CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1040|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang jangka pemulihan ekonomi pantas pasca pandemik

[Copy link]
Post time 25-10-2021 10:30 PM | Show all posts |Read mode
Pulau Pinang jangka pemulihan ekonomi pantas pasca pandemik
| | 25 Oktober 2021


Tun Datuk Seri Utama Ahmad Fuzi Abdul Razak


GEORGETOWN - Pulau Pinang boleh menjangkakan pemulihan ekonomi yang lebih pantas sekiranya semua pihak berkuasa boleh mengekang pandemik Covid-19 secara berkesan, kata Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Utama Ahmad Fuzi Abdul Razak.


Beliau berkata, usaha pengekangan penularan Covid-19 dan pada masa sama giat mengekalkan pertumbuhan ekonomi masih menjadi cabaran bagi baki tempoh 2021 sehingga awal 2022.


Pulau Pinang merupakan antara negeri paling maju di Malaysia, dan asas ekonominya kekal kukuh walaupun pandemik melanda, katanya.


“Berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia, ekonomi Pulau Pinang dipacu oleh sektor pembuatan dan perkhidmatan yang dijangka pulih daripada kesan Covid-19,” katanya berucap merasmikan Sidang Kemuncak ‘Future Forward’ Pulau Pinang di sini pada Isnin.


Beliau berkata, permintaan global terhadap produk elektrik dan elektronik, kemasukan beberapa syarikat Fortune 500 ke Kawasan Perindustrian Batu Kawan, serta pengenalan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang adalah antara faktor penyumbang yang akan mempercepat pemulihan ekonomi negeri.


Ahmad Fuzi berkata, pandemik telah mendorong beberapa penemuan dalam pembangunan budaya kerja baharu yang memberikan kesan bercampur-campur ke atas sektor ekonomi.


“Contohnya, perniagaan akan menggunakan teknologi mesyuarat dalam talian dengan lebih intensif pada masa hadapan; memperluas peluang bekerja di rumah dan berpotensi mengurangkan perjalanan ke mesyuarat.


“Menghadapi prospek kenaikan kos pengeluaran, kekurangan ketersediaan pekerja asing dan perjalanan serta keperluan penjarakan fizikal, menjadikan perniagaan mungkin mempercepat penerimagunaan automasi dan digitalisasi dalam dunia pasca-Covid-19,” katanya.


Beliau berkata, Pulau Pinang perlu memastikan bahawa ia mempunyai dasar dan kerangka yang tepat untuk merangsangkan semula landskap pelaburan serta meningkatkan daya saing jangka panjang pada era pasca-Covid-19.


“Saya yakin kerajaan negeri akan terus menyokong dan melakukan apa saja yang perlu bagi memastikan industri kita terus maju untuk bersaing secara produktif dan menerajui pasaran serantau dan global,” katanya.


Sidang Kemuncak ‘Future Forward’ Pulau Pinang dianjurkan bersama Institut Strategik KSI bagi Asia Pasifik (KSI), Universiti Terbuka Wawasan serta Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia.


Acara bertemakan ‘Mencapai Ekonomi Berdaya Tahan dan Mampan’ itu bertujuan mencetuskan idea, pandangan dan hubungan dalam merangka strategi yang berhasil, memanfaatkan perubahan teknologi dan mewujudkan masa depan yang lebih berdaya tahan, mampan dan kompetitif untuk Pulau Pinang. - Bernama


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -pasca-pandemik-TYT
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.068355 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list