CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Along_XX

Kami Peminat Hafiz - Villa 49 ~ Vote Hafiz @ ABP! Hafiz @ Kota Samarahan 2nite!

 Close [Copy link]
Post time 24-3-2010 08:12 PM | Show all posts
Scene 12

`Erin’..bahunya ditepuk. Dr Erin menoleh dan alangkah terkejutnya dia kerana Aaron berada didepannya.`Abang! ..bagaimana abang boleh berada di sini?’

`Dr Suraya yang beritahu abang, Erin akan ke sini. Pagi semalam, abang menalipon Erin di pejabat tapi tak ada jawapan. Jadi abang menghubungi Dr Suraya dan bertanya di mana Erin’. Dr Erin tergamam, dia tak tahu apa sepatutnya dia lakukan sekarang..rasa bersalah yang amat kerana tidak memberitahu Aaron tentang pemergiannya ke Kuching..

`Dr Suraya telah menceritakan semuanya tentang Apis kepada abang. Tapi sebenarnya sebelum itu, abang sudah tahu tentang Apis, artis popular yang mati secara trajis itu..
wajahnya serupa dengan abangkan? ’

`Ingat lagi sewaktu pertama kali kita bertemu? Cara Erin melihat wajah abang..seolah2 baru bertemu kembali orang yang lama hilang..Abang tahu tu tapi abang sengaja tunggu Erin sendiri untuk memberitahu abang tentang Apis..dia cinta pertama Erin,kan?
Abang tak marah atau cemburu pun bila abang tahu yang abang bukan cinta pertama Erin’.
Sambung Aaron, dengan nada suaranya terputus-putus.

`Abang faham perasaan Erin...tetapi yang abang tak faham ialah kenapa Erin perlu membuang rantai itu ke dasar Sungai Sarawak ni? Rantai tu pemberian orang yang Erin cinta bukan? Abang tak kisah kalau Erin nak simpan.’

Dr Erin meraung dan menutup mukanya dengan kedua2 belah tangannya. Sudah agak terlambat untuknya berpatah balik. Nasi sudah menjadi bubur. Rantai itu sudah bersemadi di dasar Sungai Sarawak....macam Apis juga yang sudah disemadikan... `Maafkan Erin bang..kalaulah Erin tahu abang tidak marah Erin simpan gambar tu, Erin tak akan..’Aaron menutup mulut Erin sambil mengeleng2kan kepalanya, `Abang tak mahu mendengar lagi tentang ini, ok?’

Aaron mengeluarkan sesuatu dari dalam poket seluarnya dan meletakkannya di tapak tangan Dr Erin. Dengan perlahan2 Dr Erin melihat ditapak tangannya...seutas rantai berloketkan gambar kembar yang dia berikan kepada Apis dulu. Kali terakhir rantai itu dilihat di leher Apis sewaktu dia menanggalkan pakaian Apis di hospital dulu......

Dr Erin memandang Aaron dengan penuh tanda tanya.`Bagaimana rantai ini berada di tangan abang?..Erin tak faham...’

`Rantai itu dalam simpanan keluarga Apis dan mereka berikannya kepada abang....’Dr Erin
terus menangis tersedu sedu......dan dia masih tak faham apa sebenarnya telah berlaku....


Scene 13

`Erin, jom..’ Aaron memegang bahu Dr Erin dengan penuh kasih sayang.
`Kita nak ke mana bang?’ Tanya Dr Erin, myuskil.  

`Kita pergi ke rumah ibu bapa Apis...er..ibu bapa abang. Abang nak perkenalkan bakal menantu mereka’.  

Sambung Aaron lagi,  `Erin tahu tak, hari abang menalipon Erin tu sebenarnya abang  nak ajak Erin datang ke Kuching.  Nah..lihat ini tiket kapalterbang Erin yang abang beli.  Tapi Erin tak sabar2..pergi sendirian tanpa beritahu abang pun.’.

Dr Erin tunduk malu.  Kesal juga hatinya kerana bertindak agak melulu...`tapi..bagaimana abang tahu tentang Apis?’  

`Bila abang balik dari Afrika Selatan tu, teman2 sepejabat memberitahu wajah abang seperti Apis. Abang pun goggle kat internet dan jumpa gambar2 Apis...memang wajah kami serupa.  Abang bertanya mama adakah Apis kembar abang kerana wajah kami serupa, dan mama beritahu segala2nya...kemudian abang buat sedikit siasatan dan berjaya menemui kedua ibu bapa abang tanpa pengetahuan mama....’

`Dan..rantai ini lah yang membuka rahsia Apis dan Erin..kepada abang..’Aaron menamatkan teka teki Dr Erin......`Ohhhh...’ ternganga mulut Dr Erin mendengar cerita Aaron. Aaron menutup mulut dengan tanganya sambil mengenyit matanya kepada Dr Erin..`Dahlah tu...’


Scene 14

Seminggu selepas peristiwa itu, majlis perkahwinan Aaron dan Dr Erin diadakan di Hotel Lima bintang tempat di mana kali pertama dan terakhir dia  bertemu Apis......malam itu mereka menjadi tumpuan dan pujian para hadirin kerana pasangan itu  sangat sepadan dan umpama pinang dibelah dua... Dr Erin bersyukur kerana akhirnya dia menjadi isteri kepada seseorang yang mempunyai pertalian yang rapat dengan Apis. Dia berjanji kepada dirinya untuk menjadi isteri solehah kepada Aaron.  Dia juga berdoa agar jodoh mereka kekal hingga ke penghujung hayat.....

Kedua ibu bapa Apis-Aaron juga berada pada majlis perkahwinan yang meriah dan gemilang itu.  Basah mata kedua orang tua itu melihat salah seorang dari anak kembarnya berada di atas pelamin. Memang Apis dan Aaron mempunyai wajah dan perangai yang hampir sama.  Kebetulan pula, keduanya bercinta dengan wanita yang sama. Terubat hati orang tua itu, bila bertemu kembali anak keduanya itu......kehadiran Aaron dapat mengubat kesedihan di atas pemergian Apis dari hidup mereka........

Aaron tersenyum puas di atas pelamin. Akhirnya dia berjaya menawan hati Dr Erin dan seterusnya memperisterikannya.  Walapun dia adalah pilihan kedua Dr Erin, dia tetap berpuas hati, apatah lagi sekurang2nya dia telah menyempurnakan janji2 kembarnya Apis untuk memperisterikan Dr Erin.....Aaron tersenyum lagi, sekali sekala dia menjeling isterinya. Mukanya berseri.


Scene 15

Dr Erin tunduk kerana malu..tiba2 di tengah kemeriahan majlis menepong tawar pengantin, dia merasakan dirinya diperhatikan.  Dr Erin mendongak dan memandang ke arah sudut rumah disebelah kirinya.  Di celah2 hadirin dia nampak Apis....Apis berpakaian baju melayu berwarna putih sedondong dengan warna songkok. Wajahnya putih bersih dan tersenyum manis kearahnya sambil menunjukkan isyarat bagus dengan kedua-dua belah tangannya.  

Dr Erin  ingin memberitahu Aaron tentang kehadiran Apis..tetapi apabila matanya memandang semula ke arah tempat di mana Apis berdiri tadi..Apis tiada lagi di situ....Dia beristighfar lagi...Mungkin penglihatannya silap, lelaki yang dilihat tadi bukan Apis...tak mungkin Apis ada kembar ketiga pula’

`Tahniah Erin’..Dr Erin terkejut dari lamunannya dan melihat Dr Suraya berada didepannya bersedia utnuk menepung tawarnya.  `Mengapa Erin, muka mu nampak pucat.  Erin sakit ke?’  

Dr Erin menggeleng2kan kepalanya `Tidak  Su..Erin sihat tapi mungkin panas sangat ni..’

`Ye..sekarang cuaca kat luar memang panas.  Su doakan agar Erin berbahagia dengan Aaron sehingga ke akhir hayat.  Jaga diri baik2 bila dah jadi isteri orang ni... barang lepas jangan dikenang, tau...’ Dr Erin mengangguk2 kepalanya...

Pada malam itu, Dr Erin memberitahu Aaron  peristiwa dia melihat Apis pada majlis persandingan mereka siang tadi..Aaron terdiam sejenak kemudan memeluk sayang isterinya sambil mengucup dahinya..`Sayang.. itu tandanya Apis merestui kita untuk hidup bersama’...Dr Erin mengiakan kata2 suaminya....`ye....barangkali..syukurlah...’      

Fikir Dr Erin, mungkin doanya untuk mendapat kepastian adakah keputusan dia mengawini Aaron adalah sesuatu perkara yang baik atau disebaliknya diperkenankan Allah. Dengan kehendakNya juga, dia dapat melihat Apis hadir ke majlis perkahwinannya serta menunjukkan isyarat bersetuju di atas pilihannya.... Dr Erin menarik nafas panjang2 dan tersenyum lega...kebahagian terpancar di wajahnya dan dia merasa lebih positif dan yakin sekarang untuk memulakan penghidupan barunya dengan Aaron.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-3-2010 08:14 PM | Show all posts
wa tammattttttttttt!!! ekekekeke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.037278 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list