|
KUALA LUMPUR, 10 MAC 2010: "Kesemua pelajar Akademi Fantasia 8 kali ini kami pilih berdasarkan merit tapi bukan mengikut kuota bagi setiap negeri", jawab Norman Abdul Halim selepas ditanya pihak media berikutan penyertaan pelajar AF8 ramai dari Semenanjung Sabah dan Sarawak
Norman selaku pengetua Akademi Fantasia Musim Ke-8 (AF8) ini berkata demikian selepas kesemua pelajar AF8 ini diperkenalkan kepada pihak media dalam majlis sidang media yang diadakan di Ministry Of Sound (Euphoria) di Sunway Pyramid, Selasa lalu.
Daripada kesemua 12 pelajar Akademi Fantasia Musim Ke- 8 (AF8) yang dipilih kali ini, 4 daripadanya datang dari Sabah dan dua lagi dari Sarawak Bumi Kenyalang. Apa yang menarik, kesemua 4 peserta dari Sabah itu kesemuanya adalah terdiri daripada kalangan pelajar perempuan iaitu Adira, Ain, Anum dan Ema.
Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi berkata pihak Astro amat sukar untuk memilih pelajar-pelajar AF8 kali ini kerana semuanya mempunyai bakat besar dalam bidang nyanyian.
"Saya sendiri terpegun bila lihat mereka yang datang ke uji bakat sebelum ini, semuanya berbakat dan mempunyai pakej lengkap terutama sekali di Sabah dan Sarawak yang begitu menonjol dengan bakat semula jadi mereka.
"Saya juga kagum dengan Farina dari Sarawak dan Syah dari Klang yang tidak pernah putus asa datang ke uji bakat AF dari musim-musim yang sebelum ini sehingga berjaya masuk ke Akademi Fantasia", katanya yang mengakui mereka berdua berjaya memperbaiki kelemahan dari ujibakat yang sebelumnya.
Norman yang bersemangat waja dan teruja untuk memikul tanggungjawabnya sebagai pengetua AF8 berazam ingin melahirkan pelajar yang beridentiti dan berjenama kepada setiap pelajar AF pada musim ini.
"Saya selalu pesan kepada semua pelajar kalau kamu kalah, bairlah kalah bermaruah, kerana saya boleh terima jika mereka terkeluar disebabkan kurang digemari di dalam Diari AF tapi bukan kerana gagal di pentas Konsert AF",tegasnya.
Adakah juara AF8 pada kali ini datang dari Sabah juga seperti Stacy AF6 sebelum ini? Sama-samalah kita nantikan perkembangan 12 pelajar yang akan beraksi di pentas Akademi Fantasia 8 bermula 20 Mac 2010, Sabtu, 9 malam di Astro Ria.
rasanya ni bukannya first time sbh/srwk conquer af kann? masa af2 dulu 6 dari 12 & af7 dari top 20 ada 10 org dari borneo. media ni tak buat revision ker????
|
|
|
|
|
|
|
| |
|