View: 3261|Reply: 4
|
Berita@MKST : Glasier Indonesia diancam bahaya
[Copy link]
|
|
Glasier Indonesia diancam bahaya
GAMBAR menunjukkan sebuah helikopter sedang mendarat di glasier Gunung Puncak Jaya, Papua baru-baru ini.
JAKARTA - Saintis-saintis antarabangsa bimbang salji yang membentukglasier di atas Gunung Puncak Jaya di pulau Papua, timur Indonesia akanhilang akibat kesan pemanasan global.
Kawasan salji seluas 4.8 kilometer meliputi puncak gunung berkenaanpada ketinggian 4,884 meter merupakan glasier terakhir di rantau LautanPasifik.
Kehilangan glasier itu disedari sepasukan penyelidik diketuai olehsaintis Amerika Syarikat (AS), Lonnie Thompson semasa melakukanekspedisi ke Puncak Jaya baru-baru ini. Menurutnya, gunung berkenaankehilangan kira-kira 80 peratus glasiernya sejak 1936 dengan duapertiga kehilangan tersebut berlaku sejak ekspedisi saintifik terakhirke lokasi berkenaan pada tahun 1970-an.
Kini glasier yang pernah meliputi sebahagian besar pulau Papuaribuan tahun dahulu kini cuma tinggal seluas dua kilometer persegi dansedalam 29 meter. - AP |
|
|
|
|
|
|
|
terlalu besar perubahan yg berlaku sepanjang 30 tahun......syg ia yg terakhir di rantau asia pasifik |
|
|
|
|
|
|
|
masalah pemanasan global,masalah satu dunia.... |
|
|
|
|
|
|
|
wah kt indonesia pon ade salji ,sayang jauh sangat papua 2 |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat citer The Day The Earth Stood Still. Patutnya sekaranglah masanya elien tu nak datang dan selamatkan bumi. huhuhu. ending citer tu aku teringin betul nak realitikan. satu dunia terhenti pergerakan. baik elektrik, mekanikal, kapal dilaut, kereta, jam pun brenti. dapat suasana macam tu setahun jadik ler. mesti segar balik dunia kita ni kan. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|