|
BIPASHA BASU
Bipasha Basu bimbangkan ibu bapa
PELAKON seksi Bipasha Basu mengakui sangat paranoid apabila memikirkan soal keselamatan kedua-dua ibu bapanya, terutama melibatkan soal kesihatan.
Kata pelakon berusia 43 tahun itu, kes harian Covid-19 masih berada pada tahap membimbangkan, sekali gus meresahkan jiwanya mengenangkan orang tuanya.
“Saya sama seperti anak perempuan lain yang sangat bimbangkan keselamatan dan kesihatan ibu bapa.
“Keadaan masih lagi berbahaya, saya sentiasa perlu mengambil tahu ke mana mereka (ibu bapa) berada dan apa yang mereka lakukan setiap masa,” katanya.
Aktres filem Alone itu turut berasa sedih apabila ibu bapanya tidak pernah ke mana-mana (bercuti) sejak dua tahun lalu gara-gara Covid-19.
“Saya memberitahu mereka jika keadaan kembali pulih, saya akan membawanya bercuti ke Maldive,” katanya.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... imbangkan-ibu-bapa/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|