|
shahir la juare![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
momod ayu, saya da buka da thread seumpama ni ![](static/image/smiley/default/3sweat.gif)
-THREAD CLOSED-
![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
AF8: Juara Pilihan Bekas Pelajar AF
by Ashraf Abd Manaf | 18 May 2010
| | | | | Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum program realiti kegemaran ramai, Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) sampai ke kemuncaknya. Di internet pelbagai ramalan dikeluarkan oleh para peminat fanatik AF8.
Ada yang berpendapat Shahir bakal mengungguli program tersebut. Ini ekoran populariti mendadak yang diperolehinya, hasil undian AF MASUK serta persembahan mantap semasa konsert minggu kesembilan, yang menyaksikannya 'bergelek' sakan dengan para penari wanita ketika menyanyikan lagu berbahasa Arab.
Tidak kurang juga yang menyatakan pendirian bahawa Adira, gadis kecil molek itu bakal mengulangi kejayaan yang pernah dikecapi oleh Mila serta Stacy sebelum ini. Malah ada juga yang suka jika Maulana, Daus atau Iwan yang memegang takhta juara AF8.
Buat bekas pelajar AF yang sebelum ini pernah merasai kejutan serta debaran program tersebut, mereka turut mempunyai peserta pilihan masing-masing dan berharap peserta pilihan mereka menjadi juara AF8.
Mila - Adira
Bagi Mila yang pernah menyandang gelaran juara AF, dia melihat Adira mempunyai potensi besar untuk muncul sebagai pemenang pada malam kemuncak tersebut.
Katanya, pujian yang diterima oleh Adira saban minggu daripada para juri serta persembahannya yang konsisten menyebabkan gadis manis itu mampu membuat kejutan. Apa yang penting, menurut Mila, Adira perlu yakin dengan kebolehan dirinya serta memberikan persembahan terbaik pada malam itu kelak.
"Memang tidak dinafikan perasaan gementar akan wujud dalam diri kita. Namun kita perlu mengawalnya dan menjadikan perasaan gementar tersebut sebagai sumber tenaga supaya kita boleh menyerlah di atas pentas.
"Kalau boleh jangan terlalu memikirkan soal pertandingan, sebaliknya bergembira dan berikan persembahan terbaik khusus buat para peminat serta pengundi yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan kepada kita," nasihat Mila bukan sahaja kepada Adira malah kepada semua finalis AF8.
Farhan - Maulana
Sementara itu, penyanyi bersuara lantang, Farhan merasakan peserta yang meminati muzik jazz, Maulana mampu menjadi juara AF8.
Katanya suara Maulana yang baik sememangnya telah diakui oleh juri serta para peminat yang menyaksikannya membuat persembahan saban minggu.
Namun apa yang dirisaukannya ialah beberapa minggu kebelakangan ini persembahan Maulana kurang menyakinkan berbanding beberapa persembahannya yang terdahulu.
"Apa yang penting Maulana perlu bijak memilih lagu yang sesuai dengan karektor suaranya. Saya yakin aspek itu akan diberi perhatian oleh tenaga pengajar AF8. Apapun, selain lagu, aspek kesihatan juga perlu diberikan perhatian," jelas Farhan.
Nubhan - Adira
Anak muda yang berasal dari Negeri Sembilan ini pernah menyatakan pendirian untuk melihat Iwan muncul sebagai juara AF8 lantaran mereka berasal dari negeri yang sama.
Namun pilihannya itu kini telah berubah apabila melihat potensi yang dimiliki oleh peserta bersuara lantang, Adira.
"Saya yang menyaksikan persembahan Adira melihat dia sebagai peserta yang mempunyai personaliti yang menarik.
"Selain itu, apa yang penting untuk menjadi juara AF8, dia mestilah seorang yang rajin berusaha dan sentiasa memberikan persembahan terbaik kepada peminat. Dan saya lihat ciri-ciri tersebut ada pada Adira," katanya.
Dafi - Shahir
Manakala penyanyi yang kini bergelar pelakon dan semakin popular melalui drama muzikal bersiri 'Hotel Mania', Dafi berpendapat Shahir layak menjadi juara AF8 kerana pakej yang dimilikinya.
"Saya sukakan suaranya dan dengan pakej yang dimiliki dia mampu menjadi artis popular tidak lama lagi. Namun ini program AF dan penuh dengan kejutan.
"Apapun, siapa sahaja yang bergelar juara AF8 kelak perlulah seorang yang berbakat besar dan sentiasa berusaha keras untuk memperbaiki kelemahan yang dimiliki," ujar Dafi yang percaya bahawa peminat kini semakin bijak menilai bakat serta kebolehan para peserta AF8. |
mesti kuruskenu suka dengan pilihan artis antarabangsa dafi ker..... pilihan jawapan artis antarabangsa dafi dipengaruhi oleh kuruskenu? ![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
no1...of kos SHAHIR ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif)
no2...adira
atas faktor vokal...
no3...maulana (wlpn attitude kureng)
no4...iwan (vokal ok-ok, attitude pon ok-ok....cume comel )
no5...daus (vokal plg kureng, wlpn attitude pak lawak jgk) |
|
|
|
|
|
|
|
Catatan ini adalah yang terakhir dari saya sebagai Pengetua AF8 dan saya ingin menyusun sepuluh jari sekiranya apa yang saya katakan atau lakukan sepanjang masa yang memikul tanggung-jawab sebagai Pengetua AF8 telah menyinggung perasaan mana-mana pihak.
Sesungguhnya saya hanya mahukan yang terbaik untuk anak-anak buah saya iaitu kesemua 12 Bintang AF8 iaitu Shahir, Adira, Iwan, Daus, Maulana, Ain, Farina, Nad, Alif, Anum, Ema dan Shah. Selamat berhibur dan menonton peringkat akhir AF8 pada hari Sabtu ini.
Petikan blog norman di murai.com
macam dah ikut susunan aje...... ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by rorygilmore at 21-5-2010 17:00
sorry fan shahir...
aku akui shahir nie mmg ada pakej (aku pon guna ayat ada pakej..hehehe)
tp aku rasa dia nyanyi cam byk sangat slang atau apa org kata hujung lidah...
cuba dgr balik lagu tak mungkin berpaling tu..aiyooo byknya off key...
tp aku tahu shahir akan jadik juara AF kali nie... |
|
|
|
|
|
|
|
WILL WIN : Shahir
SHOULD WIN : Maulana |
|
|
|
|
|
|
|
sorry fan shahir...
aku akui shahir nie mmg ada pakej
tp aku rasa dia nyanyi cam byk sangat slang ...
rorygilmore Post at 21-5-2010 07:50 ![](http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
takpo takpo.. asal hensem.. pandai gelek arabb.. ok dah tu....
apa kesah pitching lari ke apa.. macam x significant pon.. ![](static/image/smiley/default/3laugh.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 53# Rhyno
wah wah.. rhyno SR yek.. senyap jek.. ![](static/image/smiley/default/3laugh.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
takpo takpo.. asal hensem.. pandai gelek arabb.. ok dah tu....
apa kesah pitching lari ke apa ...
beta_carotene Post at 21-5-2010 16:49 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
tu la aku tgk semua komen,
napa shahir juara: ensem (ok lah..), sore jantan (abis iwan, daus, maulana semua tu sore apa? pondan?), ada pakej (cuba bgtau apa maksud ada pakej?), alim (lu pikir sendiri la..)..
tp sorang pon tak berani sentuh bab sore shahir yg kekdg cam menggigil tu..hehehe..
tp takpelahdah AF8 pon, aku ingat org dh makin bijak mengundi, tp nan ado...hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
takpo takpo.. asal hensem.. pandai gelek arabb.. ok dah tu....
apa kesah pitching lari ke apa ...
beta_carotene Post at 21-5-2010 16:49 ![](http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
i like posting2 bang beta...
penuh sarcasm...![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
WILL WIN : Shahir
SHOULD WIN : Maulana
Rhyno Post at 21-5-2010 16:49 ![](http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
wah!!! rhyno...masuk gak kat sini![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
APA KATA SELEBRITI/PERSONALITI
Atilia:
“Saya jarang menonton AF8 tetapi saya rasa Adira akan bergelar juara.”
Farhan AF4:
“Saya pilih Maulana sebab dia ada kualiti, lain daripada yang lain, berbakat dan boleh menyanyi.”
Intan Ladyana:
“Saya pilih Daus sebagai juara AF8.”
Linda Jasmine:
“Mula-mula saya nampak Adira ada potensi untuk bergelar juara dan saya agak dia akan jadi pilihan orang ramai tetapi sekarang masing-masing menunjukkan peningkatan dan kekuatan masing-masing.”
Rozita Che Wan:
“Saya suka suara Shahir dan mestilah saya nak dia yang menjadi juara. Selain itu, dia mempunyai pakej yang lengkap. Dia juga bernasib baik sebab lagu baru yang dia akan nyanyikan semasa konsert akhir nanti sangat best.”
Akim AF7:
“Kalau dilihat dari segi semangat, persembahan dan peningkatan, saya rasa Daus layak untuk bergelar juara. Bukan sahaja menghiburkan malah dia juga sering memberikan idea kreatif dalam sesetengah persembahannya.”
Meet Uncle Hussain:
“Suara Maulana cukup bagus. Dia boleh pergi jauh kalau ada penyusun lagu atau produser yang boleh menolongnya.”
Edry KRU:
“Ikutkan kelima-limanya layak bergelar juara tetapi saya lihat Shahir ada suntikan untuk menarik perhatian masyarakat umum berdasarkan latar belakang. Dari segi bakat, saya rasa semuanya ada kelainan tersendiri.”
Edrie Hashim:
“Terus-terang, saya jarang menonton AF8. Bagaimanapun, saya rasa Shahir mempunyai ‘x-factor’ yang lain dari yang lain. Dia juga boleh menarik peminat dengan pakej dan cara penampilan.”
Azwan Ali:
“Saya tak pernah tengok AF8 tetapi saya tetap memerhatikan perkembangan semasa program itu. Saya dapat tahu Shahir mempunyai aura tersendiri dan mempunyai harapan untuk bergelar juara.”
taun ni ramai selebriti ckp "jarang menonton af8"![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
baru pasan.... tak sorang pun pilih iwan..... |
|
|
|
|
|
|
|
motif tk pnah tengok af8...tpi tau org nih org tuh ada aura bagai...![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|