CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1165|Reply: 0

[Kedah] Jambatan runtuh jejas 600 penduduk

[Copy link]
Post time 30-10-2021 01:42 PM | Show all posts |Read mode
Jambatan runtuh jejas 600 penduduk[size=0.8][size=0.9]Noorazura Abdul Rahman
[email protected]


PENDUDUK Kampung Perangkap menunjukkan jambatan yang runtuh. FOTO Noorazura Abdul Rahman



Sik: Kira-kira 600 penduduk di tiga kampung di sini terjejas apabila jambatan yang menjadi penghubung utama mereka runtuh akibat arus deras Sungai Sok serta banjir, Selasa lalu.

Kampung terbabit ialah Kampung Perangkap, Kampung Pinang dan Kampung Surau.

Penduduk, Harun Mat Piah, 43, berkata, kejadian terbabit menyebabkan aktiviti penduduk terganggu apabila mereka terpaksa menggunakan laluan alternatif yang lebih jauh.

"Hakisan tebing sungai yang semakin teruk menyebabkan jambatan runtuh. Penduduk sebelum ini bimbang kerana semakin banyak tanah terhakis dan akhirnya jambatan ini runtuh pada malam Selasa lalu.

"Rumah saya dekat dengan jambatan ini tapi apabila ia runtuh saya terpaksa menggunakan jalan lain kira-kira lima kilometer (km) untuk ke masjid, membeli barang runcit dan Klinik Kesihatan Gulau, jika melalui jambatan ini tidak sampai satu km.

"Sebelum ini ia dibaik pulih beberapa kali namun arus deras Sungai Sok menyebabkan tebing dan jambatan runtuh. Sekiranya hujan lebat dan arus sungai deras berlaku sekali lagi, tidak mustahil jambatan ini akan pecah dan dihanyutkan," katanya yang tinggal di Kampung Pinang.

Penduduk Kampung Perangkap, Salleh Abdul Rahman, 50, berkata, jambatan itu sudah diganti beberapa kali dengan kali terakhir kira-kira 13 tahun lalu bagi menggantikan jambatan gantung.

"Ada penduduk yang pergi menoreh getah atau ke kebun menggunakan jambatan ini kerana ia jalan pintas, sejak saya kecil jambatan ini sudah wujud, ia menjadi penghubung utama penduduk kampung.

"Cuma penduduk kampung berharap jambatan ini akan dibina lebih cepat dan tidak menunggu masa yang lama bagi memudahkan penduduk melakukan aktiviti harian, selain itu sekiranya sekolah dibuka nanti, ia menyukarkan pelajar yang menunggang basikal atau motosikal.

"Mereka pasti keluar lebih awal kerana perlu melalui jalan yang lebih jauh, dalam masa yang sama kami juga memohon agar jambatan baharu yang bakal dibina kelak akan lebih lebar dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih baik agar ia tidak mudah rosak atau runtuh semasa musim hujan," katanya.

Disiarkan pada: Oktober 30, 2021 @ 11:19am










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.029646 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list