TILAKNAGAR: Tindakan jurujual kereta mempersenda dan memperlekeh petani India yang datang membeli SUV, ternyata memalukan dirinya sendiri.
Menurut Republicofbuzz, jurujual bilik pameran kereta mempersenda petani bernama Kempegowda, yang datang ke premisnya untuk membeli SUV, selepas melihat pakaiannya yang selekeh.
Malah, jurujual itu turut meminta petani tersebut keluar dari kedai kerana beranggapan dia tidak memiliki wang RM0.56 (INR10) apatah lagi RM55,654 (INR10 lakh).
Kempegowda menghubungi saudara-mara dan rakan-rakannya untuk mendapatkan bantuan dan berjaya menyediakan wang berjumlah RM55,654 dalam masa sejam.
Dia kemudiannya kembali ke bilik pameran, membayar dengan wang tunai dan meminta kenderaan tersebut dihantar ke kediamannya pada hari yang sama.
Kakitangan bilik pameran itu bagaimanapun memberitahunya kereta itu hanya akan dapat dihantar selepas tempoh tiga hari.
Kempegowda memfailkan aduan terhadap jurujual tersebut di balai polis Tilaknagar di Tumkur kerana mempersendakannya.
Kedua-dua pihak berdamai dan menyelesaikan perkara itu secara baik selepas penjual kereta memohon maaf atas kelakuan mereka.
sarawakvoice.com/2022/01/28 |