View: 901|Reply: 0
|
Peminat V BTS serang Instagram Jennie Blackpink gara-gara isu 'follow' IG
[Copy link]
|
|
Ruangan komen Instagram Jennie Blackpink diserang peminat V BTS.
AHLI kumpulan Blackpink iaitu Jennie secara tiba-tiba diserang peminat V daripada kumpulan BTS.
Ia disebabkan V secara tidak sengaja mengikuti akaun Instagram milik Jennie pada 7 Disember lalu.
Bagaimanapun, selepas menyedari hal itu, V bertindak berhenti mengikuti (unfollow) laman sosial ahli kumpulan Blackpink itu.
Namun sudah terlambat kerana netizen pantas menyebarkan paparan skrin yang memperlihatkan V mengikuti Jennie.
Bagi menjelaskan perkara itu, V menerusi aplikasi Weverse menjelaskan dia tidak sengaja mengikuti artis berkenaan di Instagram.
Walaupun sudah mendapat penjelasan, peminatnya berpusu-pusu ke Instagram Jennie untuk meninggalkan komen negatif.
Tindakan peminat V itu menimbulkan rasa simpati netizen Korea yang menganggap Jennie sebagai tidak bersalah dalam hal itu.
"Saya berasa sangat bersalah, Jennie tidak melakukan apa-apa tetapi dia diserang oleh peminat BTS yang menuduh dia cuba mendapatkan perhatian.
"Saya tertanya jika Jennie terfikir untuk menutup ruangan komen pada akaunnya,"
"Ini bukan kali pertama peminat luar negara melakukan perkara sebegini, tetapi saya tertanya-tanya mengapa mereka berbuat demikian?" tulis seorang lagi warganet yang berada di dalam komuniti berkenaan.
"V yang membuat kesilapan, tapi mengapa mereka menyerang Jennie?," kata salah seorang ahli komuniti dalam talian tersebut. - ALLKPOP |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|