CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1212|Reply: 0

Tak Boleh Sebut Oppa Kat Korea Selatan? 7 Budaya kPop Dilarang Di Korea Utara!

[Copy link]
Post time 18-1-2022 09:57 PM | Show all posts |Read mode
Korea Utara dikenali sebagai negara yang menolak pelbagai budaya asing dari musik, fesyen, rambut dan banyak lagi.

Negara itu kini tidak menerima pelancong dari seluruh dunia dengan kawalan ketat ke atas maklumat yang keluar atau masuk di negara itu.


kredit foto: Koreaboo



Korea Utara juga mengharamkan filem dan buku dari luar negara kecuali yang dibenarkan kerajaan negara itu sahaja.



Sebelum ini, hubungan Korea Selatan dan China semakin baik sehingga beberapa elemen Korea Selatan memasuki Korea Utara. Walaupun begitu, keadaan di Korea Utara makin merosot ekoran peraturannya yang diperketatkan semula.


Berikut merupakan 7 budaya kPop yang dilarang di Korea Utara.



  • Pengharaman panggil Oppa
kredit foto: Soompi



Ahli Parlimen Korea Selatan, Ha Tae-Keung memberitahu ketika menghadiri taklimat oleh agensi perisik negari itu, tentera Korea Utara sedang menggubal peraturan yang ketat tentang cara rakyat Korea Utara berpakaian dan bertutur.



Menurutnya, Wanita di Korea Selatan sering menggunakan istillah "Oppa" kepada pasangannya, tetapi panggilan "Oppa" adalah dilarang di Korea Utara sebaliknya mereka harus memanggil kekasihnya "rakan seperjuangan lelaki."



  • Kawalan ketat gaya rambut
kredit foto: IWMBuzz



Di Korea Utara, mereka menjaga imejnya sehingga pakaian, gaya rambut dan bahasa adalah penting untuk negara tersebut. Orang muda yang menyanyi dan menari harus mengikut melodi dan irama yang sesuai dengan keperluan zaman dan sentimen kebangsaan rakyat.



Walau bagaimanapun, toleransi Korea Utara selalu berubah angin kerana mahu seiring dengan kesejahteraan ekonomi dan hubungan diplomasi antarabangsa.



  • Pengaruh Muzik dari Korea Selatan
kredit foto: wikipedia



Selepas kejatuhan Soviet, ekonomi Korea Utara jatuh teruk, sebaliknya pula berlaku pada ekonomi Korea Selatan yang meningkat sehingga menjadi negara setanding dengan negara Eropah seperti Perancis dan Itali dengan kuasa trend kPop yang berkembang pesat dari muzik, produk kecantikan dan banyak lagi yang menembusi pasaran dunia.

Korea Utara amat berhati-hati untuk membenarkan sebarang pengaruh dari Korea Selatan yang masuk ke negara itu.



  • Kemiskinan rakyat di Korea Utara
kredit foto: NDTV



Korea Utara mempunyai isu kebuluran yang teruk sehingga ada yang mati kelaparan, manakala di Korea Selatan pula mereka hidup aman dan damai selain mempunyai bekalan makanan mencukupi.



Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, mengakui bahawa keadaan negaranya yang kekurangan bekalan makanan bukan disebabkan dirinya, tetapi susulan taufan dan banjir yang melanda di negara itu.

Dia juga berkata, dia tidak takut dengan kebangkitan besar-besaran daripada orang ramai yang tidak berpuas hati dengan pemerintahannya. Kim menetapkan hukuman berat kepada sesiapa yang berani membuka mulut.



  • Pengharaman menonton Drama Korea Selatan
kredit foto: BBC



Menurut Jean Lee, bekas Ketua Biro Pyongyang Associated Press, rakyat akan mendapat ancaman jika ada yang menonton drama Korea Selatan.



Menurutnya, golongan muda adalah sasaran terbesar tindakan keras angkatan tentera Korea Utara kerana mereka yang paling terdedah kepada pengaruh tersebut.



  • Korea Utara tuduh Korea Selatan eksploitasi idol seperti Hamba.
kredit foto: Newsweek



Disember lalu, Korea Utara meluluskan undang-undang baharu yang akan menghalang penyebaran kandungan yang tidak diluluskan penapis kerajaan mereka.



Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un mencadangkan kawalan yang lebih besar kepada penyebaran kandungan budaya asing. Beberapa bulan kemudian, sebuah laman web propaganda Korea Utara menuduh Korea Selatan mengekspoitasi idola seperti hamba.



  • Korea Utara sekat barangan dari Korea Selatan.

Barangan dari Korea Selatan disekat sepenuhnya sama dengan orang ramai tidak dibenarkan merentasi sempadan supaya mereka tidak boleh mendapat apa yang diinginkan. Kim Jong Un mengeluarkan notis ugutan terhadap rakyat supaya jangan beli atau mendapatkan barangan daripada negara jiran dan mengajak mereka kembali kepada tradisi asal.

Kerajaan di negara itu sering tukar angin mengenai perkara yang boleh dan tidak boleh diterima untuk masuk dalam Korea Utara sehingga sering mencetuskan kekeliruan. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.107794 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list