duanya tampil kali pertama dalam pementasan muzikal
INIkali pertama dua penyanyi hebat di pentas nyanyian, Ziana Zain danMisha Omar memberanikan diri untuk terbabit dalam pementasan teater.Masing-masing mempunyai alasan tersendiri memilih lakonan di pentasuntuk terus menguji bakat mereka iaitu menerusi teater muzikal Gamatarahan Zaifri Husin.
Bakat mereka sudah terbukti bukan hanya di bidang nyanyian,malah kedua-duanya sudah pernah bergelar pelakon TV dan filem. Merekajuga sudah bergelar ibu. Jika Ziana sudah menjadi ibu kepada empatanak, manakala Misha bergelar ‘ibu’ kepada anak angkat bernama MuhammadAdam Emir (Adam).
TeaterGamat 2 yang akan dipentaskan Mac depan sama seperti pementasan teatermuzikal Ibu Zain beberapa tahun lalu yang julung kalinya dipentaskan diIstana Budaya tetapi untuk musim kedua bertukar lokasi ke AuditoriumPusat Pelancongan Malaysia (MATIC). Ia masih diterbitkan oleh produksiyang sama iaitu CTRA Production.
Seperti biasa juga, apabila berubah lokasi dari besar kekecil pasti membabitkan pengurangan barisan pelakonnya pula. Jikateater Gamat pertama membabitkan 91 pelakon, tahun ini ia dikuncupkanmenjadi 47 orang sahaja. Selain mengekalkan watak utama Ibu Gamat yangdilakonkan Amy Mastura, Gamat kali ini juga menampilkan watak baruseperti Profesor Gamat dan Ketua Obor-Obor yang dilakonkan Ziana.
Bagi Ziana watak antagonis yang dipegangnya itu diterimadengan lapang dada. Kata penyanyi yang bakal muncul dengan single baruberjudul Pawana itu, sebelum ini penerbit teater Gamat ini iaitu SitiRohayah Attan (Kak Roy) pernah merisiknya untuk menjadi sebahagiandaripada pelakonnya.
“Sudahdua kali Kak Roy mengajak saya berlakon. Ini kali ketiga tawarandaripadanya dan kebetulan masa bersesuaian, lalu tiada sebab untuk sayamenolak. Kebetulan saya tidak sibuk dan baru habis berpantang selepasmelahirkan anak kembar.
“Lagipun teater ini sesuai untuk ditonton seisi keluarga yangsekali gus mengingatkan kepada anak saya. Malahan anak sulung saya,Aiman sendiri pun sukakan kehidupan laut. Dia sukakan subjek Sains.Secara tak langsung, anak-anak saya boleh menonton dan mempromosikankepada kawan-kawan,” katanya yang datang berbalut di kedua belahtangannya gara-gara terkena air panas ketika mahu menyediakan teh tarikdi rumahnya baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, Ziana akan mula sibuk pada tahunini. Selepas selesai pementasan teater Gamat 2 mulai 12 hingga 22 Macdepan, dia akan terbabit dengan Mentor musim keempat.
“Selain itu saya akan memikul tanggung jawab sebagai hosprogram Hip TV di TV9 tak lama lagi. Malahan bermula esok hingga Ahadini, saya akan terbabit sebagai penyanyi jemputan untuk teater muzikalAntara arahan Ellie Suriati menyanyikan tiga buah lagu.
“SinglePawana masih menunggu waktu yang sesuai untuk dimainkan. Pada peringkatawal ia sepatutnya diedarkan syarikat EMI. Bagaimanapun selepaspenutupan syarikat itu, saya perlu mendapat surat pelepasan dan melaluiprosedur yang betul sebelum single itu diedarkan di stesen radio,” kataibu kepada anak kembar berusia tujuh bulan yang diberi nama Siti NoorKaseh dan Muhamad Ariel.
Terlanjur bertanya mengenai anak kembarnya itu, isterikepada Armin Zaharin itu akan mengadakan satu majlis dalam masaterdekat untuk mendedahkan wajah anaknya itu yang sentiasaditunggu-tunggu rakan media dan peminat.
“Bayi kembar saya pun semakin sihat. Jadi saya rasa sudahtiba masanya untuk saya menayangkan anak kepada tatapan umum nanti.Jangan risau, pasti rakan media akan diundang ke majlis ini,” katanya.
Misha jadi Dara
Misha Omar pula memegang watak Ketua Buntal yang pernahdipegang Natasha Hudson sebelum ini. Tawaran ini diterima pengacaraSehati Sejiwa itu beberapa minggu lalu. Misha dan kakaknya yang turutmerangkap sebagai pengurus berbincang selama empat jam dengan Kak Roybagi mempertimbangkan tawaran watak terbabit.
“Secara kebetulan, saya memang rapat dengan Amy Mastura yangturut berlakon teater ini pada siri pertama. Apabila Amy berceritasebelum ini, saya sendiri berasa teruja. Malangnya, dek kesibukan, sayatak berpeluang menontonnya tahun lalu.
“Saya tertarik dengan watak ini dan yakin dapat melakukannyasebaik mungkin. Teater ini juga lebih santai dan tiada protokol, jadisaya bebas melakukan tambahan spontan untuk menceriakan karakter itu.
“Daripada segi komitmen dan masa, saya tiada masalah. Sayaakan memulakan latihan pada 22 Februari ini,” katanya yang barumendapat lampu hijau daripada syarikat rakamannya untuk membincangkanalbum studio seterusnya pada tahun ini.
Dalam pada itu, Misha turut mengesahkan akan terbabit dalampementasan teater muzikal Uda & Dara arahan Datuk Razali Razali.Misha akan membawakan watak Dara dan ia bakal dipentaskan Julai ini diIstana Budaya. Ketika ini, Misha memberitahu watak Uda belumdiketahuinya.
“Saya menghadiri uji bakat teater ini, dan Datuk Rahimsendiri menjadi panel penilai uji bakat. Menggeletar lutut juga sayajadinya ketika diuji bakat. Apatah lagi karya ini agak berat dan seriushasil cetusan Allahyarham Datuk Dr Usman Awang,” katanya sambilmemberitahu anak angkatnya juga sedang diintai untuk berlakon samadalam Gamat 2.
sumber:http://www.bharian.com.my/Curren ... 0225074348/Article/ |
|