CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: khyree

TOK PAH, CT BERTEMU SEMULA!

[Copy link]
Post time 20-8-2010 05:10 AM | Show all posts
Reply 40# uwekkk

that's y i lap CT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2010 08:30 AM | Show all posts
Post Last Edit by dauswq at 20-8-2010 08:34

Reply 40# uwekkk

camne la agaknye ct nangis tu kans

satu lagik..
wartawan bongos tu:@
ct ms tu kan baru budak lagi..org kg lagik
17 taun je..motip nak sound mcm retis dh pengalaman?:@
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 08:32 AM | Show all posts
lawanya ct......
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 08:58 AM | Show all posts
lawanya ct......
nabs Post at 20-8-2010 08:32


gmbr bj kaler oren 2 cun...
nk ggur rsnyer jantong nie  tgk ct
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 09:47 AM | Show all posts
haruslah digandingkan semula di abp tahun depan.. haha
eddysheddy Post at 19-8-2010 18:16



    boleh...ngan syarat...kena nyanyi lagu masing masing...jadi takde kes terkesima sampai lupa lirik..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 09:53 AM | Show all posts
n satu pendedahan citer dolu2...agak menarik citernya..


sejarah lawak aku dengan Datuk Siti Nur ...
uwekkk Post at 20-8-2010 03:10



    terharunya baca story nie...

cuba dedahkan sapa wartawan wartawan sengal nak belasah siti tue...mesti la nie ala ala baik dan puji puji siti kannnnsss...
sebab prinsip siti itu jugak la, siti popular sampai la nie...

bayangkan kalau ada sessi fotography ngan artis lelaki...mesti banyak aksi pegang la...peluk la...kena pakai baju dedah dedah sponsor la......lepas tue kalau taknak, kena kondem lagik...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-8-2010 09:56 AM | Show all posts
boleh...ngan syarat...kena nyanyi lagu masing masing...jadi takde kes terkesima sampai lupa lirik..
ColbyRaikkonen Post at 20-8-2010 09:47

Itu berlaku sbb ada samehah..kalo samehah xde, x memberi kesan kot...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 10:12 AM | Show all posts
terharunya baca story nie...

cuba dedahkan sapa wartawan wartawan sengal nak belasah s ...
ColbyRaikkonen Post at 20-8-2010 09:53



    betull..
dari dia setuju bergambar dgn lelaki, pstu konfom kena ikut ckp fotografer..pegang2 bahu sket, lentuk sket, laga2 pipi....
nasib ct ni bijakkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2010 11:18 AM | Show all posts
aku ingat lagi kontroversi bergambar dgn lelaki ni....sehingga anti2 yg x pernah dengar pun kenyatan CT tp meroyan bagai nak gila....pantang nampak CT  bergambar dgn mana2 lelaki sikit terus jadi  murai tercabut ekor....
padahal kenyataannya CT masih nak bergambar dgn artis lelaki atas urusan kerja dan of course lah peminat kan...saja2 nak pose berdua kat majalah...tu yg CT x nak...anti ni kan...otak kat bontot kot masa nak jadi murai tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 11:39 AM | Show all posts
betull..
dari dia setuju bergambar dgn lelaki, pstu konfom kena ikut ckp fotografer..pega ...
farah85 Post at 20-8-2010 10:12


ct mmg bijakk mcm peminat d gakk
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 01:02 PM | Show all posts
Reply  uwekkk

camne la agaknye ct nangis tu kans

satu lagik..
wartawan bongos tu
c ...
dauswq Post at 20-8-2010 08:30



    takpe.. hasilnye....... lihatlah siapa ct sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 01:06 PM | Show all posts
aku ingat lagi kontroversi bergambar dgn lelaki ni....sehingga anti2 yg x pernah dengar pun kenyatan ...
harisbee Post at 20-8-2010 11:18



    kan eddy pun tak paham.. takkanla ct takleh bergambar ngan laki langsung.. anti mmg saje cari pasal..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 02:28 PM | Show all posts
kamdar jual eksklusip utk ct sorg je
farah85 Post at 19-8-2010 16:31



    la, baru plan nak g kamdar......
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 02:29 PM | Show all posts


lawanya..............
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 04:30 PM | Show all posts
yg baju bulat2 biru tuh ok pe khy...cantik kot..hehe..

yg dpn intrend tuh cantik giler!
cuma gamba yg atas gamba intrend tuh mmg cam tuuuuuuutttttt...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 11:30 PM | Show all posts


sweet jekk dorg ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2010 11:55 PM | Show all posts
lawanya..............         { ...
Syfuel Post at 20-8-2010 14:29



    baju cantik tapi muka ct nampak pelik pulak
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 11:56 PM | Show all posts
sweet jekk dorg ni..
uwekkk Post at 20-8-2010 23:30



    camni mmg cantiklaa
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2010 10:24 AM | Show all posts
Sesuci Aidilfitri
Oleh Farihad Shalla Mahmud
[email protected]
2010/09/09


Kak Pah, Siti harap keikhlasan abadikan gambar bersama tidak disalah erti

LANGIT 8 Ramadan tengah hari itu cukup cerah, secerah perasaan mereka yang terbabit dalam sesi fotografi penuh bermakna serta bakal mencatat sejarah dalam kalendar hiburan negara. Perancangan yang diatur sejak berbulan-bulan itu akhirnya menjadi kenyataan. Teruja dan pada masa yang sama perasaan sedikit terusik kerana niat menyatukan dua diva tersohor ini dalam satu sesi fotografi termakbul.

Begitupun, bukan mudah merealisasikan sesi ini. Bukan sehari dua untuk kata persetujuan diperoleh, tetapi memakan masa berbulan-bulan lama. Semuanya kerana jadual kerja dua penghibur terkenal ini yang tidak mengizinkan. Bagaimanapun, doa akhirnya termakbul apabila Datuk Sharifah Aini dan Datuk Siti Nurhaliza bersetuju, sekali gus memilih tarikh 18 Ogos sebagai tarikh sesi fotografi.

Saat kaki melangkah ke lokasi sesi fotografi ini diadakan, di The Royal Suite, Hotel The Royale Chulan, dua penyanyi ini sedang seronok bergaya di depan kamera. Pelbagai gaya diberikan bagi memastikan foto diambil kelihatan cantik apabila disiarkan.

Sesekali, kelihatan Sharifah Aini yang lebih akrab di sapa Kak Pah membetulkan tudung Siti. Sangat mesra, seolah-olah tiada apa yang berlaku antara mereka, sebelum ini.

Bukan mudah untuk menyaksikan saat begini pada hari biasa. Justeru, kami berasa cukup bertuah apabila berpeluang melihat sendiri babak penuh bererti lagi menyentuh perasaan itu. Pada hari terbabit, bukan saja Berita Harian diberi penghormatan merakamkan detik bersejarah itu, apabila dua media lain, Utusan Malaysia dan majalah URTV turut mengabadikannya.

Walaupun terpaksa bertukar lapan helai baju dan dikehendaki melakukan pelbagai gaya di depan lensa kamera, namun sedikit pun mereka tidak merungut. Malahan kedua-duanya tetap memberikan pose menarik untuk tatapan peminat.

Bagi Sharifah Aini, sesi fotografi itu bukan satu agenda untuk berdamai seperti yang digembar-gemburkan pelbagai pihak. Sebaliknya untuk memberitahu khalayak supaya tidak terus berprasangka buruk terhadap hubungan mereka berdua.

"Sebenarnya antara kami tiada apa yang berlaku. Kami menjadi mangsa keadaan. Pada Kak Pah, Siti seorang yang baik dan masih seperti yang saya kenal dulu," kata si pelantun Seri Dewi Malam ini.

Dan, fotografi ini dilakukan bukanlah untuk membuktikan apa-apa. Cuma, selepas sekian lama kes mahkamah membabitkan mereka selesai, tentunya ramai yang ingin tahu bagaimana perasaan Kak Pah terhadap Siti.

“Jadi, untuk mengelakkan orang ramai berterusan menabur fitnah mengatakan kami berdua bermasalah, jadi Kak Pah harap sesi ini akan menjawab dan membetulkan semua spekulasi atau tanda tanya yang menghantui mereka,” ujarnya sambil dipersetujui Siti yang berada di sebelah.

Kata Siti, mereka berdua sebenarnya sudah beberapa kali bertembung dalam beberapa majlis sebelum ini, cuma inilah kali pertama mereka digandingkan semula dalam sebuah sesi fotografi raya.

Sebagai orang yang dikatakan mendapat tempias paling buruk sewaktu kontroversi membabitkan dia dan Sharifah Aini berlangsung, Siti bagaimanapun mengakui yang dia tidak pernah memendam perasaan terhadap apa yang sudah terjadi.

“Mungkin pada pada tahun pertama kejadian itu berlaku, Siti agak tertekan.

Tetapi selepas tiga empat tahun kemudian, Siti mula melupakannya dan menganggap apa yang berlaku sebagai asam garam dunia artis. Siti anggap pertemuan hari ini sebagai keberkatan bulan Ramadan. Harapan Siti agar dapatlah dihentikan segera semua cerita tidak betul mengenai diri kami,” tegas penyanyi Air Mata Syawal ini.

Sepanjang lima jam di lokasi penggambaran, ada saja cerita yang diperbualkan mereka. Sesekali kelihatan kedua-duanya tertawa kecil seolah-olah ada perkara yang sangat melucukan hati.

Seperti dijangka, sebaik saja berita mengenai sesi fotografi ini disiarkan di akhbar arus perdana keesokan harinya, banyak maklum balas yang diterima. Ada positif dan tak kurang juga melemparkan komen negatif, termasuk dakwaan mereka berpura-pura baik.

“Biasalah, perkara seperti ini memang ada pro dan kontranya. Ada juga Siti terima maklum balas yang baik dan menyokong apa yang kami lakukan. Suami Siti sendiri pun bersetuju dengan apa yang berlaku hari ini. Jadi Siti tak kisah sangat kalau ada yang mempertikaikan keikhlasan kami bergambar bersama,” kata Siti.

Begitu jugalah yang dialami biduanita negara.

“Kak Pah juga ada menerima panggilan telefon daripada peminat yang menyokong usaha baik media menyatukan kami kembali, tetapi ada juga satu dua panggilan yang marah-marah dan mempersoalkan tindakan kami. Kak Pah tak rasa itu adalah peminat Kak Pah. Mungkin itu adalah suara mereka yang tak senang hati melihat kami berbaik semula,” tegas penyanyi lagu Nostalgia Aidilfitri ini.

Ditanya apakah mereka berdua sudi untuk bekerjasama dalam apa-apa projek selepas ini, balas kedua-duanya, mereka terbuka untuk perkara itu.

“Kalau ada peluang dan kesempatan, mengapa tidak? Lagipun memang Siti minat semua lagu nyanyian Datuk Sharifah Aini. Malah arwah bapa Siti pun minat pada Datuk sehinggakan kalau terdengar lagu Datuk berkumandang di radio, dia sanggup berhenti makan,” imbau Siti.

Anjur rumah terbuka

KETIKA takbir dan tahmid bergema di pagi hari ini, dua insan ini meraikan Aidilfitri bersama sanak saudara masing-masing. Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa menyambut perayaan itu di Sungai Petani, Kedah. Manakala Sharifah Aini pula bersedia menyambut kedatangan tetamu di kediamannya di Petaling Jaya.

“Tahun ini Siti dan suami akan buat rumah terbuka dan kepada mana-mana peminat yang tahu di mana kediaman kami, bolehlah datang berkunjung. Kebetulan tahun ini emak Siti akan pergi ke Kelantan kerana ada saudara yang akan berkahwin, jadi Siti berayalah di Kedah. Lagipun Siti sudah pun pulang ke kampung di Kuala Lipis tempoh hari untuk menziarahi kubur arwah abah,” ujar Siti yang baru saja pulang daripada menunaikan umrah, sehari sebelum fajar Aidilfitri disingkap.

Sediakan pelbagai hidangan lazat

SEPERTI lagu nyanyiannya Selamat Hari Raya yang liriknya ada menyebut pelbagai juadah popular menjelang Hari Raya, begitulah juga situasi sebenar di kediaman penyanyinya. Saban tahun, rumah agam miliknya pasti menjadi tumpuan saudara mara dan juga sahabat handai. Dan cerita penyanyi malar segar ini, dia suka menjamu tetamunya itu dengan pelbagai hidangan menyelerakan.

“Macam-macam hidangan yang Kak Pah sediakan seperti ketupat, lontong, laksa Johor dan soto. Seronok bila sanak saudara dapat berkumpul di rumah Kak Pah.
Bukan saja saudara mara tetapi kawan-kawan juga akan berkunjung sama. Lebih seronok tahun ini apabila Kak Pah dapat meraikan Aidilfitri bersama anak Kak Pah, Aliff Omar. Cuma apa yang menyedihkan apabila Aliff terpaksa kembali ke Madinah pada hari raya keempat,” cerita Sharifah Aini mengenai sambutan Syawal tahun ini.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 01:36 PM | Show all posts
raya terbaik utk CT tahun ni....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.474522 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list