CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3632|Reply: 14

batal tak posa?

[Copy link]
Post time 11-8-2010 03:56 PM | Show all posts |Read mode
salam, nk tanya batal tak posa klu kita termuntah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2010 04:14 PM | Show all posts
Reply 1# white_orkid

harusla batal...kan ada masa sek dulu pelajaran agama...xkan dah lupe kot...samada sengaja atau tidak...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2010 11:57 PM | Show all posts
nak tanya juga kalau pesakit yg kena ambil insulin(suntikan) pd siang hari batal ke puasa
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2010 07:34 AM | Show all posts
Reply  white_orkid

harusla batal...kan ada masa sek dulu pelajaran agama...xkan dah lupe kot...s ...
martiena Post at 11-8-2010 16:14



   aerkkk...batal ker...bukan kita jolok anak tekak...tp sbb perut masuk angin...nak termuntah!!...rasa tak kot!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2010 08:07 AM | Show all posts
Perkara-perkara yang membatalkan puasa adalah seperti berikut:

1) Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja, kecuali kerana darurat yang berkaitan dengan kesakitan.

2) Makan, minum dan merokok. Adapun suntikan ubatan tidak membatalkan puasa.

3) Muntah dengan sengaja

4) Mengeluarkan air mani

5) Melakukan jimak (hubungan seks) pada siang hari

6) Kedatangan haidh, nifas atau kelahiran bagi wanita

7) Menjadi gila

8) Pitam sepanjang hari

9) Mabuk (yang menghilangkan daya pemikiran waras) sepanjang hari

10) Murtad, iaitu keluar dari agama Islam
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2010 08:08 AM | Show all posts
kalau sengaja jolok mmg terbatal...
kalau tak sengaja...tak apa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2010 08:34 AM | Show all posts
kalau tak sengaja tak batal
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2010 09:06 AM | Show all posts
selalunya dalam Islam kalau tak sengaja memang tak batal... even kalau dah makan pun tak batal kalau tak sengaja makan so setakat muntah tu mestilah tak batal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-8-2010 09:17 AM | Show all posts
ok, tq... so x batal la posa semalam.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2010 10:14 AM | Show all posts
Perkara-perkara yang membatalkan puasa adalah seperti berikut:

1) Memasukkan sesuatu benda ke dal ...
afezal Post at 12-8-2010 08:07

Salam,
Mmg dah tahu benda ni dari kecik2 dulu.
Tapi boleh x minta tolong inform dalil2 yang menyatakan statement no 1 tuh
Ada sesetengan pendapat menyatakan jika kita korek hidun#, batal pose.
Ada sesetengah pendapat kata x batal.
Macam tu jugak jika kita korek teling#.
Minta tolong pendapat dan pandangan para yang arif bab ini.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2010 12:30 PM | Show all posts
Isu Batal Puasa

Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

www.zaharuddin.com


Minggu lepas saya telah menyebut secara ringkas beberapa amalan terbaik yang perlu kita ambil perhatian di bulan mulia ini (sila rujuk www.zaharuddin.com). Minggu ini saya suka untuk mengupas sedikit perihal pembatalan puasa. Ulama terbilang dunia ketika ini, Dr Yusoff Al-Qaradhawi pernah menyebut dan meluah rasa kurang setuju beliau dengan tindakan para ulama yang terlalu meluaskan perbuatan yang membatalkan puasa. Beliau lebih setuju untuk mengecilkan skop dan ruang lingkup pembatalan puasa kepada perbuatan yang benar-benar terdapat dalil tepat dari al-Quran, al-Hadith dan disepakati ulama sahaja. Beliau berpendapat perbincangan panjang lebar oleh ulama silam, antaranya para ulama dari mazhab Hanafi dan ulama mazhab-mazhab lain menyebut sekitar 57 bentuk perbuatan yang membatalkan puasa adalah kurang tepat, demikian juga. Malah ia juga amat digemari oleh ulama masa kini sehingga terdapat yang menghabiskan masa begitu lama untuk merangka fatwa, berijtihad dan meletakkan kaedah bagi sesuatu perbuatan. Adakalanya ia adalah isu yang kadangkala tidak memerlukan perhatian lebih. Masalah bertambah, apabila ijtihad seumpama ini menyebabkan kesukaran orang kebanyakkan (awam) menjalankan ibadah ini dengan tenang kerana perincian perbuatan yang membatalkan puasa amat cabang (furu’) dan terlampau banyak. Lebih dikesali adalah perbincangan tentang ini juga ada meninggalkan perbincangan yang lebih besar berkenaan Ramdhan. (Taysir al-Fiqh – Fiqh As-Siyam, hlm 86-87)


Hakikatnya, larangan yang disepakati tatkala puasa adalah menahan nafsu syahwat, menanggung lapar dan dahaga serta menahan diri dari bersetubuh dengan isteri di siang hari dengan niat ikhlas ibadat kerana Allah. Inilah yang dijelaskan dari al-Quran dan as-sunnah, demikian juga menjauhi kata-kata nista, bohong, mengumpat, cercaan dan lain-lain dosa anggota demi kerana Allah. Ia disebut di dalam ayat al-Baqarah : 187 dan disokong oleh hadith-hadith yang banyak.


Merokok, keluar darah haid atau nifas dan hilang aqal adalah dipersetujui secara sepakat ulama membatalkan puasa. Berikut beberapa hukum secara ringkas dari beberapa perbuatan berkaitan puasa yang kerap ditanya oleh orang ramai :-

<!--[if !supportLists]-->1) <!--[endif]-->Darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain. Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar’ dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah di pinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida’ dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)


<!--[if !supportLists]-->2) <!--[endif]-->Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan yang seumpamanya di bahagian kepala. Ia seperti memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur. Hukumnya : Tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalam kemaluan tadi, kerana illah @ faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut. Terkecuali juga, wanita atau lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan puasa, tetapi jika tujuan istinja’ atau membasuhnya maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah tidak batal. (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 211). Ini juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung yang tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah tidak membatalkan puasa. (Min Ahsanil Kalam fil Fatawa). Tidak dinafikan terdapat fatwa yang mengatakan batal, justeru, nasihat saya adalah lebih baik menjauhinya kiranya tiada tujuan yang agak mendesak. Kerana menjauhi yang khilaf (perbezaan pendapat) itu lebih baik.


<!--[if !supportLists]-->3) <!--[endif]-->Pil elak haid untuk puasa penuh : Hukumnya : Harus dengan syarat tidak membawa mudarat kepada pusingan haidnya, dan memerlukan nasihat doktor Islam yang berwibawa.


<!--[if !supportLists]-->4) <!--[endif]-->Penyembur gas untuk pesakit lelah : Hukumnya : Menurut kajian terperinci bantuan para doktor, mendapati gas semburan itu punyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas kertas. Selain itu, hampir 90 % darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasa. Bagaimanapun para ulama masih bergantung kepada makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa tepat kerana Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd ‘Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala, ubat lelah jenis hidu melaui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226)


<!--[if !supportLists]-->5) <!--[endif]-->Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal : Hukumnya : Terdapat dua jenis : samada untuk berubat atau untuk menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, pain killer dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ; ‘Uqlah , hlm 226). Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan. Adapun suntikan makanan, air seperti glukos dan sepertinya; para ulama berbeza pandangan : Pandangan majoriti dan yang lebih kuat adalah : Tidak membatalkan puasa, ia fatwa Syeikh Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Fatawa Syar’iyyah, hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ). Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa.


<!--[if !supportLists]-->6) <!--[endif]-->Berkumur-kumur dan air masuk ke rongga hidung semasa wudhu. Hukumnya : Tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie mengatakannya terbatal. JUsteru, jauhilah berlebihan di ketika puasa dalah lebih baik. Berdasarkan hadith : “Sempurnakan wudhu , basuhlah celah-celah jari jemarimu , dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi ; albani ; sohih)berpuasa.


<!--[if !supportLists]-->7) <!--[endif]-->Melakukan Maksiat seperti tidak solat : Hukumnya : Tidak batal puasa menurut majoriti mazhab dan ulama. Akan tetapi dosa maksiat itu akan ditanggung berasingan mengikut jenis maksiat, malah mungkin bertambah besar dosanya kerana mencarik kehormatan Ramdhan. Pahala puasanya pula akan terhapus Selain itu, ia juga mencarikkan keseluruhan tujuan berpuasa iaitu bagi melahirkan insan taqwa dan jauh dari maksiat. (Qaradawi, hlm 104) Nabi bersabda : “Barangsiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh ia dengan Allah” (Riwayat Ibn Hibban)
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2010 03:12 PM | Show all posts
x sengaja x batal la...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2010 08:36 AM | Show all posts
Reply 11# kertasputih


Kertas Putih,

Thanks for the info...
Memang menjawab dengan jelas persoalan yang dikemukakan
Padat dan jelas.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2010 11:22 AM | Show all posts
salam, nk tanya batal tak posa klu kita termuntah...
white_orkid Post at 11-8-2010 15:56



    setuju, tak batal kalau tak sengaja..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2010 11:26 AM | Show all posts
yup. tak sengaja, maka tak batal.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.453785 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list