|
Deepika tidak mahu ambil serius apabila diminta lakukan implan payudara.
PELAKON terkenal Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dia pernah diminta untuk melakukan pembedahan implan payudara ketika berusia 18 tahun.
Menerusi laporan Hindustantimes, Deepika bagaimanapun berkata ketika itu dia enggan mengambil serius mengenai cadangan tersebut.
"Saya pernah mendapat nasihat yang paling teruk oleh seseorang yang minta saya lakukan pembedahan implan payudara.
"Ketika itu, saya baharu saja 18 tahun. Tapi saya berfikir, kenapa perlu saya ambil perkara itu secara serius," kata Deepika.
Deepika mendedahkan perkara tersebut ketika temu bual bersama FilmFare untuk promosikan filem terbaharunya berjudul Shakun Batra.
Dalam pada itu, Deepika turut memuji rakan selebritinya iaitu aktor Shah Rukh Khan yang banyak memberi nasihat kepadanya.
"Shah Rukh Khan memberi nasihat yang sangat baik dan saya dapat belajar banyak daripadanya. Nasihat yang sangat berguna.
"Seronok dapat bekerjasama dengan orang yang memberi nasihat dan sama-sama mencipta kenangan serta pengalaman. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|