View: 860|Reply: 1
|
Kesihatan Jeong-yeon kembali merosot
[Copy link]
|
|
JEONG-YEON
Kesihatan Jeong-yeon kembali merosot
BARU beberapa bulan dapat kembali aktif menyertai rakan kumpulannya yang lain, penyanyi Jeong-yeon bagaimanapun akur apabila terpaksa mengundur diri atas masalah kesihatan.
Dia sekali gus terlepas peluang untuk beraksi bersama anggota Twice yang lain menerusi penganjuran konsert di Seoul pada hujung minggu ini.
Berita tersebut dimaklumkan agensi JYP Entertainment (JYPE) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.
“Selepas berbincang dengan Jeong-yeon dan rakan kumpulannya, kami memutuskan dia tidak dapat menyertai konsert Twice 4th World Tour ‘III’ pada 25 dan 26 Disember ini.
“Kami memohon maaf kepada peminat atas berita mendukacitakan ini yang menantikan penganjuran konsert mereka. Sebagai agensi, kami akan melakukan yang terbaik supaya artis naungan dapat bekerja dalam keadaan sihat,” katanya.
Sepatutnya, konsert Twice dilakukan selama tiga hari bermula 24 Disember (Jumaat), namun terpaksa dibatalkan kerana peraturan ketat SOP yang dikeluarkan pihak berkuasa.
Jeong-yeon pernah berehat beberapa bulan pada tahun lalu selepas diserang panik. Dia kemudian kembali aktif pada Januari lalu sebelum kesihatannya kembali memburuk pada Ogos.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/12 ... on-kembali-merosot/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
.
Dia jadi gemuk sebab ubat steroid (selepas pembedahan vertebrae leher) atau kontraseptif/"birth-control".?
. |
|
|
|
|
|
|
| |
|