View: 580|Reply: 0
|
8 terbunuh berebut masuk stadium
[Copy link]
|
|

Enam terbunuh ketika merempuh masuk ke Stadium Olembe bagi menyaksikan perlawanan bola sepak antara Cameroon dan Comoros. FOTO AFP
YAOUNDE: Lapan orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam rempuhan di Stadium Olembe, di ibu negara Cameroon untuk menyaksikan negara tuan rumah menentang Comoros dalam Piala Negara-Negara Afrika, semalam.
Walaupun kapasiti stadium sebanyak 60,000 penonton dihadkan kerana kebimbangan jangkitan COVID-19, had 60 peratus dinaikkan kepada 80 peratus apabila Cameroon bermain.
"Lapan kematian direkodkan, dua wanita berusia tiga puluhan, empat lelaki berusia tiga puluhan, seorang kanak-kanak dan satu mayat dibawa pergi oleh keluarga," kata laporan awal Kementerian Kesihatan.
Mangsa yang cedera difahamkan dimasukkan ke hospital Messassi di bandar itu selepas kejadian itu.
Seorang bayi juga dilaporkan dipijak dalam kejadian itu tetapi berjaya diselamatkan dan dibawa ke Hospital Besar Yaounde serta keadaannya stabil.
Kejadian dipercayai berlaku ketika penyokong berebut-rebut untuk masuk ke tempat duduk aras bawah stadium.
Susulan kejadian itu, Persekutuan Bola Sepak Afrika (CAF) berkata mereka akan menyiasat insiden berkenaan dan cuba mendapatkan butiran lanjut mengenainya.
Persekutuan itu berkata, Setiausaha Agung CAF akan melawat penyokong yang cedera di hospital dan berunding dengan kerajaan Cameroon serta Jawatankuasa Penganjur berhubung kejadian itu.
Bagaimanapun, keadaan di stadium terkawal selepas perlawanan tamat dengan Cameroon menewaskan Comoros menerusi jaringan 2-1. - AFP
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|