CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 972|Reply: 0

[Kedah] 126 penduduk dipindahkan di Pendang

[Copy link]
Post time 24-10-2021 04:44 PM | Show all posts |Read mode
126 penduduk dipindahkan di Pendang[size=0.8]Oleh Zuliaty Zulkiffli - Oktober 24, 2021 @ 12:45pm[email protected]


Anggota APM membantu memindahkan mangsa banjir di beberapa kampung dalam daerah Pendang. - Foto APM



PENDANG: Seramai 126 penduduk daripada 32 keluarga dari sembilan kampung di daerah ini dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berikutan banjir sejak Khamis lalu.

Semua mereka ditempatkan di PPS Dewan Rakan Sukan Tanah Merah selepas dipindahkan secara berperingkat.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Pendang merangkap Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pendang, Leftenan (PA) Yuslina Yusoff, berkata mangsa terbabit dari Kampung Sukamari, Kampung Baru 16, Kampung Seberang Pendang, Kampung Tok Pauh, Kampung Alor Ali, Kampung Alor Punti, Kampung Banggol Besi, Kampung Tanjung Radin dan Kampung Tanah Merah Dalam.

"Paras air Sungai Pendang ketika ini berada pada 2.98 meter dan boleh mengundang bahaya kepada penduduk yang tinggal di kawasan berisiko.

Anggota APM membantu memindahkan mangsa banjir di beberapa kampung dalam daerah Pendang. - Foto APM

"Hujan lebat lebih dua jam sejak Khamis lalu menyebabkan air melimpahi sungai secara mendadak sekali gus menyebabkan banjir di beberapa kampung terbabit," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, setakat ini air tidak menunjukkan trend penurunan dan pihaknya sentiasa memantau keadaan semasa di lokasi banjir.

"Pihak APM Pendang masih melakukan pemantauan dan sekiranya dikesan ada penduduk yang perlu berpindah, kita akan melakukan pemindahan segera.

"Sehubungan itu, penduduk kampung yang terjejas akibat banjir di daerah ini diharap dapat menghubungi pasukan penyelamat untuk memudahkan urusan perpindahan dilakukan," katanya.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.257554 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list