CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 402|Reply: 0

[Kedah] Banjir kilat: Pengusaha chalet di Yan rugi RM95,000

[Copy link]
Post time 21-10-2021 11:53 PM | Show all posts |Read mode
Banjir kilat: Pengusaha chalet di Yan rugi RM95,000
| | 21 Oktober 2021


Keadaan sekitar kawasan pusat penginapan dan chalet milik Siti Hajar Abdul Hamid,46 yang terletak di Jalan Titi Hayun mengalami kerugian anggaran RM95,000 selepas chaletnya itu rosak teruk - Foto Bernama

YAN - Seorang pengusaha chalet di Jalan Titi Hayun di sini, mengalami kerugian kira-kira RM95,000 apabila chalet yang baharu dibaiki selepas rosak teruk dalam tragedi kepala air dari Gunung Jerai pada Ogos lalu, sekali lagi terbabit dalam bencana banjir kilat yang berlaku di daerah ini pada Rabu.


Tinjauan pada Khamis mendapati sebahagian struktur chalet tersebut pecah dan dibawa arus deras sungai berdekatan manakala bahagian dalam kawasan premis berkenaan turut dipenuhi batu, ranting kayu serta lumpur tebal.


Pengusaha chalet, Siti Hajar Abdul Hamid, 46, berkata, anggaran kerugian itu meliputi kos membina tembok baharu serta kerja baik pulih lain termasuk kolam renang yang rosak akibat banjir besar ekoran tragedi kepala air tersebut.


"Buat tembok baharu serta kerja membaik pulih sahaja sudah melibatkan belanja dalam RM80,000, tidak termasuk kami bayar sendiri untuk kerja-kerja mendalamkan sungai di sini sebanyak RM15,000.


"Bila terjadi lagi banjir seperti semalam, tembok baharu pecah dibawa arus deras, kolam pula dimasuki air dan berlumpur tebal selain bilik chalet turut rosak dimasuki air dan batu serta lumpur, duit yang kami keluarkan itu umpama 'hangus' begitu saja," katanya ketika ditemui di chalet berkenaan pada Khamis.


Siti Hajar berkata, dia yang mengusahakan chalet itu bersama suami, pada mulanya tidak berasa keberatan mengeluarkan belanja besar untuk membaik pulih chalet selepas tragedi kepala air kerana menganggap ia sebahagian cabaran orang berniaga.


Bagaimanapun, dia dalam nada sebak berkata, banjir pada kali ini menyebabkan dirinya cukup tertekan kerana sudah membelanjakan wang simpanan suami untuk kerja membaik pulih chalet, tetapi rosak semula dalam sekelip mata.


"Ini bukan setakat jatuh terduduk tetapi sudah tertiarap. Saya dah tak tahu nak cakap apa lagi," katanya yang memaklumkan chalet itu mula beroperasi pada 2019.


"Kami hanya sempat menjalankan perniagaan itu selama setahun sebelum operasi chalet dihentikan sementara akibat pandemik Covid-19 pada tahun lalu dan menjangkakan dapat kembali beroperasi sepenuhnya pada Disember ini, bagaimanapun bencana lain pula menimpa.


"Tempahan awal yang diterima sebelum banjir kilat semalam terpaksa kami batalkan dan lebih kurang RM3,000 wang deposit yang kami terima daripada pelanggan telah kami pulangkan, namun ada juga yang tak nak ambil balik duit deposit itu sebab nak sedekah kepada kami," katanya.


Sehubungan itu, Siti Hajar merayu kepada pihak berkaitan supaya bertindak segera melakukan kerja mendalamkan dan melebarkan sungai berdekatan agar kejadian sama tidak berulang, sekali gus membantu pengusaha chalet sepertinya bertahan dalam perniagaan tersebut.


"Saya rasa selagi kerja-kerja mendalamkan sungai tidak dilakukan, kami tidak akan buka chalet ini. Sekalipun kami baik pulih sepenuhnya chalet ini untuk beroperasi, jika kejadian sama berulang kami juga yang rugi sebab duit dah keluar banyak," katanya.


Pada Rabu, media melaporkan sebanyak 160 rumah di beberapa kampung dalam daerah Yan terjejas akibat banjir kilat yang berlaku berikutan hujan lebat sejak petang itu. - Bernama


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... di-Yan-rugi-RM95000
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.048292 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list