|
[PIALA DUNIA 2010]**Brazil vs Korea DPR[undian ditutup]
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by HangPC2 at 15-6-2010 10:37
FOKUS PIALA DUNIA: Kumpulan G - KOREA UTARA
Susunan Hamdan Saaid
[email protected]
2010/05/27
SEBUT saja Korea Utara dan orang akan teringat kenangan terhadap pemain Pak Doo Ik, Eusebio dan suasana menarik di Ayresome Park ketika pusingan akhir Piala Dunia 1966.
Namun 44 tahun selepas kemenangan bersejarah 5-3 buat Portugal pada suku akhir Piala Dunia ke atas Korea Utara, pasukan penuh berahsia itu kembali semula pada kancah pusingan akhir Piala Dunia.
Kini, seperti 1966, mereka akan tampil ke pusingan akhir bukan saja sebagai pasukan bukan pilihan tapi juga pasukan yang langsung tidak diketahui kekuatan mereka.
Dalam zaman apabila maklumat mengenai hampir segala-galanya boleh diketahui dengan satu klik tetikus di hujung jari, Korea Utara mengekalkan rahsia mengenai apa saja yang mereka lakukan.
Malah agensi berita nasional negara itu, Korea News Service, kelihatan bersungguh-sungguh untuk merahsiakan pencapaian sukan mereka, menyebut mengenai kelayakan negara itu ke Piala Dunia dengan berita tiga perenggan dalam laman web mereka selepas keputusan seri 0-0 dengan Arab Saudi memastikan kemaraan mereka.
Namun minat yang mendalam terhadap sukan bola sepak di Korea Utara dan dengan anggapan perlawanan akan disiarkan secara langsung di negara itu, sesuatu yang belum ada jaminannya, seluruh negara akan terhenti seketika apabila Kim Jong Hun dan anak buahnya turun ke padang di Afrika Selatan nanti.
Kim Jong Hun dan anak buahnya turun ke padang di Afrika Selatan nanti.
Anak buah Jong Hun bagaimanapun sebenarnya berdepan kesukaran kerana tidak banyak menikmati bola sepak antarabangsa sejak akhir-akhir ini.
Tempoh penyisihan itu - yang hanya dibuka apabila mereka menyertai pusingan kelayakan Piala Asia 2000 - menyaksikan Korea Utara terbabit dengan tempoh bagi pelajaran jurulatih dan pembangunan remaja yang akhirnya membawa mereka ke Afrika Selatan.
Pada pertengahan dekad sebelum ini, menyaksikan pasukan remaja negara itu layak ke beberapa kejohanan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) sama ada sebagai juara atau naib juara Asia, tapi mereka masih kekurangan pengalaman yang diperlukan pada peringkat antarabangsa untuk benar-benar bersaing pada Piala Dunia.
Diundi menentang Brazil, Portugal dan Ivory Coast menyediakan mereka satu daripada proses pembelajaran paling sukar dan sukar untuk dibayangkan Korea Utara masih terbabit pada pusingan kalah mati.
Lebih menarik, pertembungan mereka dengan Portugal pada 21 Jun ini mampu mengembalikan semula kenangan pada pertemuan 44 tahun lalu.
Ketika Korea Utara bermain pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2006, mereka tidak menyertai pertandingan 1998 mahupun 2002.
KOREA UTARA
JURULATIH: Kim Jong Hun (Korea Utara)
PEMAIN BINTANG: Jong Tae Se (Kawasaki Frontale), Hong Yong Jo (FK Rostov), Ahn Yong Hak (Omiya Ardija), Ri Myong Guk (Pyongyang City)
NAMA JOLOKAN: Chollima
PENYERTAAN TERDAHULU: 1966 (suku akhir)
BAGAIMANA KOREA UTARA LAYAK
Pusingan 1 Asia
21/10/2007 Mongolia 1:4 Korea Utara
28/10/2007 Korea Utara 5:1 Mongolia
[Korea Utara layak menerusi agregat 9-2]
Pusingan 3 Asia, Kumpulan 3
6/2/2008 Jordan 0:1 Korea Utara
26/3/2008 Korea Utara 0:0 Korea Selatan
2/6/2008 Turkmenistan 0:0 Korea Utara
7/6/2008 Korea Utara 1:0 Turkmenistan
14/6/2008 Korea Utara 2:0 Jordan
22/6/2008 Korea Selatan 0:0 Korea Utara
P M S K J B Mt
Korea Selatan 6 3 3 0 10 3 12
Korea Utara 6 3 3 0 4 0 12
Jordan 6 2 1 3 6 6 7
Turkmenistan 6 0 1 5 1 12 1
Pusingan Akhir Asia, Kumpulan 2
6/9/2008 Emiriah Arab Bersatu 1:2 Korea Utara
10/9/2008 Korea Utara 1:1 Korea Selatan
15/10/2008 Iran 2:1 Korea Utara
11/2/2009 Korea Utara 1:0 Arab Saudi
28/3/2009 Korea Utara 2:0 Emiriah Arab Bersatu
1/4/2009 Korea Selatan 1:0 Korea Utara
6/6/2009 Korea Utara 0:0 Iran
17/6/2009 Arab Saudi 0:0 Korea Utara
P M S K J B Mt
Korea Selatan 8 4 4 0 12 4 16
Korea Utara 8 3 3 2 7 5 12
Arab Saudi 8 3 3 2 8 8 12
Iran 8 2 5 1 8 7 11
Emiriah Arab Bersatu 8 0 1 7 6 17 1
- Harian Metro -
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau brazil mng tipis pun dgn N.korea..kira malu la brazil..x hebat mana pun brazil |
|
|
|
|
|
|
|
Brazil awasi ancaman Korea Utara
AHN YOUNG-HAK (kanan) antara pemain yang perlu diawasi dalam skuad Korea Utara.
JOHANNESBURG - Brazil yang dibarisi bintang-bintang dunia bakal membuka kempen Piala Dunia 2010 menentang pasukan yang tidak diketahui kekuatannya, Korea Utara awal pagi esok.
Tatkala Brazil sudah lima kali menjulang trofi Piala Dunia, Korea Utara pula sudah lebih 40 tahun tidak beraksi di pentas tertinggi itu.
Situasi tersebut membuatkan Brazil tetap berasa bimbang terhadap pasukan dari Asia itu yang pernah mencipta kejutan terbesar menewaskan Itali pada Piala Dunia 1966.
Penyerang Brazil, Ramires berkata : " Saya tidak tahu apa-apa tentang pasukan Korea Utara ini. Saya hanya menonton aksi mereka pada perlawanan pemanas badan sebelum ini. Kami hanya menanti arahan jurulatih. "
Namun, maklumat tersebut bukanlah semudah yang disangka memandangkan Korea Utara mengambil sikap menjauhkan diri daripada media sejak mereka menetap di sebuah hotel terpencil di pinggir utara Johannesburg.
" Kami perlu menghormati Korea Utara. Apabila melihat kepada sejarah, Brazil memang memiliki kelebihan berbanding mereka pada Piala Dunia. Tetapi apabila saingan bermula, kami perlu menghormati semua pasukan, " kata pemain tengah Brazil, Elano.
Pada Piala Dunia 1966, Korea Utara menewaskan Itali 1-0 untuk muncul pasukan Asia pertama layak ke suku akhir sebelum mereka tewas 3-5 kepada Portugal.
Namun pada saingan kali ini, Korea Utara dilihat sukar untuk mengulangi kejayaan tersebut setelah diundi dalam kumpulan sukar.
Pemain Korea Utara, Ahn Young Hak berkata: " Kami sedar semua pemain Brazil cukup terkenal dan Brazil adalah pasukan terkuat di dunia. Tak nampak mereka memiliki sebarang kelemahan. "
Brazil yang tersingkir pada suku akhir Piala Dunia 2006 setelah tewas 0-1 kepada Perancis hanya mengadakan dua aksi pemanas badan dengan menewaskan Zimbabwe 3-0 dan Tanzania 5-1.
Korea Utara pula tewas 1-3 kepada Nigeria tetapi berjaya mengikat Greece 2-2.
Tiada rekod pertemuan membabitkan Brazil dan Korea Utara sebelum ini.
- AP / Kosmo -
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiada siaran Piala Dunia buat Korea Utara
Khamis, 10 Jun 2010
Sumber: AFP
Korea Selatan menolak tawaran untuk menyiarkan Piala Dunia 2010 kepada Korea Utara secara percuma.
SEOUL, (AFP) - Korea Selatan tidak akan membekalkan siaran Piala Dunia kepada jirannya, Korea Utara berikutan konflik kapal perang Korea Selatan yang tenggelam baru-baru ini semakin keruh.
Negara komunis yang miskin itu mahukan Seoul membekalkan siaran percuma buat rakyat negaranya menyaksikan pasukan kebangsaan Korea Utara beraksi di Afrika Selatan buat pertama kali sejak 44 tahun lalu, seperti yang dilakukan pada Piala Dunia 2006 di Jerman.
Kerajaan kali ini enggan berbuat demikian disebabkan hubungan diplomatik yang makin teruk.
Korea Selatan menuduh kapal selam Korea Utara telah menembak torpedo yang menenggelamkan kapal perang mereka, mengorbankan nyawa 46 orang dan menimbulkan konflik serantau.
SBB TV, yang mendapat hak penyiaran eksklusif daripada FIFA, kali ini mahukan Pyongyang membuat bayaran jika mereka inginkan siaran Piala Dunia tersebut.
|
|
|
|
|
|
|
|
DPR bakal buat kejutan...DPR 1 Brazil 1 |
|
|
|
|
|
|
|
brajil la....takkan brajil kaloh kot... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 47# koben19
brajil takkan kalah, cuma tak menang jer |
|
|
|
|
|
|
|
brasil menang 5 - 0
|
|
|
|
|
|
|
|
tak kiralah sapa yg menang... tokwan nak tengok banyak gol... kalau ada balas2 gol lagi cantik... |
|
|
|
|
|
|
|
kalah atau menang....BraZiL...... |
|
|
|
|
|
|
|
NORTH KOREAAAAAAAAA CAIYOK CAIYOK!! 3-0 brazil kalah!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|