|
Rain yang diwakili agensinya bakal saman YouTuber
PENYANYI dan pelakon popular Rain bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan berita palsu tentang dirinya.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan agensinya, Sublime Artist Agency (SAA), mereka tidak akan bertolak-ansur atau melakukan perbincangan dengan mana-mana pihak terlibat.
ARTIKEL BERKAITAN: Kunjungan Rain ke sekolah lama dikritik langgar SOP
“Kami telah semak hantaran dan komen yang menyebarkan berita tidak benar, menjatuhkan artis kami, menyerang peribadi, kritik secara melulu dan menyebarkan berita belum sahih.
“Ada YouTuber yang membuat cerita palsu untuk meraih tontonan, kemudian dari situ ada yang menyebarkan khabar angin tidak benar.
“Kami akan mengambil tindakan undang-undang ke atas perbuatan yang mengancam artis kami,” jelas kenyataan agensi.
Pada April 2021, tersebar satu video mendakwa Rain seorang yang kedekut kerana tidak mahu membelanja artis-artis muda lain.
Pelbagai respons diterima berikutan kes tersebut.
Segelintir netizen menyokong tindakan Rain untuk mengambil tindakan undang-undang.
Bagaimanapun sesetengah berpendapat tindakan bintang drama Full House ini adalah melampau.-SOOMPI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|