CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4569|Reply: 15

Pelajar Cuba Terjun Bangunan Sekolah

[Copy link]
Post time 23-4-2010 05:56 PM | Show all posts |Read mode
Bomba Perlis Selamatkan Pelajar Yang Cuba Terjun Bangunan Sekolah

KANGAR, 23 April (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Perlis dapat memujuk seorang pelajar lelaki daripada terjun dari tingkat empat bangunan sekolahnya di sini pada Jumaat.

Pelajar tingkatan dua itu, yang dikatakan mengalami tekanan perasaan selepas kematian bapanya kira-kira sebulan lalu, cuba terjun daripada bangunan itu pada sebelah pagi.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, pasukan bomba dan penyelamat mengambil masa sejam memujuk pelajar itu.

Katanya, pasukan itu menggunakan kaedah psikologi bagi menenangkan pelajar terbabit sebelum menyelamatkannya kira-kira pukul 12 tengahari.

Setelah diselamatkan, pelajar itu tiba-tiba bertindak agresif menyebabkan kaki dan tangannya terpaksa diikat bagi menggelak beliau bertindak di luar jangka.

Pelajar itu dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk rawatan termasuk memulihkan tekanan perasaannya.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=492952&cat=ut

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2010 06:09 PM | Show all posts
sekolah mana ni??
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2010 06:57 PM | Show all posts
kesian budak ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2010 11:08 PM | Show all posts
Tekanan perasaan sebab bapa baru meninggal awal tahun ni....kesian
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2010 12:50 AM | Show all posts
syed hassan
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2010 01:34 AM | Show all posts
baju putih, seluaq putih..baju melayu ari jumaat, bukan ka sekolah agama?
sian dak ni.. bawak bersabaq diknon.. hidup mesti terus..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2010 01:54 AM | Show all posts
tapi berita tadi ckp budak ni kena buli dengan kawan dia..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2010 10:27 AM | Show all posts
ni meh aku paste artikel lain
nak kredit lebey bley?
hehe

sumber: harian metro online

Pelajar kecewa diejek rakan


2010/04/24      KANGAR: Tertekan diejek rakan kerana cinta ditolak dipercayai menjadi punca seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di sini, cuba terjun dari tingkat tiga bangunan sekolah terbabit, semalam.


KECOH...pelajar terbabit cuba terjun dari tingkat tiga bangunan sekolah, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, pelajar lelaki yang baru kematian bapa sebulan lalu bertindak nekad keluar dari bilik darjah dengan memecah cermin tingkap dan berdiri hujung koridor bangunan setinggi sembilan meter.

Dia bertindak demikian selepas tidak tahan diejek rakan sekelas dan aksi dramatiknya menyebabkan pelajar dan guru sekolah kelam-kabut. Tambahan pula ketika itu pelajar bersiap untuk pulang.


Ibu pelajar itu yang juga guru sekolah berkenaan serta datuknya turut berada di tingkat tiga bangunan berusaha memujuknya, tetapi tidak berhasil. Bagaimanapun, anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat Kangar bertindak pantas menangkap pelajar dari belakang selepas mengumpan air.


“Saya difahamkan dia sebelum itu mengancam memukul dua pelajar perempuan di kelas sama apabila cintanya ditolak. Perbuatannya diperhati pelajar lelaki yang kemudian mengejeknya.


“Tambahan pula pelajar perempuan terbabit bercadang mengadu perbuatannya kepada guru hingga menyebabkan dia hilang kawalan lalu memecah cermin tingkap dan keluar untuk terjun tingkat tiga bangunan kelas,” kata seorang pelajar yang enggan dikenali.


Menurut pelajar itu, rakannya juga mengalami kerunsingan selepas kematian bapanya yang juga seorang pensyarah sebuah institut perguruan di Kangar, sebulan lalu.


Anggota pasukan penyelamat mengambil masa kira-kira sejam memujuk sebelum menyelamatkan pelajar berkenaan.


Ketua Polis Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin yang berada di tempat kejadian berkata, remaja terbabit beberapa kali mengancam dengan mengangkat kaki untuk terjun bangunan hingga menimbulkan rasa cemas pasukan penyelamat dan guru.


“Pelbagai usaha dilakukan untuk memujuknya supaya kembali ke bilik darjah, tetapi tidak berhasil. Selepas sejam, pasukan penyelamat menangkapnya daripada belakang.


“Dia meronta-ronta sambil menjerit dan cuba melepaskan diri untuk terjun semula, tetapi dihalang pasukan penyelamat,” katanya.


Menurutnya, siasatan lanjut dilakukan bagi mengetahui punca pelajar terbabit cuba terjun bangunan, tetapi tidak menolak berpunca akibat tekanan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2010 12:23 PM | Show all posts



semalam ada tunjuk kat buletin utama, mmg hampir2 nak terjun



Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 08:19 AM | Show all posts
tu la kecian kat dia kan... tekanan perasaan tuh... rasanya dia anak ustazah kat sekolah agama tu kan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 03:24 AM | Show all posts
3 in 1.frust cinta di tolak,diejek kwn & bapa baru meninggal.cian jgak tgk bdak nie.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2010 11:25 AM | Show all posts
Kesiannya budak ni...
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2010 02:45 PM | Show all posts
metro punya news takleh caya sangat...
suka suki ja tambah2....
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2010 02:58 PM | Show all posts
Setelah diselamatkan, pelajar itu tiba-tiba bertindak agresif menyebabkan kaki dan tangannya terpaksa diikat bagi menggelak beliau bertindak di luar jangka.


Kena hantaq p wad la....Saiko kowts....Belajaq sekolah agama pa nie...bunuh diri bagai..
kecik2 lagi dah pandai nak terjun banggunan...Hampehh budak2 sekarang..
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2010 03:28 PM | Show all posts
Setelah diselamatkan, pelajar itu tiba-tiba bertindak agresif menyebabkan kaki dan tangannya terpaks ...
edaladiva Post at 2-5-2010 14:58


budak skolah syed hassan ni....
tapi memang ada aliran agama skolah ni...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2010 02:00 PM | Show all posts
THANKS FOR YR INFORMATION.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.052556 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list