|
Robben dihantui rasa bersalah
Arjen Robben (kiri) dan Dirk Kuyt melambai ke arah penyokong pada acara khas meraikan kepulangan skuad Piala Dunia Belanda di Amsterdam, kelmarin. – AFP
--------------------------------------------------------------------------------
AMSTERDAM – Pemain sayap Belanda, Arjen Robben mengakui terseksa kerana terlepas peluang keemasan untuk meletakkan negaranya mendahului Sepanyol pada perlawanan akhir Piala Dunia, Isnin lalu.
Selepas mendapat hantaran cantik daripada bintang Inter Milan, Wesley Sneijder, Robben hanya perlu menewaskan penjaga gol Sepanyol, Iker Casillas untuk meletakkan Belanda mendahului.
Namun, rembatan pemain sayap Bayern Munich itu dihalang dengan kaki oleh Casillas dan bola jauh tersasar.
Ia merupakan peluang terbaik untuk Belanda menjaringkan gol pada perlawanan tersebut, sehinggalah Andres Iniesta memberikan Sepanyol gol kemenangan, lima minit sebelum berakhir masa tambahan.
Ini bermakna Belanda kalah dalam semua tiga perlawanan akhir Piala Dunia selepas kejohanan 1974 dan 1978.
Akibatnya, Robben masih dibelenggu kekecewaan, juga rasa bersalah.
“Sehingga hari ini, saya masih terlalu memikirkannya.
‘‘Amat menyakitkan kerana terlepas peluang seperti itu,’’ katanya.
Pengurus Belanda, Bert van Marwijk, yang dianugerah pingat kebesaran kerana peranannya membawa Belanda ke perlawanan akhir di Afrika Selatan, turut kecewa kerana terlepas peluang keemasan menjaringkan gol pasukannya.
“Peluang gol itu sentiasa bermain di fikiran saya, ia terlalu hampir untuk menjaringkan gol. Jika tidak kami yang akan menang,’’ kata van Marwijk. – Agensi
siann... tu la... jgn ganas2 nanti tak berkat |
|