CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4354|Reply: 7

PENGALAMAN SERAM(SOLO RIDE)

[Copy link]
Post time 2-1-2022 02:28 PM | Show all posts |Read mode
PENGALAMAN SERAM(SOLO RIDE)

December 16, 2021 by Editorial Department

TAJUK ENGALAMAN SERAM
(RIDE SOLO)

PENULIS : MAD PI

Penat sungguh aku rasakan pada hari itu. Kerja melambak yang harus disiapkan kerana esok sudah cuti hujung minggu. Aku tiba di rumah sudah agak lewat. Azan maghrib sudah lama berkumandang.

Sampai sahaja di rumah aku terus merebahkan diri ke katil. Niat hati ingin tidur buat melepaskan lelah namun aku teringat yang aku masih belum solat. Lalu aku bingkas bangun mempersiapkan diri.

Seusai solat aku masak maggie ‘telur mata’ untuk mengalaskan perut sebelum aku menghempaskan diri ke katil. Jadi selepas mengisi perut. Aku terlena. Aku sudah mamai bila kedengaran azan isya’.

Apabila aku terjaga jam menunjukkan pukul sepuluh malam. Mataku berkelip-kelip memandang siling. Sunyi rasanya suasana ketika itu. Rakan serumah entah ke mana. Mungkin mereka semua keluar makan.

Dalam suasana sesepi itu, aku jadi terfikir apa yang hendak aku buat selama dua hari ini. Aku capai telefon lalu aku jenguk ke laman sesawang Golden Screen Cinema(GSC), namun hampa.

“Haishhh takdok cerito sedak pulok doh, hampeh betol.”

Selalunya apabila hujung minggu, panggung wayanglah jadi tempat utama aku lepak. Maklumlah aku peminat setia filem-filem aksi dan seram. Seharian aku habiskan masa di sana.

Lagi pula aku bukan jenis yang suka tidur di siang hari,kecuali bila aku terlalu penat. Tiga hari sebelum aku ada rancang untuk ke Bukit Broga dengan kawan sekerja aku tapi terpaksa ditunda kerana dia ada hal.

“Hurmmmm.”

Fikiran mula melayang ke kempung. Rindu pula pada keluarga. Terutama sekali mak aku. Tanpa berfikir panjang, aku bersiap dengan ala kadar lalu turun ke tingkat bawah. Semasa aku menuju ke lif, aku terserempak dengan kawan serumah.

“Nak pergi ke mana Mad, dengan beg bagai malam-malam ni,” soal kawan serumah.

“Balik kampung,” aku menjawab dengan nada ceria.

“Sorang?” dia bertanya lagi. “

” Iyooo. “

” Gila lah,” dia seakan terkejut.

Tidak sabar rasanya ingin berjumpa keluarga. Aku merancang untuk buat kejutan pada mereka. Jadi aku tidak memaklumkan terlebih dahulu. Ketika itu, jam menunjukkan pukul sepuluh setengah malam.

Setengah jam kemudian, aku singgah di sebuah stesyen minyak sebelum tol Gombak. Aku isi minyak motorsikal dan mengisi perutku juga. Risau nanti susah untuk mencari kedai sepanjang perjalanan nanti.

Selepas perut terisi, aku menyambung perjalanan menuju ke tol gombak. Ketika itu aku mendapati tidak banyak kenderaan di atas jalan. Suasana agak sepi. Dapat aku menikmati keindahan malam.

Ketika aku melalui terowong Genting Sempah,tiba-tiba ada sebuah motor Yamaha LC memotong. Punyalah laju dah macam lipas kudung aku tengok. Aku menunggang dengan santai sahaja sambil melihat lampu-lampu dalam terowong tersebut.

Bila aku sampai penghujung terowong aku lihat motor LC tadi sudah terbabas. Motorsikalnya tersangkut di penghadang jalan. Manakala penunggang tercampak ke dalam parit di sisi jalan. Aku berhenti untuk memeriksa dan menghulurkan bantuan.

“Bos, ok tak,” aku menyoal.

“Ok ok,” dia jawab sambil bingkas bangun.

“Mengantuk ke?” aku menyoal kerana aku lihat matanya dah cukup rabak.

Macam sudah banyak hari tidak tidur. Aku membantunya untuk naik ke atas. Setelah memeriksa, motorsikalnya rosak teruk dan tidak dapat meneruskan perjalanan.

Kebetulan ada sebuah pacuan empat roda melalui jalan tersebut dan berhenti menyapa. Memandangkan penunggang motor tersebut tinggal di kawasan sekitar,pemandu pacuan empat roda itu menawarkan untuk menghantar dia balik.

Setelah aku pastikan penunggang itu selamat, aku meneruskan perjalanan. Ketika itu mata aku sudah berasa mengantuk. Namun aku teruskan perjalanan selagi mampu.

Sampai di Jerantut, hujan mula turun. Aku mencari-cari tempat untuk berteduh. Jam sudah menunjukkan pukul satu pagi. Lalu aku ternampak sebuah masjid dan membuat keputusan untuk singgah.

Aku tengok masih ramai jemaah sedang berkumpul di masjid tersebut. Rupa-rupanya ada jamuan. Aku memerhati dari jauh. Hajat di hati ingin menumpang tidur kerana hujan semakin lebat.

Aku menegur salah seorang jemaah,pada fikiranku mungkin dia ahli jawatankuasa masjid. Sebab dari tadi aku perhatikan dia agak sibuk menguruskan kelancaran jamuan tersebut.

“Assalamualaikum,”aku memberi salam.

” Waalaikumussalam warahmatullah, “dia membalas.

Aku meminta izin untuk tumpang menginap lalu dia berbesar hati mengizinkan. Setelah dia bertanyakan serba sedikit tentang aku, dia mempelawa aku untuk makan. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.

Bihun goreng dan air kopi panas menjadi habuanku. Sedap pula ditambah dengan kesejukan malam dan hujan lebat. Setelah selesai makan aku membersihkan pinggan dan gelas lalu ke tandas.

Alangkah terkejutnya apabila aku keluar, suasana sunyi sepi. Sedangkan aku di dalam tandas tidak sampai lima minit. Masjid yang terang benderang dengan cahaya lampu tadi sudah bertukar menjadi gelap gelita.

Sekejap tadi dipenuhi orang ramai kini sepi. Aku pandang sekeliling. Suasana bertambah seram apabila di sisi masjid dipenuhi pokok getah. Dahannya melambai-lambai ditiup angin.

Aku bingung. Keadaan yang meriah menjadi sepi dalam sekelip mata. Padahal ketika aku di dalam tandas, masih kedengaran suara riuh rendah para jemaah.

Aku menuju ke tempat aku menyimpan beg. Aku dikejutkan lagi apabila melihat tikar siap dibentangkan di sisi beg aku. Aku mengelilingi masjid namun hampa. Tiada orang aku temui.

Memandangkan hujan masih lebat, aku membuat keputusan untuk tetap di situ. Seram juga aku rasakan namun aku terlena jua akhirnya. Apabila aku sedar, azan subuh berkumandang. Setelah selesai solat aku menyambung perjalanan pulang ke Kelantan.

Siapakah mereka yang aku temui pada malam itu tinggal misteri…..

-TAMAT-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-1-2022 02:29 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2022 10:44 PM | Show all posts
Best citer tt
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 08:28 AM | Show all posts
Tertanya apakah makanan yang dimakan
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2022 06:24 PM | Show all posts
Go ahead and decorate your radiator covers. You won believe what a stunning transformation took place in only a brief quantity of time.
how to make stained glass We had a totally different article planned for now, but then a super fun/random project dropped into our laps on Monday night.
Does a first generation college student come from a home where neither parent earned a college diploma? Imagine if at least one parent graduated college?
The derivative of tangent x, sec x The derivative of a function of a real variable measures the sensitivity to change of the function value.
legal positivism is that the jurisprudence that argues that any and every one laws are nothing a lot of and zip below simply the expression.
Find private money lenders: To leverage greater offers than you have got got coins for, you could achieve capital from personal cash creditors.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2022 02:06 PM | Show all posts
Citer la lagi TT.... bestlaa....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2022 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu jek ke stinger??
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2022 11:38 PM | Show all posts
jin islam agaknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.214567 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list