View: 1832|Reply: 1
|
[Lain-Lain]
Kebanggaan Asia, debut cemerlang Shang-Chi
[Copy link]
|
|
SHANG-CHI sebuah naskhah yang terkandung bintang utama Asia menjengah ke galaksi MCU dengan cela yang sangat minimum.
Kebanggaan Asia, debut cemerlang Shang-Chi
ULASAN kali ini barangkali sedikit ketinggalan kerana penulis tidak berkesempatan berkunjung ke panggung wayang sehinggalah filem arahan sutradara Destin Daniel Cretton tersebut tersedia menerusi Disney+ hotstar.
Ya, Shang-Chi and The Legend of The Ten Rings kini boleh ditonton menerusi platform penstriman. Naskhah adiwira pertama Asia Marvel Cinematic Universe (MCU) itu juga ternyata sangat mengujakan dan langsung tidak mengecewakan.
Secara peribadi, Shang-Chi merupakan antara debut atau filem ‘origin’ MCU yang paling memuaskan hati.
Barangkali lebih baik daripada Captain Marvel (maaf, Carol Danvers). Dari segi naratif, terjemahan karakter dari komik ke layar perak, ‘keaslian’ dan sehinggalah ke bab teknikal seperti sinematografi, efek bunyi dan teknikal janaan komputer (CGI), filem berkenaan boleh disifatkan mencapai piawaian sebuah filem MCU.
SIMU LIU (tengah) menjayakan karakter hero adiwira Asia pertama MCU dengan cemerlang dan berkesan.
Budaya Asia
Shang-Chi sebuah naskhah yang terkandung bintang utama Asia menjengah ke galaksi MCU dengan cela yang sangat minimum. Sangat memberi representasi tepat terhadap budaya, ‘ketimuran’ dan keunikan orang Asia yang teliti dalam pelbagai aspek.
Simu Liu yang memainkan peranan Shang-Chi selayaknya diberikan tanggungjawab tersebut. Dia hebat berlawan, kelakar dan lelaki Asia yang berwawasan. Shang-Chi memberi epitome di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Seseorang yang tinggal jauh dari ‘kampung’ asalnya akan tetap pulang ke pangkal jalan dan menabur bakti kerana itulah tanggungjawabnya tidak kira sejauh atau sedalam mana penafian. Itu impak ‘Shaun’ atau Shang-Chi kepada diri penulis.
Letaklah orang Asia di bumi mana pun, di Amerika atau Eropah, jika sudah mengalirnya darah orang Asia, keperibadian murninya tetap jelas terpancar.
ANTARA babak menarik dalam Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings yang kaya dengan seni mempertahankan diri.
Simu berkarisma
Simu sangat cocok membawakan karakter Shang-Chi. Seni mempertahankan dirinya yang dicernakan dalam filem ini bersifat top-tier. Dia tahu kualiti yang perlu ada dalam diri seorang adiwira berdarah Asia dan melengkapkannya dengan cemerlang.
Babak pertarungan dengan ‘askar-askar’ Ten Rings dalam bas membuatkan penulis tidak senang duduk. Biarpun bertubuh kecil, Shang-Chi membuktikan saiz itu tidak penting dalam bertarung. Apa yang penting adalah kelincahan, kebijaksanaan dan skil bertarung.
Duo atau kolaborasi antara Shang-Chi dan rakan baiknya, Katy (Awkwafina) sangat-sangat menghiburkan.
Terjemahan karakter Katy oleh Awkwafina wajib diberikan pujian dan tepukan atas kerja yang sangat cemerlang.
Katy kaya dengan lelucon, namun pada masa sama menjadi ‘orang kanan’ paling berguna dalam antara banyak filem MCU yang pernah diterbitkan.
Penulis sebenarnya tidak terlalu mengikuti kisah Shang-Chi versi komik, namun cuma berharap yang cetusan kimia antara Shang-Chi dan Katy tidak bersifat platonik. Mereka layak bersama mungkin lebih daripada kawan.
SHANG-CHI seorang yang mahir dalam seni mempertahankan diri dilatih oleh bapanya, Wenwu sedari kecil untuk menjadi seorang pembunuh upahan.
Tony Leung yang memainkan peranan sebagai bapa kepada Shang-Chi iaitu Wenwu, seorang ‘duda’ yang ‘meratapi’ kematian isteri setelah sekian lama membuktikan betapa setianya orang Asia kita biarpun sudah berpisah jasad. Wenwu memaparkan skil lakonan dan adegan bertarung yang hebat tidak berbelah-bahagi.
Tan Sri Michelle Yeoh termasuklah watak yang dijayakan dijayakan Meng’er Zhang sebagai Xu Xialing iaitu adik sebagai Shang-Chi juga tidak kurang hebatnya.
Secara keseluruhannya, Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings sebuah filem Marvel yang sangat memuaskan dan seperti yang disebutkan dalam perenggan awal, filem ini, sebuah naskhah ‘origin’ MCU yang dijayakan selayak dan seadil-adilnya. Syabas!
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/11 ... emerlang-shang-chi/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|