CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1058|Reply: 1

[Pulau Pinang] Lelaki maut ditetak rakan serumah

[Copy link]
Post time 25-10-2021 10:03 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki maut ditetak rakan serumah[size=0.8][size=0.9]BERNAMA

[size=0.9]



[size=0.9]
Butterworth: Lelaki maut akibat ditetak rakan serumahnya dipercayai kerana pergaduhan yang berpunca daripada kehilangan telefon bimbit seorang rakan mereka, di rumah di Jalan Pak Abu, Kampung Telaga Air di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, polis menerima laporan kejadian terhadap lelaki berusia 30 tahun itu pada 7.35 malam.

"Berdasarkan keterangan saksi iaitu adik lelaki tiri suspek, dia yang tinggal di rumah bersebelahan terdengar pertengkaran mulut antara abang tirinya yang menyewa rumah itu bersama si mati dengan beberapa lagi rakan pada 7.30 malam.

"Menurut saksi itu, dia bagaimanapun tidak melihat pertengkaran tersebut sehinggalah nampak si mati dibawa ke pondok di hadapan rumah oleh dua rakan serumah si mati sebelum kedua-duanya menghubungi ambulans berikutan si mati cedera parah akibat ditetak," katanya yang dihubungi Bernama hari ini.

Noorzainy berkata, mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya dan disahkan meninggal dunia pada 9.17 malam ketika menerima rawatan akibat cedera parah di betis dan jari.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki berusia 34 tahun di kawasan Mak Mandin pada 9 pagi tadi dan menerusi siasatan awal, lelaki itu mengaku berlaku pertengkaran mulut dan pergelutan antaranya dengan mangsa.

Katanya hasil ujian saringan awal darah mendapati mangsa positif dadah dan memiliki 15 rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah manakala suspek yang mempunyai 22 rekod lampau berkaitan jenayah kini direman seminggu.

Disiarkan pada: Oktober 25, 2021 @ 5:10pm






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2021 08:21 AM | Show all posts
gilos rekod jenayah masing2...kejar mengejar rekod ke apa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.122016 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list