CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 942|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang jangka capai fasa 4 PPN satu atau dua minggu lagi

[Copy link]
Post time 24-10-2021 10:59 PM | Show all posts |Read mode
Pulau Pinang jangka capai fasa 4 PPN satu atau dua minggu lagi[size=0.8]Oleh Nur Izzati Mohamad - Oktober 24, 2021 @ 7:38pm[email protected]




BUKIT MERTAJAM: Pulau Pinang dijangka dapat beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam tempoh satu atau dua minggu lagi.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, bagaimanapun ia bergantung kepada persetujuan Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 di peringkat persekutuan.

Menurutnya, peralihan fasa itu mengambil kira trend penurunan kes harian positif termasuk penurunan kadar penggunaan katil di wad unit rawatan rapi (ICU).

"Sebelum ini ada satu ketika kita pernah sampai 90 peratus (kadar penggunaan katil di wad ICU) namun sekarang dalam lingkungan lebih 60 peratus sahaja.

"Begitu juga dengan angka kes baharu positif COVID-19 terdapat penurunan dalam tempoh lebih satu bulan yang mana dahulu pernah mencatatkan sehingga 2,400 kes sehari namun hari ini mencatatkan 279 kes sahaja.

"Ini, menunjukkan satu kemajuan ke arah terkawalnya tekanan terhadap kemudahan sektor perkhidmatan kesihatan awam di negeri ini," katanya.

Terdahulu, Kon Yeow hadir pada Majlis Pelancaran Buku Pencapaian Bandar Rendah Karbon dan Bandar Pintar di Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai peralihan fasa, Kon Yeow berkata, kerajaan negeri akan mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) apabila sudah mencapai kriteria ditetapkan.

"Kita akan melihat penurunan penggunaan katil-katil yang mana apabila ia sampai pada kadar 50 peratus maka boleh dicadangkan dalam mesyuarat MKN.

"Kalau trend ini diteruskan (penurunan), saya jangka dalam beberapa minggu lagi, kita dapat memenuhi kriteria, supaya beralih ke fasa berikutnya," katanya.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.051092 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list