CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 551|Reply: 0

Perkarangan Masjid al-Aqsa dilitupi salji

[Copy link]
Post time 30-1-2022 10:56 AM | Show all posts |Read mode

Kanak-kanak bermain salji berhampiran Qubbah al-Sakhrah yang terletak dalam kawasan Masjid al-Aqsa. - FOTO Reuters

Baitulmaqdis: Salji memenuhi Baitulmaqdis dan timur Mediterranean Khamis lalu, selepas ribut yang jarang berlaku mengubah bandar itu dan memeritkan lagi kehidupan pelarian Syria di wilayah berkenaan.

Ia kini mencetuskan gangguan besar di Athens dan Istanbul, menyebabkan hujan salji di beberapa kawasan yang kebiasaannya lebih dikenali kerana bahang musim panas.

Bandar itu mula dilanda salji pada Rabu, dan menjelang pagi Khamis, salji sudah memenuhi bumbung keemasan 'Dome of the Rock' atau Qubbah al-Sakhrah, dalam perkarangan Masjid al-Aqsa.

Salji juga memenuhi terbuka di Dinding Barat atau Dinding Ratapan, yang juga tempat penganut Yahudi beribadat.

Perkhidmatan meteorologi Israel merekodkan salji antara 15 hingga 25 sentimeter (sm) dalam tempoh semalaman.

Kenderaan pembersih salji hanya dapat membuka lebuh raya utama pada tengah hari, bagi membolehkan laluan menuju ke Baitulmaqdis dari arah utara, selatan dan barat.

Sekolah di Baitulmaqdis dan utara Israel ditutup akibat salji buat masa ini tetapi dijangka dibuka tidak lama lagi berikutan suhu semakin meningkat dan hujan.

Salji turut memenuhi kawasan tinggi di Tebing Barat yang diceroboh Israel, dengan Pihak Berkuasa Palestin menutup sekolah dan beberapa perkhidmatan awam.

Syarikat Elektrik Israel berkata, penggunaan tenaga mencecah paras tertinggi dalam tempoh semalaman apabila penduduk Israel menghidupkan pemanas.

Di Jordan, hujan salji meliputi laluan di ibu negara, Amman, menyebabkan keadaan di seluruh negara itu berbahaya untuk pemandu.

Jabatan Meteorologi Jordan meramalkan lebih banyak salji akan melanda di kawasan tinggi, dengan suhu dijangka turun ke bawah paras beku.

Mesir turut merekodkan musim sejuk paling dingin dalam tempoh 10 tahun, dengan suhu mencecah sehingga tujuh dan lapan darjah di bawah suhu purata pada musim itu.

Di Syria, salji turun selama beberapa hari memenuhi kem pelarian di kawasan di barat laut negara itu yang dikawal pemberontak, memaksa kebanyakan keluarga terpaksa berpelukan di bawah kanvas dalam suhu di bawah paras beku.

Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) minggu ini melaporkan sekurang-kurangnya 227 kawasan pelarian di barat laut negara itu dilanda ribut salji kuat sejak 18 Januari lalu.

Katanya, 545 khemah musnah akibat ribut manakala 9,125 khemah lagi rosak akibat salji, banjir dan angin kencang, yang turut memusnahkan harta benda milik pelarian.

Keadaan sangat teruk dilaporkan di bandar Arsal, kawasan pergunungan di sempadan Syria, di mana keluarga Lubnan dan kira-kira 70,000 pelarian Syria bergelut menghadapi kesejukan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.133334 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list