|
'Cukuplah kuota 4 anak' Oleh Ramlah Zainal
[email protected]
2010/03/11
PENGALAMAN getir bersabung nyawaketika melahirkan anak kembarnya, Muhammad Ariel (Ariel) dan Siti NourKaseh (Kaseh), 8 bulan, tanggal 23 Julai tahun lalu masih bermaindiingatannya sampai hari ini.
PENYAYANG...Ziana bersama pasangan kembarnya Ariel dan Kaseh
sebelum - selepas
PENAMPILAN PERTAMA...Ziana muncul kali pertama dalam majlis ulangtahun Murai.com pada Januari lalu.
Malah, kata penyanyi popular, Ziana Zain, 42, sambil menitiskanair mata, dia serik dengan pengalaman perit melahirkan anak kembar.Akuinya, mungkin ramai tidak percaya dia pertaruhkan nyawanyamelahirkan mereka apabila tumpah darah dengan banyak hingga dimasukkandarah sebanyak 10 pain.
Ziana juga terpaksa keluar masuk hospital selama empat bulan selepasmelahirkan Ariel dan Kaseh. Doktor mengatakan Ziana memerlukan masaenam bulan untuk pulih sepenuhnya. Pengalaman itu membuatkan Zianabercadang tidak mengandung lagi selepas ini.
“Cukuplahdengan kuota empat anak yang kami ada. Ia memang pengalaman palinggetir dalam hidup saya. Sebenarnya, saya takut jika ajal sampai ketikaitu, saya tidak sempat membesarkan anak kembar ini.
“Mungkinorang fikir, seronok apabila dapat anak kembar, tetapi sebenarnyarisikonya cukup besar. Apapun, saya sangat bersyukur kepada Tuhankerana memanjangkan umur saya,” katanya.
Berkongsi ceritamembesarkan anak kembarnya itu, Ziana atau nama sebenarnya Siti RozianaZain mengakui ia bukanlah perkara mudah untuk dilakukan. Maklumlah, diabukan saja bergelar isteri dan ibu kepada empat anak, tetapi pada masasama berkecimpung dalam bidang seni.
“Saya hanya sempatmenyusukan anak kembar saya ini dengan susu badan ketika dalam tempohberpantang saja. Selepas itu, saya terpaksa campur dengan susu formulasehinggalah sekarang.
“Selalunya, Ariel yang terjaga danmenangis hendak menyusu pada waktu malam. Selepas Ariel tidur, giliranKaseh pula hendak menyusu dan ia sambung menyambung. Kaseh lebih ‘cool’berbanding Ariel yang nampaknya suka berdukung dan berbuai dalam buaian.
“Bagi saya, dapat tidur nyenyak selama lima jam sehari pun sudahmemadai,” katanya ketika ditemui di sidang media sebagai duta SlimWorld2010 sekali gus memperkenalkan anak kembarnya, baru-baru ini.
Kata Ziana, dia bersyukur kerana ada ibu yang banyak membantu meringankan beban yang tergalas di bahunya itu.
Ziana akan menghantar anak kembarnya dan pembantu ke rumah ibu bapanya apabila terbabit dengan aktiviti seni.
“Saya juga akan pastikan tetap meluangkan masa sekurang-kurangnyasetengah jam setiap hari untuk tengok anak di rumah ibu bapa saya. Sayatak nak orang kata saya abaikan anak pula kerana sibuk cari duit.
“Sesibuk manapun dengan urusan rumah tangga dan aktiviti seni,saya tetap mengutamakan kesihatan terlebih dulu. Apa yang penting, sayamasih ingat pesanan doktor supaya menjaga pemakanan dan tidak bolehberada dalam tekanan.
“Kini, paras tekanan darah saya sudahkembali normal. Begitu juga berat badan sudah kembali ideal iaitusebanyak 50 kilogram berbanding 80 kilogram ketika mengandung sebelumini,” katanya.
Ziana mendirikan rumah tangga dengan KetuaPramugara Sistem Penerbangan Malaysia, Armin Zaharin, 46, pada 2 Mei1998. Sebelum kehadiran anak kembar, pasangan ini sudah mempunyai duaanak lelaki, Muhammad Aiman, 10, dan Muhammad Ammar, 7.
Mengenai rahsianya mengekalkan berat badan ideal, Ziana berkata,semuanya kerana sabar dan disiplin. Kalau tidak, mungkin dia tidak akanmendapat berat badan yang menjadi impian semua wanita.
“Sayamencontohi ibu bapa sendiri. Bapa juga berpesan supaya saya menjagabadan selagi masih hidup dan menghargai anugerah Allah itu. Selain itu,suami saya sendiri, Armin juga masih menjaga badan pada usianya 46tahun. Kalau suami boleh kenapa saya tidak? “ katanya.
Zianaberkata, rezekinya juga semakin murah sejak melahirkan anak kembarnyaitu. Penyanyi Puncak Kasih ini akan kembali menyemarakkan persada seniselepas kesihatannya stabil dan pulih sepenuhnya.
Katanya, diasibuk dengan promosi produk SlimWorld dan sesi bertemu peminat. Selepasitu berkejar pula untuk buat program Mentor musim 4.
“Sayajuga terbabit dengan pementasan teater kerohanian Antara...di IstanaBudaya, baru-baru ini. Ketika mengandung, saya sempat berlakon dalamfilem muzikal Magika arahan Edry Abd Halim dan terbitan KRU Studios.
“Selepas ini, saya akan muncul dalam pementasan Muzikal Gamat 2terbitan CTRA Production. Teater muzikal arahan Zaifri Husin ini akandipentaskan di Auditorium (Matic), Kuala Lumpur bermula 12 hingga 22Mac ini,” katanya.
Ziana yang sudah hampir 20 tahun berkecimpungdalam bidang seni berkata, dia bersyukur kerana mampu bertahan dalambidang seni sampai hari ini. Semuanya berkat kerja keras dan disiplinmenjadi amalannya sejak dulu.
“Berbanding rakan artisseperjuangan, saya bersyukur kerana masih berada dalam bidang senisekalipun tidak ‘meletup’ seperti dulu,” katanya.
Tidak lengkapjika tidak menyentuh perkembangan kerjaya nyanyian Ziana ketika ini.Kata Ziana yang melonjak menerusi lagu Madah Berhelah dan Anggapanmulagi, buat masa ini, dia mempertaruhkan single terbarunya sekali gusmengikut trend pasaran album sekarang.
“Single terbaru sayaitu berjudul Pawana ciptaan komposer Sharon Paul. Proses rakamannyasudah siap sebelum saya melahirkan anak. Kini, saya juga sudah bebasdaripada bernaung di bawah syarikat rakaman EMI,” katanya.
>Profil
NAMA PENUH: Siti Roziana Zain
TARIKH LAHIR: 2 Mei 1968
USIA: 42 tahun
ASAL: Kampung Simpang Merpati, Melaka.
STATUS: Berkahwin
SUAMI: Armin Zaharin, 46
ANAK: Muhammad Aiman, 10, dan Muhammad Ammar, 7, pasangan kembar Muhammad Ariel (Ariel) dan Siti Nour Kaseh (Kaseh), 8 bulan.
KERJAYA: Penyanyi pelakon dan duta produk
ALBUM: Madah Berhelah (1991), Ziana Zain (1993), Setiaku Di Sini(1995), Puncak Kasih (1997), Ziana Zain (1998), Aku Cintakan Mu (2000)dan No. 1s Live (2003).
ALBUM KOMPILASI: Ziana Zain Unplugged (1996) dan The Best of Ziana Zain (1998). TEATER: Antara..., Muzikal Gamat 2
FILEM: Sembilu (1994), Sembilu 2 (1996), Maria Mariana (1997), Merah(1999), Maria Mariana 2 (1998), Sembilu 2005 (2005), Pontianak Menjerit(2005) dan Qabil Kushry Qabil Igam (2007) dan Magika (2010).
DUTA PRODUK: Omega, Slim World, Nutrimetics dan Vono. |
|