CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3620|Reply: 10

Tabung Pembinaan Masjid Sri Cicely, Teluk Intan

[Copy link]
Post time 26-8-2010 12:20 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum WBT & Salam Ramadhan Semua,
Saya nak mewar-warkan tentang peluang untuk kita menambah amalan dibulan Ramadhan yang suci ini dengan infaq/sedeqah untuk pembinaan Masjid Sri Cicely, Teluk Intan. Berikut adalah ekstrak yang diambil dari muka depan laman web nya iaitu http://www.infaqonline.com.my.






Assalamu’alaikum w.b.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan pembinaan laman web infaqonline.com.my. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas budi baik mereka ini.

Tujuan utama pembinaan laman web ini ialah bagi memberi keselesaan dan kemudahan kepada orang ramai menginfaq harta mereka ke jalan Allah. Dalam masa yang sama diharap dengan terbinanya laman web ini capaian ke semua rakyat Malaysia di mana jua mereka berada tidak terbatas dalam melaksanakan sedekah dan amal jariah.

Al-Munafiqun [10]: Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya:

"Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh"

Untuk pengetahuan YBhg Dato’/Datin/Tuan/Puan yang dermawan semua, buat masa ini pembinaan bangunan kompleks Islam dan Masjid terpaksa diperlahan kerana keadaan kewangan yang tidak mencukupi bagi membeli bahan binaan sebagaimana yang sepatutnya.

Untuk itu pihak Jawatankuasa Penaja sekali lagi mempelawa individu, syarikat pertubuhan atau sesiapa sahaja untuk beramal dan menghulurkan bantuan seikhlas yang boleh bagi menyiapkan pembinaan pembangunan Kompleks Islam dan masjid ini. Sumbangan dari pihak YBhg Dato’/Datin/Tuan/Puan sekalian boleh dibuat atas namaJAWATANKUASA PEMBINAAN MASJID KM4 melalui akaun Maybank : 558060502103

Semoga sumbangan YBhg Dato’/Datin/Tuan/Puan itu diganjari oleh Allah Ta’ala dan akan menjadi bekalan di hari kemudian.

Sebarang kemusykilan dan pertanyaan boleh berhubung terus dengan Bendahari Jawatankuasa Pembinaan Masjid Sri Taman Cicely, KM4, Jalan Changkat Jong, 36000 Teluk Intan, Perak di talian 019-4086669 @ 019-2236364.

Sekian terima kasih dan Jazakallahu Khairan Kathiran


Yang benar

JAWATANKUASA PEMBINAAN MASJID KM4


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2010 02:11 AM | Show all posts
Betul ke nak letak nama Sri Cicely?
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2010 02:30 AM | Show all posts
Betul ke nak letak nama Sri Cicely?
aLiN_82 Post at 28-8-2010 02:11
tak sedap pung nama tu.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2010 08:58 AM | Show all posts
salam wbt alin,

ya nama (secara tak officialnya) sekarang memang masjid sri taman cicely boleh rujuk kat surat kelulusan dari jabatan agama islam perak dlam websitenya www.infaqonline.commy
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2010 09:03 AM | Show all posts
lokasi masjid ialah di km4 Sri Taman Cicely Teluk Intan...teruskan ke link laman webnya untuk maklumat lebih lengkap. semua surat kelulusan (JAIP, Majlis Perbandaran Teluk Intan dan Pengecualian Cukai dari LHDN) ada disertakan
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2010 12:16 PM | Show all posts
lawa masjid..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2010 04:29 PM | Show all posts
jauh tak dari area pekan,menara jam,batak rabit atau kg. Terengganu?
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2010 07:02 PM | Show all posts
Kalau tak silpa aku la...  cecily tu nama orang kan?  dia tu muslim atau hindu?  boleh tak tukar nama lain?  tak perlu ikut nama taman.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2010 07:11 PM | Show all posts
apa maksud cicely tu?
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2010 08:21 PM | Show all posts
waaa ciceli...tak penah dengar pon nama tuh..pes taim dengau..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 08:51 AM | Show all posts
Reply 7# liyamariska [

xla jauh..msjid ni kat jln changkat jong..berhadapan dgn tmn cicely dan bersebelahan dgn hospital teluk intan

   
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.060487 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list