CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dauswq

♡ Sejarah Kasih ~ Bab 19 (Terkini post 1/5/2015 stlh 5 tahun) ♡

  [Copy link]
Post time 11-8-2010 12:41 PM | Show all posts
dauswq pun hilang gak....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-4-2015 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Lama tak update rupanya citer ni.. Dh 5 thn...  Insyallah akan post en3 terbaru
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2015 01:16 AM | Show all posts
Edited by dauswq at 9-4-2015 01:38 AM

BAB 18: Dapatkah kita bertemu lagi?


Sesal sekali mengenangkan pertemuan singkat mereka itu. Sarah akur  akan dugaan perpisahan yang dpilihnya sendiri. Apatah lagi Hakimi ialah perawan pertama yang berjaya membingkis hatinya. Mungkin lebih baik melepaskan saja daripada menyesal di kemudian hari, fikir benak hatinya. Hati orang lain perlu dijaga, Dr. Azmin, suaminya misalnya.

Sarah melapikkan tubuhnya di atas pelampung getah bot. Sekali sekali air matanya mengalir perlahan merindui kelibat Hakimi walaupun hanya beberapa minit berpisah. Tetapi, dia perlu menguatkan hatinya. Jangan mudah menyerah kalah dengan panahan cinta yang remeh-temeh. Curang itu amat jahat dan berdosa. Sudahlah, kata hatinya.

Bayu laut Atlantik menyisir uraian rambut Sarah diriingi dengan deruan bunyi enjin bot. Sarah cuba melelapkan matanya. Dia merasakan seakan-akan ada tangan yang menutupi matanya. Sarah tersenyum. Mungkin benar Hakimi di hadapannya.

Sementara itu, Hakimi sedang duduk termangu di sudut kabin kapal sambil. Lengannya yang berbalut dibiarkan terkulai manakala lengannya yang satu lagi ditongkatkan pada bongkah dagu. Hakimi ditemani Gilbert yang asyik mengerling padu ke arahnya. Persona Gilbert ibarat orang yang baru memenangi cabutan nombor ekor. Begitu riang berbaur simpati melihat Hakimi hanya terluka di bahagian bahunya sahaja, malah Hakimi tidak sekalipun merasa marah akan tindakan keanak-anakannya sebelum ini. Mungkin sifat sebenar Hakimi yang ‘cool’ betul-betul telah membuatkan Gilbert tertawan seperti pernah dirasai sewaktu pertemuan kali pertama mereka di University of Michigan Ann Bor sekian lama dulu. Gilbert hanya tersengih melihat Hakimi.

Jika dilihat raut wajah Hakimi, amat jelas kekecewaan akibat pengakuan Sarah tadi. Tetapi apakan daya, Sarah isteri orang. Belum kuat hatinya untuk meyakinkan Sarah boleh jadi miliknya. Tambahan lagi, Sarah memilih untuk berpisah. Tidak pasti untuk selama-lamanya atau hanya seketika. Jawapannya hanya ada pada Sarah.

Sedang asyik mengenangkan Sarah, Hakimi tersentak seketika. Rupanya bot terambing kerana dipalu ombak deras. Arca ang terkelelai di penyangkut belakang pintu kabin seolah-olah menunggu masa untuk gugur. Bunyi dengusan kapal yang kuat menanda kapal mahu bergerak melawan arus. Kehilangan darah yang banyak walaupun luka sudah dibalut menyebabkan Hakimi terasa pitam. Gilbert segera menghampiri Hakimi lantas menghulurkan sokongan.

“Kimi..Do you need my shoulder? Or do I need to call medical assistant here? “, tanya Gilbert.

“Nope. Thanks, Gilbert. I just felt dizzy. Too much pressure,” jawab Hakimi ringkas.

“Okay. If you need some help, just text me. I will go out take some fresh breath for a minute, “ kata Gilbert sambil tersenyum kerana Hakimi sudah melayannya baik seperti dahulu.

Hakimi menyeluk sesuatu daripada koceknya. Rantai kunci dikeluarkan. Ukiran “Cinta sehidup semati semekar wadah bicara” masih bertatah rapi tetapi sesetengah huruf didapati kalis, mungkin kerana tergores dengan sesuatu yang keras sewaktu bergelut dengan Gonzales dan konco-konconya tadi. Hakimi resah kerana rantai kunci ini satu-satunya peninggalan bukti menandakan kewujudan wanita yang disembunyikan identiti yang pada fikirannya menjadi dalang kepada kematian abangnya. Dia segera menyapu jari telunjuknya ke atas rantai kunci secara perlahan-lahan tetapi tidak berhasil. Dicubanya pula dengan kain perca dan kapas, namun calar-balar tetap tersegah. Hakimi merasa kesal kerana tidak menjaganya dengan baik.

“Abang, maafkan Kimi. “ ujar Hakimi di dalam hatinya sambil merapatkan rantai kunci ke dadanya. Kedua-dua matanya tertutup rapi. Tenang.

Sinar mentari yang terik membuatkan segelintir manusia berlindung disebalik rimbunan pohon Tualang, debunga dan celah-celah redup balai polis Bukit Aman itu. Ada yang beratur panjang menunggu giliran untuk melaporkan sesuatu atau dipanggil untuk soal siasat. Di satu sudut pejabat pula, Inspektor Julia sedang meniliti bukti-bukti yang dikumpulkan Hoe Lin dan Muhammad. Tetapi belum ada satu yang menyenangkan beliau. Ubun-ubun kepala digaru-garu dengan harapan ada idea datang menanti.   

“Sapa Y.A.T.I ini? Adakah empunya nama ialah seorang wanita? “, fikirnya.

“Jika ya, kenapa tiada seorang saksi mendakwa wujudnya wanita itu sewaktu arwah Hisham meninggal? ,” tambahnya lagi.

“Barangnya semua hilang. Termasuk dompet, dokumen pengenalan diri. Pengecaman hanya dilakukan oleh saksi-saksi seperti Dr. Azmin selaku kenalan ,” sebutnya lagi sambil menghirup secawan kopi.

“Sebentar..”

Inspektor Julia menoleh kepalanya ke arah timbunan fail kes di atas mejanya. Kod nama Hisham dicari dengan bersungguh-sungguh. Beliau membelek fail itu untuk mengkaji semula rentetan peristiwa misteri di sebalik kematian Hisham.Mayat Hisham dihantar ke HUKM untuk bedah siasat. Identitinya dikenalpasti oleh kenalan mangsa, Dr. Azmin. Berdasarkan rekod imegresen, Hisham merantau keseorangan ke Koh Ra Beach, Phang Nga sehari sebelum mayatnya dibawa ke HKL. Kebetulan, Dr. Azmin yang sedang melakukan misi kebajikan ‘doktor bergerak’ di bawah kelolaan UNESCO berada di Phang Nga dengan yakin mendakwa mayat tersebut ialah kenalannya semasa jenazah baru tiba di hospital Phang Nga untuk pengecaman. Dr. Azmin segera menguruskan rekod kemasukan jenazah untuk dihantar ke HUKM bagi bedah siasat. Reaksi pantas Dr. Azmin itu mendatangkan musykil bahawa beliau boleh dijadikan suspek utama tetapi alibi rakan-rakannya menidakkan ketidakberadaan Dr. Azmin sepanjang misi kebajikan tersebut.

“Apa lagi yang tertinggal? Adakah semua saksi sudah cukup?”, katanya lagi sendirian.

Inspektor Julia tersentak seketika apabila pintu biliknya diketuk.

“Masuk , “ jerit Inspektor Julia dengan nada yang tegas.

Azli meluru masuk sambil memangku timbunan fail-fail kes dengan kedua-duanya tangannya. Berat agaknya. Azli terus menghempas timbunan fail tersebut di atas timbunan fail sedia ada. Inspektor Julia terkejut melihat gelagat Azli.   

“Berat ini cik puan he he he .”

“Tak per. Saya dah terbiasa. Tinggal saje di situ. Nanti saya semak, “ kata Inspektor Julia.

“Azli, maklumkan pada Hoe Lin dan Muhammad supaya jangan mudah putus asa. Kita hampir kepada jawapan, cuma missing sesuatu saje ,” beritahunya lagi sambil jari-jemari kanannya dibentuk dengan isyarat mengarah.

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 11:37 PM | Show all posts
  best.

Speku...Dr. Azmin yang bunuh Hisham sebenarnya bukan Sarah. Rantai yang ada pada Hakimi tu sebenarnya dari Dr. Azmin.

betul tak TT?

Cuma masih menjadi tanda tanya, apakah makna YATI ..hmmm..
satu lagi...macam mana pulak tiba-tiba Gilbert tu boleh jadi baik? sebelum ni dia berapi marahkan Sarah dan Hakimi..

teruskan
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 11:26 AM | Show all posts
erkkk... apakah kesinambungannya selepas 5 thn nanti?






btw, serius x sangka momod daus menulis jauh lebih awal...
best! I like
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2015 01:31 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 1-5-2015 01:33 AM
dauswq replied at 29-6-2010 08:06 PM
Post Last Edit by dauswq at 2-7-2010 21:56

Bab 1: Pantai Virginia tempatku mengikis derita

the only thing that comes across my mind is that song....ellie goulding that famous song..........hahaha

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-5-2015 01:45 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 1-5-2015 01:31 AM
the only thing that comes across my mind is that song....ellie goulding that famous song.......... ...

alamak
tak sangka u pun baca novel merapu ni haha

you mean love me like you do ker?
atau light?

Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2015 01:48 AM | Show all posts
dauswq replied at 1-5-2015 01:45 AM
alamak
tak sangka u pun baca novel merapu ni haha

i tak bacaaaa laaa novel tu , no way....if it is not like jane austen's pride and prejudice kinda theme or lenogok tak laaa..pandai pandai je...by the way a little chaos is nice ..u know.

i tak baca novel tu  sebab tak soleh...

but the song i am listening to it now...kepale serabut ....hahahah

i tak tahu u tulis cerita ye?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-5-2015 01:49 AM | Show all posts
Ipo replied at 9-4-2015 11:37 PM
best.

Speku...Dr. Azmin yang bunuh Hisham sebenarnya bukan Sarah. Rantai yang ada pada  ...

ade2 sebentar ya...baru jek tulis bab terbaru

ingatkan tak de org baca dah

yup citer ni mmg ade sket thriller , mystery

maksud YATI masih lagi misteri
tp akn selongkar sedikit dlm bab terbaru



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2015 01:50 AM | Show all posts
Edited by dauswq at 1-5-2015 01:53 AM
ladyFinger12 replied at 23-4-2015 11:26 AM
erkkk... apakah kesinambungannya selepas 5 thn nanti?

bab 17 ditulis 5 thn sblmnya
bab 18 jek baru nk smbg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2015 01:52 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 1-5-2015 01:48 AM
i tak bacaaaa laaa novel tu , no way....if it is not like jane austen's pride and prejudice kinda  ...

nope

i mean cerita yg saya tulis ni
ingatkan u pun baca

anyway  I havent seen you for a long time
rindu plak chit chat  2 years back

Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2015 02:01 AM | Show all posts
dauswq replied at 1-5-2015 01:52 AM
nope

i mean cerita yg saya tulis ni

u know ..citer u tulis ni even dah almost 5 years 2010....gosh...going back thru times , there are many many many things have happened since then...see...hmm i am a bit sentimental plak...anyway...i tak tahu sungguh u create this thread...




Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2015 02:02 AM | Show all posts
dauswq replied at 1-5-2015 01:52 AM
nope

i mean cerita yg saya tulis ni

hahahah yes, betul lama tak jumpa..anyway..i guess one of the people u jumpa hari tu dah ada anak dah  hahahahah

anyway good old days....

hahaha



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2015 02:09 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 1-5-2015 02:02 AM
hahahah yes, betul lama tak jumpa..anyway..i guess one of the people u jumpa hari tu dah ada anak  ...

your student tu ker? she had married already?
tak tau plak hehe

betul sudah lama tak berjumpa...ways back macam rasa sekejap
insyaallah, if ada rezeki, we will meet again



Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2015 02:15 AM | Show all posts
dauswq replied at 1-5-2015 02:09 AM
your student tu ker? she had married already?
tak tau plak hehe

yes, she has married and yep...

hahahha

well  insya ALLAH...

yes kalau ada rezeki...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2015 02:17 AM | Show all posts
Ipo replied at 9-4-2015 11:37 PM
best.

Speku...Dr. Azmin yang bunuh Hisham sebenarnya bukan Sarah. Rantai yang ada pada  ...

paranoid kot Gilbert tu
sekejap angin baik
sekejap angin busuk menyerang  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-5-2015 03:41 AM | Show all posts
Edited by dauswq at 1-5-2015 03:46 AM

BAB 19: Engkaukah, Sarah?


Bunyi dengusan kapal semakin beransur-ansur perlahan menandakan enjin kapal sudah dimatikan. Nun jauh di sebalik lautan yang gelap-gelita kedengaran pula suara seseorang memanggil sesuatu. Hanya sinaran cahaya rumah api menemani gelombang suara yang merentasi lautan itu. Dari situ juga asalnya suara itu kedengaran.

“Sarah…Sarah…Sarah.”

Sarah yang sedang bersandar di atas bahu kerusi di bahagian dek kapal terjaga akan panggilan bertalu-talu itu. Dia menoleh ke arah suara itu lalu berdiri mengimbangi tubuh badannya. Belum sempat menyahut panggilan tersebut, kapal brek secara mengejut. Enjin kapal dimatikan serta-merta. Sarah tersadung ke depan tetapi berjaya mengimbangkan tubuhnya semula. Dia mennyahut panggilan tersebut, “Ya saya “.Kapal masih bergerak perlahan-lahan ke depan.
Sarah kenal benar akan suara tersebut.

“Abang Azmin,” jeritnya dengan penuh yakin.

Ya! Memang suara itu sah milik Dr. Azmin. Kelihatan kelibat lelaki sedang melambai-lambai ke arah Sarah. Sudah tentu dia ialah Dr. Azmin.Dr. Azmin berdiri teguh di atas jeti sambil menjinjing beg. Dia kelihatan kusut-masai dengan rambut yang tidak terurus. Sut yang dipakai ketika ‘check-in’ di lapangan terbang Cheasapeake, Virginia. Penerbangannya sepatutnya ditangguhkan 10.00 pagi esoknya tetapi ternyata dia lebih awal tiba ke destinasi.
Kapal membetulkan kedudukannya untuk berlabuh setelah mendekati jeti. Sauh terus dicampak ke laut. Tangga kapal kemudiannya dinaikkan ke atas papan jeti. Sarah hanya memerhati Dr. Azmin. Belum ada reaksi spontan timbul untuk mendekati Dr. Azmin di atas pelantar jeti itu. Segerombolan polis marin pula masuk menyusup perlahan-lahan ke bibir tanduk kapal di mana papan jeti itu diratakan. Polis segera memberkas konco-konco Gonzales dan menggari pergelangan tangan mereka

Tanpa teragak-agak, Dr. Azmin melangkah masuk ke dalam kapal dan terus menggapai tangan Sarah. Dia segera memeriksa di setiap sudut tubuh. Luka-luka kecil masih belum baik pulih. Namun wajah ayu Sarah masih tetap sempurna walaupun terdapat kesan tumbukan.

“You okay, Sarah? Ada sakit kat dalam tak?  ,” tanya Dr. Azmin kerisauan walaupun sudah memeriksa badannya beberapa kali.

Sarah mengangguk seraya berkata , “ Abang, saya penat “

“Meh abang bawa ke hospital berdekatan.” Dr. Azmin mengendong Sarah ke bahunya.

Hakimi memerhati Sarah dari jauh. Wajahnya sugul. Tangannya ditekapkan ke dada sambil meramas kuat. Hatinya terasa amat pedih melihat telatah mereka.

Terbit rasa cemburu di hatinya. Pengakuan Sarah tadi benar-benar mengejutkan. Tidak sangka memori manis mereka hanya sekejap. Alangkah baiknya jika kita tidak bertemu, bisik hatinya. Gilbert yang baru keluar dari gelagak kapal segera menyapa Hakimi.

“Let go. Need to explain to dad so that he won’t cause you a trouble anymore.”

“Okay.” Hakimi tunduk memalingkan fokus matanya daripada Sarah dan Dr. Azmin.

Di sudut beranda hotel, kelihatan Hakimi sedang diam membisu dengan matanya memandang ufuk jingga keemasan-emasan. Separa suria mula menjengah dan menyinarkan bumi Miami. Kedengaran juga burung-burung berkicauan diselangi dengan bunyi desiran ombak menghempas pulas pantai. Di sebelahnya, cawan berisi air kopi padat memenuhi ruang kerana belum lagi dicubit rasanya. Pastinya fikiran Hakimi masih terganggu.

“Adakah aku patut biarkan saja?”

“Perlukah aku berterus-terang pada suaminya?, “getus hati kecil Hakimi.

Tak mahu lagi mengusutkan kepala, Hakimi bangun lalu menyarungkan sepatu. Dia segera meluru keluar dari biliknya dan berjalan menuruni tangga untuk ke bilik Sarah. Tiba sahaja ke pintu bilik Sarah, Hakimi menaikkan buku lima jarinya untuk mengetuk pintu. Namun, belum sempat dia berbuat demikian, pintu dibuka dari dalam oleh seorang wanita yang dikenalinya. Rupanya Aliah yang membuka pintu tersebut. Hakimi tersentak.

“Oh Hakimi ”, sebut Aliah.

“Sarah dah pulang dengan suaminya sebentar tadi , “ sambungnya lagi.

“Apa jadi dengan Sarah? Keadaannya bagaimana? ,” tanya Hakimi.

“Dia berehat sebentar tadi. Suaminya menjaganya dengan baik. Aku tak pasti samada mereka benar-benar pulang ataupun check-in hotel yang lain.”

“Oh begitu kah? Kau duduk di sini kah keseorangan? Tak ikut sekali? ,” tanya Hakimi lagi.

“Apalah kau ni Hakimi. Tak kan aku nak mengganggu mereka pula.”

“Apapun aku rasa Sarah lebih sesuai dengan kau. Korang berdua benar-benar menyintai satu sama lain walaupun baru beberapa hari sahaja. Tetapi jangan pula beritahu suaminya pula. Nanti dia tak kasi saya bawa Sarah lagi ke mana-mana , “ kata Aliah dengan ikhlas.

Aliah mendekati Hakimi lalu membisikkan sesuatu ke telinganya.

“Aku pernah tanya Sarah bila mereka berkahwin tetapi Sarah tak tau hal tersebut kerana percayakan Dr. Azmin. Hingga surat nikah pun dia tak pernah sedari menatap akan kewujudannya. Bila mereka berkahwin inilah yang menjadi persoalan. Lagi-lagi gambar mereka tak pernah ku temu. Tapi Sarah akur dan percaya akan Dr, Azmin kerana memorinya yang hilang itu beransur perlahan-lahan apabila bersama-sama dengannya. Sarah yakin Dr, Azmin itu suaminya yang sah.”

Hakimi agak terkejut juga dengan penjelasan Aliah itu. Bukan sahaja terkejut kerana keraguan perkahwinan Sarah, tetapi ingatannya seperti dipukul sesuatu.  Lagi-lagi bila nama Dr. Azmin disebut. Sekadar kebetulan ataupun mainan perasaan.

“Kau tak apa-apa kah? ,” soal Aliah sambil kedua-dua tangannya memegang bahu Hakimi untuk menyedarkannya daripada lamunan.

Hakimi menoleh badannya ke belakang. Dia tidak menjawab pertanyaan Aliah manakala Aliah pula hanya memerhati kehairanan. Hakimi berjalan meninggalkan bilik tersebut tanpa berkata sesuatu pun. Kadang-kala lutut kakinya kelihatan lemah kelonggaran dengan sepatu tak sengaja diseret-seretkan. Tubuhnya semacam mahu rebah. Penjelasan Aliah tadi ternyata memberi suatu pukulan hebat.


Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2015 10:51 AM | Show all posts
silalah sambung lagi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.074249 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list