CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4597|Reply: 14

Depan Mata: Cerita Kahwin Empat Faizal

[Copy link]
Post time 15-3-2010 03:07 PM | Show all posts |Read mode
Depan Mata: Cerita kahwin empat Faizal

Bersama Hartati Hassan Basri2010/03/15

SUSAH benar hendak membuka kunci mulut pelakon Faizal Yusup yang tertutup rapat apabila ditanya soal berita perkahwinannya, Januari lalu.Mengiyakan tidak, menafikan pun tidak kerana Faizal menegaskan tidak mahu menjawab soalan berkenaan cerita peribadi.Sebelum ini apabila ditanya wartawan, itu jugalah pendirian Faizal hingga akhirnya ada pihak menyebarkan gambar perkahwinannya di Internet gara-gara tidak mengaku sudah menamatkan zaman dudanya dengan wanita pilihan hati. Kali ini bekas suami penyanyi Siti Nordiana Alias atau Nana ini memilih orang biasa yang tidak terbabit dengan dunia seni.Bagaimanapun, apabila bertemu Faizal ketika pelancaran drama bersiri Adamaya pada Selasa lalu, cuba juga nasib dapat cerita sensasi pengesahan daripadanya.Mungkin selepas beberapa bulan, Faizal bersedia untuk berkongsi cerita itu dengan semua. Puaslah cuba pusing sana pusing sini menggunakan skil kewartawanan orang lama.Buat apalah hendak berahsia perkara yang baik. Malah, dalam Islam sendiri memang dituntut menghebahkannya kerana bimbang menimbulkan fitnah.Apabila Faizal main teka-teki seperti itu, macam-macam cerita timbul kerana mulut manusia sememangnya tidak dapat hendak ditutup. Lebih buruk lagi, yang sejengkal jadi sedepa.Alasan Faizal, dia banyak belajar daripada perkahwinan pertama dengan Nana yang mendapat liputan media sehingga timbul macam-macam cerita tidak enak.Paling membuat Faizal sakit hati apabila dikatakan wang hantaran disediakan Nana. Mana Faizal hendak letak maruah dirinya sebagai lelaki dan suami?Malah, Faizal mengatakan bertindak begitu untuk menjaga hati bekas isterinya yang juga ibu kepada anak kesayangannya, Mohammad Rayyan Nakhaie, 2.Itu cerita Faizal Yusup. Sebelum ini juara Akademi Fantasia musim ke-4 (AF4), Faizal Ramly pun kecoh juga kerana kahwin senyap-senyap, tapi apabila diasak media ketika hadir di majlis promosi filem lakonannya, Faizal mengaku sudah berkahwin beberapa bulan lalu dan mengatakan bakal bergelar ayah kerana isterinya berbadan dua.Sekurang-kurangnya berita itu membuatkan masyarakat kembali ingat dengan Faizal kerana selepas menang AF4, kehadirannya seperti biskut yang kejap ada kejap tiada. Malang juga bagi Faizal kerana cerita-cerita yang dipaparkan mengenai dirinya banyak yang negatif daripada positif.Begitu juga Faizal Yusup kerana dikejar media sedangkan sebelum ini mungkin kehadirannya kurang disedari dan lebih dikenali sebagai suami Nana dan kini bekas suami walaupun sudah 11 tahun berlakon.

Lain pula dengan Faizal Tahir, bukan sorok status kerana penyanyi yang kini popular dengan lagu Selamat Malam itu mengaku sudah ada isteri dan dua anak, ( tiga anak, bukan dua ) tapi tidak bersedia berkongsi wajah mereka dengan masyarakat
.

Macam juga pelakon dan produser popular, Rosyam Nor 'sorok' isterinya yang jelita dan juga lima anak-anak gadisnya yang ayu.Mujurlah Faizal Hussein tidak begitu apabila berkahwin dengan Suhaila Sulaiman ketika majlis perkahwinan mereka pada Julai 2004.Cerita artis suka main sorok-sorok status ini bukan cerita baru. Dulu Mas Idayu berani bersumpah menafikan sudah berkahwin dengan pelakon Aman Graseka.Seperti Faizal Yusup, hanya perkataan ya saja yang tidak keluar dari mulutnya untuk dipaparkan dalam akhbar atau majalah atas alasan yang mereka sendiri saja yang tahu.Pelakon Siti Shahrizah Saifudin (Eja), simpan rahsia selama 10 tahun statusnya isteri kepada Mohd Silahuddin Jamaluddin.Apabila mengandung anak sulung, barulah Eja membuat pengakuan sudah berkahwin kerana tidak mahu timbul fitnah mengenai anak yang dikandungnya.Kini Eja bahagia dengan kehadiran Nur Eishal pada 3 September tahun lalu.Terbaru, ada seorang lagi artis wanita yang dikatakan sudah berkahwin, tetapi baru ditanya wartawan mengenai gosip dirinya dengan seseorang, terus melenting seperti cacing kepanasan.Pelakon putih gebu, Zizie Ezatte pula, akhirnya terpaksa juga mengaku sudah berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah, Datuk Bung Mokhtar Radin.Rabu lalu, kru Fenomena Seni datang ke Balai Berita untuk mendapatkan kenyataan saya mengenai isu Menjunjung Perintah.Mungkinkah isu ini menjadi pilihan program bual bicara yang dikendalikan Rosyam itu kerana makin ramai artis main sorok-sorok status mereka?Tiada gunanya sorok-sorok kerana lambat laun, kebenaran akan terserlah juga.Jangan lupa, zaman teknologi canggih ini, apa yang disorok itu akan diketahui juga. Kalau boleh main sorok-sorok di sini, macam mana kalau di luar negara, ada orang yang perasan wajah artis ini lalu ambil gambar melalui telefon bimbit kemudian sebarkan di Internet.Tidak ada yang mustahil dan tiada manusia yang kebal lainlah kalau menyorok dalam peti besi.Apapun, mulut artis yang baru berjinak-jinak dengan dunia seni, Ammar Alfian Aziz, terbuka juga untuk memohon maaf atas keterlanjuran kata-katanya, dalam satu majlis, Jumaat lalu.Ammar juga mengaku kurang ajar hingga mengeluarkan kenyataan memakan diri di laman sosial Facebook (fb). Mungkin bukan mudah bagi Ammar berbuat demikian dan pastinya tindakan itu ada sebab yang hanya empunya diri saja tahu.

harian metro 15 Mac




ciput je pun cite
wife FT ada je masa final AJL24, Konsert Satu Suara
Hotfm Big Jam Penang pun FT bawa isteri dan anak2, tapi tak perlu dia nak tayang muka kat reporter tanpa sebab
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2010 03:27 PM | Show all posts
ingat kan kawin 4... rupanya 4 faizal berlainan...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 03:57 PM | Show all posts
tula pasal...ingatkna faizal kwin 4..penat gak pk..faizal mane y kawin 4..rupe2nye..4 faizal y berlainan org..hohoh...
tapi betul la...tak perlu nak tayang famly tanpa sebab...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 04:10 PM | Show all posts
ada lg satu.. patutnya lima... faizal ismail
eh! lagi satu... jadi enam... faizal maas aka ajai
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 05:40 PM | Show all posts
tjuk... bkin neves jerk.
FT yg artis bkn fmily dia,tp suma org tau dia da ank bni..
so no big deal la..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 05:40 PM | Show all posts
tjuk... bkin neves jerk.
FT yg artis bkn fmily dia,tp suma org tau dia da ank bni..
so no big deal la..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2010 06:42 PM | Show all posts
sekali baca mcm FT kahwin 4
kalau betul ... ader kena gayang ngan hanim
leh tahan oooo garang
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 06:46 PM | Show all posts
sekali baca mcm FT kahwin 4
kalau betul ... ader kena gayang ngan hanim
leh tahan oooo garang
santubung Post at 15-3-2010 18:42

oo nama wife dia hanim eh? mana kau tahu dia garang?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2010 06:56 PM | Show all posts
oo nama wife dia hanim eh? mana kau tahu dia garang?
cik.panda Post at 15-3-2010 18:46


jiran .....!
mestilah aku tahu
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 07:04 PM | Show all posts
jiran .....!
mestilah aku tahu
santubung Post at 15-3-2010 18:56

yeke jiran? sila tangkap gambar hanim tengah jemur baju. baru aku leh caye
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 07:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by santubung at 15-3-2010 19:34
yeke jiran? sila tangkap gambar hanim tengah jemur baju. baru aku leh caye
cik.panda Post at 15-3-2010 19:04


ko ingat ni zaman2 mak kita ker jemur kain kat luar rumah?
senang jer area umah kita orang
kalau dr One Utama, lepas The Curve, selepas Pelangi Damansara, sebelum Sunway Damansara .... kat tengah2
dari jauh nampak umah FT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2010 08:11 PM | Show all posts
7# santubung

aku 'nampak' (sebab tak tengok sendiri) hanim ni educated, bijak handle family, anak2
FT selalu mention wife dia marah sebab dia tak jaga kesihatan, degil
hari tu aku dengar masa FT dijemput ke hotfm bulan puasa FBI tanya dia nama anak2 dan makna, FT tak ingat makna nama anak bongsu dia Rifaei dia sebut 'Allahuakbar, mampus kalau bini aku dengar'
jadi betul la tu... garang gak
despite that aku rasa hanim ni kira sangat tabah, supportive...
aku tertengok gambar diorang masa nikah adik FT baru2 ni, FT dan wife sedondon, nampak simple and suit each other
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 08:46 PM | Show all posts
aku ngat cite ape la td
aduhai
ciput je cte FT
dah la fakta salah lak 2
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 08:47 PM | Show all posts
aku ngat cite ape la td
aduhai
ciput je cte FT
dah la fakta salah lak 2
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 11:17 AM | Show all posts
tjuk nye wat gempak.. xcited nk bce...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.344201 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list