CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3278|Reply: 7

Pendaftaran hak cipta dipercepat

[Copy link]
Post time 18-3-2010 05:02 PM | Show all posts |Read mode
Pendaftaran hak cipta dipercepatKUALA LUMPUR 17 Mac - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasidan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mempercepatkan proses pendaftaran hakcipta dan cap dagangan bagi membolehkan produk ciptaan tempatanterutamanya pengusaha kecil dan sederhana (PKS) dilindungi daripadasebarang peniruan.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, bagi mengatasinya,sebanyak 50 pemeriksa baru akan ditambah dan dilatih selainmeningkatkan peralatan berteknologi tinggi yang akan dibangunkan olehPerbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Katanya, hasil perbincangan bersama pihak industri juga telahmencapai kata sepakat untuk mempercepatkan pindaan ke atas empat aktapenting berkaitan hak cipta, cap dagangan, paten, dan reka bentukperindustrian.
"Kita menyasarkan akta berkaitan hak cipta dan reka bentukperindustrian akan dibentangkan di Parlimen untuk bacaan pertama padaJun ini sementara cap dagangan dan paten pada November atau Disember.

"Bagi paten misalnya, tempoh pendaftaran akan dipercepatkan daripada39 kepada 32 bulan sementara cap dagangan akan dikeluarkan dalam masa12 bulan berbanding 18 bulan ketika ini menjelang 2012," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri MajlisPerundingan KPDNKK bersama Sektor Swasta Tahun 2010 - Isu Harta Intelekdi sini hari ini.

Hadir sama Timbalannya, Datuk Tan Lian Hoe serta Pengarah Urusan MyIPO, Kamel Mohamad.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, pengambilan masa agak lamauntuk sesuatu paten didaftarkan adalah disebabkan oleh peraturanantarabangsa yang mengkehendaki sesuatu ciptaan itu dipamerkan terlebihdahulu untuk sebarang bantahan.
Sementara itu, beliau berkata, kementerian akan memperbanyakkankursus kesedaran kepada pihak industri terutamanya PKS memandangkanpemahaman mereka mengenai kepentingan mempatenkan produk masih rendah.
Tambahnya, sepanjang 1986 hingga 2009, hanya 1,484 paten tempatandidaftarkan biarpun ia berupaya melindungi hak ciptaan sesuatu produkdaripada diciplak.

"Masih ramai lagi yang tidak memahami mengapa produk mereka perlu dipatenkan.
"Ini kerana apabila mereka mengalami kerugian disebabkan pihak lainmenciplak hasil ciptaan mereka, mereka tidak boleh membawa kes tersebutke mahkamah," katanya.

utusan.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2010 06:21 PM | Show all posts
emmm...

apa hukumnya menjual barang tiruan...?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2010 08:32 PM | Show all posts
Barang Tiruan & Hak Cipta Terpelihara
Jeffrey Iskandar Ahmad <[email protected]> wrote:
Assalamualaikum,
Saya nak tanya soal jawab mengenai muamalat. Apa hukum kalau saya beli atau
jual barangtiruan(immitation) sebagai contoh barang di petaling street.
Jenama terkenal tetapi barang tiruan.
Sekian terima kasih. Aaya amat berharap ustaz dapat email saya balik.
From: zaharuddin arahman [mailto:[email protected]]
Sent: Wednesday, October 04, 2006 2:59 PM
To: [email protected]
Subject: Re: Soal jawab pendek ( hukum jual barang tiruan)
wa'alaikumussalam,
jika barang tiruan itu memang jelas tiruannya di mata pelanggannya serta tiada pula penipuan dari sudut harganya
(menurut kualiti barang tiruan itu). maka hukumnya harus sahaja.

SOALAN

Saya ada menjalankan perniagaan fotokopi dan percetakan komputer secara kecil-kecilan salah satu universiti awam. Masalahnya ustaz, saya menggunakan perisian windows dan microsoft office yang pirate. Saya tahu bahawa tindakan saya ini salah tapi untuk mendapatkan yang original, harganya terlalu mahal.

Saya harap dapat Ustaz jelaskan hukum pendapatan daripada perniagaan yang menggunakan perisian pirate ini dan harap dapat ustaz berikan jalan untuk saya selesaikan masalah ini.....

JAWAPAN

Saya rasa jawapannya sudah jelas apabila anda sendiri telah mengerti bahawa ia adalah salah. Ini adalah kerana, harta intelek telah diiktiraf Islam sebagaimana difatwa oleh para ulama sedunia sebagai harta persendirian. Justeru kita tidak boleh mengambil dan menggunakan yang tiruan KHUSUSNYA apabila software tersebut diniagakan. Ini bermakna apabila seseorang menjadikan barang tiruan sebagai ‘tulang belakang' perniagaannya. Perniagaan tersebut adalah haram, hasilnya juga haram.

Ia adalah berdasarkan keputusan Majlis Kesatuan Ulama Sedunia ( Majma Fiqh Islami) dan juga keputusan Majlis Fatwa Eropah yang disebut oleh Syeikh Dr Yusof AL-Qaradawi.

DIA KAFIR

Ada orang yang cuba berhujjah mengatakan bahawa Bill Gates adalah kafir, so tiada masalah untuk menggunakan yang pirate. Selain itu ada juga yang menyatakan beliau sudah terlalu kaya, maka penggunaan anda tidak memberikan apa jua kesan kepada kekayaannya.

Hujjah ini adalah meleset dan tertolak dalam Fiqh Islam, kerana Muslim tidak dibenarkan untuk mencuri harta orang kafir (kecuali kafir yang sedang berperang dengan Islam seperti tentera Amerika yang berada di Iraq). Dalam keadaan tiada sebarang peperangan fizikal yang jelas, maka perisian windows adalah harta syarikat Microsoft dan pemilikan itu adalah diiktiraf oleh Shariah dan diharamkan untuk sesiapa sahaja dicerobohi sesuka hati. Dalilnya terlalu banyak, cukuplah Rasulullah s.a.w dan para sahabat berjual beli dengan orang bukan Islam, Yahudi serta Kafir Musyrik, semua itu menunjukkan umat Islzma tidak dibenarkan mencerebohi dan mestilah membelinya dengan cara yang halal.

Pendapatan hasil dari perniagaan perisian pirate adalah antara syubhah dan haram sahaja, tidak lain dari itu. Adapun, bagaimana untuk mengurus pendapatan atau hasil yang anda telah yakin haram, anda boleh membaca dalam artikel saya yang lepas.



PENGECUALIAN

Namun begitu, menurut sebahagian ulama, sekiranya para pelajar ingin menggunakan software untuk komputer peribadinya dan bukan untuk perniagaan, hukum mungkin lebih ringan terutamanya jika pelajar ini benar-benar ketandusan wang untuk mendapatkan yang original. Sedangkan ia amat memerlukan komputer dan perisiannya untuk tujuan pembelajarannya. Tatkal aitu, ada ulama yang mengharuskan atas asas : -

a-    ‘Hajat Mendesak'  dan kedudukan kewangan bermasalah. Berdasarkan kaedah Fiqh :

&#1575;&#1604;&#1581;&#1575;&#1580;&#1577; &#1578;&#1606;&#1586;&#1604; &#1605;&#1606;&#1586;&#1604;&#1577; &#1575;&#1604;&#1590;&#1585;&#1608;&#1585;&#1577; &#1593;&#1575;&#1605;&#1577; &#1603;&#1575;&#1606;&#1578; &#1571;&#1608; &#1582;&#1575;&#1589;&#1577;

Ertinya : "Suatu keperluan yang boleh jatuh dalam kategori terdesak samada ia berbentuk umum atau khusus" (Al-Ashbah Wa An-Nazair, hlm 89)



b-    Hanya untuk kegunaan peribadi dan tidak dikomersilkan.

c-     Bertempoh, ertinya apabila kedudukan kewangannya sudah baik, ia perlulah membeli yang original.

Demikian juga halnya keadaan para pelajar di Universiti. Sebagai contohnya terdapat pensyarah yang menjadikan buku tertentu sebagai silibus dan bahan rujukan. Setiap subjek mungkin sehingga 5-6 buku digunakan.

Sudah tentu, pelajar tidak mempunyai budjet untuk membeli buku-buku tersebut yang mungkin amat tebal dengan harga tinggi. Lalu tatkala itu, pelajar DIBENARKAN mem'fotostat' halaman TERTENTU yang berkait dengan pembelajarannya, ia juga diharuskan kerana hajiat.

Kembali kepada kes saudara, jika benar-benar saudara menghadapi kesukaran wang (hanya saudara dan Allah yang tahu) untuk membeli yang original, terdapat keringanan untuk anda menggunakan yang produk tiruan itu dulu buat sementara waktu. Ketika perniagaan sudah dapat menjana keuntungan yang baik dan stabil. Tiada lagi ‘keperluan mendesak', maka tatkala itu WAJIBLAH untuk bertukar dan membeli yang original.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2010 08:33 PM | Show all posts
wa'alaikumussalam

Menurut Majlis Fiqh Islamiyah, "Nama dagang (trade name), nama perniagaan, Tanda dagang (trademarks), tulisan, ciptaan dan paten semua adalah hak yang dimiliki oleh pemilik atau pengarang. Menurut peraturan moden dan pengunaanya, ia mempunyai nilai kewangan yang tinggi, Hak ini di akui oleh Syariah dan tidak dibenarkan sesiapa melanggarinya" (Majallat al-Majma', Vol 3(4), ms 1167).

Menurut keputusan Majma' Fiqh yang ke 5 (1409H), syariah Islam melindungi hakcipta (copyight) dan paten (patent).

Hukum ini merangkumi samada ini milik orang Islam atau orang kafir. Akan tetapi jika sesuatu pakaian ini menyerupai pakaian yang original tetapi menggunakan jenama yang lain, maka ia dibenarkan dengan syarat ia bukan menyerupai pakaian kuffar dan tidak mendedahkan aurat.

Secara prinsip, barangan yang haram dijual, adalah haram juga dibeli. WA.

Sekian, wassalam

http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=9&t=38806
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2010 08:35 PM | Show all posts
AKTA PERIHAL DAGANGAN 1972
Akta ini dan perundangan-perundangan subsidiari di bawahnya adalah bertujuan melarang penggunaan perihal, pernyataan atau petunjuk palsu atau Yang mengelirukan berhubung dengan barangan, perkhidmatan, tempat tinggal, kemudahan dan harga barang.
     
Di antara perlakuan yang menjadi kesalahan di bawah Akta ini ialah :

    *

      Menggunakan perihal dagangan palsu dalam perdagangan (umpamanya barang tiruan);
    *

      Memberi petunjuk palsu mengenai barang-barang, tempat tinggal, kernudahan dan perkhidmatan;
    *

      Memberi pernyataan Yang mengelirukan mengenai harga barang-barang;
    *

      Menggunakan perbahasaan "Halal" kepada makanan Yang tidak mematuhi Hukum Syarak;
    *

      Mengadakan jualan murah tanpa memperolehi kelulusan;
    *

      Mengadakan jualan murah melebihi tempoh Yang dihadkan;
    *

      Menjual dengan harga lebih daripada harga jualan murah Yang ditetapkan oleh pembekal;
    *

      Gagal menunjukkan harga tawaran terda harga tawaran semasa dalam jualan mura
    *

      Memberi petunjuk palsu mengenai harga dal murah.

Denda yang boleh dikenakan :

    *

      Bagi kesalahan pertama orang perseorang boleh dikenakan sehingga RM 100,000.00 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya dan kesalahan berikutnya denda sehingga RM200,000.00 atau 6 tahun atau kedua-duanya.

    *

      Bagi kesalahan pertarna pertubuhan/perbadanan denda boleh dikenakan sehingga RM250,000.00 dan kesalahan berikutnya denda sehingga RM500,000.00.
    *
      Bagi kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun, jumlah kompaun adalah sehingga 50% dari jumlah denda maksimum yang diperuntukkan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 11:01 PM | Show all posts
Bagaimana dengan menciplak ID orang lain dalam forum?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2010 11:45 PM | Show all posts
jika barang tiruan itu memang jelas tiruannya di mata pelanggannya serta tiada pula penipuan dari sudut harganya (menurut kualiti barang tiruan itu). maka hukumnya harus sahaja.

Menurut Majlis Fiqh Islamiyah, "Nama dagang (trade name), nama perniagaan, Tanda dagang (trademarks), tulisan, ciptaan dan paten semua adalah hak yang dimiliki oleh pemilik atau pengarang. Menurut peraturan moden dan pengunaanya, ia mempunyai nilai kewangan yang tinggi, Hak ini di akui oleh Syariah dan tidak dibenarkan sesiapa melanggarinya" (Majallat al-Majma', Vol 3(4), ms 1167).

Akan tetapi jika sesuatu pakaian ini menyerupai pakaian yang original tetapi menggunakan jenama yang lain, maka ia dibenarkan dengan syarat ia bukan menyerupai pakaian kuffar dan tidak mendedahkan aurat.


emmm...aku masih confuse lagi...

adakah kita boleh pilih salah satu dari hukum di atas...?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 10:56 AM | Show all posts
salam  semua

ada sesiapa boleh bantu..
nak tanya sesiapa yang tahu, jika kita ada menghasilkan sesuatu rekaan cth pakaian dan kebetulan sama dengan jenama yang dipatenkan.. tetapi jenama dan ukuran berbeza dari yang asal sebab kita design menggunakan ukuran sendiri.

soalan : adakah pihak yang paten design tersebut boleh mengambil tindakan undang2 terhadap kita {:1_146:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.247208 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list