CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2649|Reply: 8

Polis sahkan Tangmo Nida mati lemas

[Copy link]
Post time 3-3-2022 02:30 PM | Show all posts |Read mode

TANGMO Nida.

Bangkok: Misteri kematian pelakon Nida Patcharaveerapong atau dikenali sebagai Tangmo Nida terjawab apabila polis mengesahkan pelakon itu meninggal dunia akibat lemas.

Ia hasil pemeriksaan forensik.

Thai PBS World melaporkan, Pesuruhjaya Polis Wilayah 1, Jirapat Phumichit, berkongsi perkembangan kes kematian pelakon itu menerusi sidang media, Selasa lalu.

Menurut Jirapat, Nida mengalami luka dalam pada kaki kiri mangsa mungkin disebabkan oleh kipas bot tetapi forensik tidak memberikan sebarang petunjuk sama ada pelakon itu terjatuh dari bot, atau ditolak.

Beliau turut mendedahkan polis meneliti kenyataan lima rakan yang berada di atas bot yang sama dengan Nida.

"Setakat ini, mereka menyerahkan pakaian yang mereka pakai pada malam itu, sudah menjalani pemeriksaan fizikal dan menyediakan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) untuk analisis forensik,"katanya.

Berhubung luka dan lebam yang ditemui pada lengan dan bahu salah seorang daripada lima rakan Nida di dalam bot bersamanya, dikenali sebagai Job, doktor yang menjalankan pemeriksaan memberitahu media bahawa ia berlaku dalam tempoh lima hingga tujuh hari dan bukan disebabkan cakaran kuku jari.

Seorang doktor pada sidang media berkata bahawa dia tidak bertanya bagaimana lelaki itu mendapat kecederaan, namun percaya bahawa ia disebabkan oleh objek keras dan bukan pergaduhan.

Jirapat berkata bahawa penyiasat polis sudah memeriksa sistem navigasi GPS pada bot dan mendapatkan butiran perjalanan kapal termasuk kelajuan pelayarannya pada malam tragedi Khamis minggu lalu itu.

Pakar patologi di Institut Perubatan Forensik Hospital Besar Polis memberitahu media bahawa mereka tidak dapat mengesahkan sama ada Nida sudah membuang air kecil sebelum dia lemas, seperti yang didakwa rakan-rakannya, kerana mayat sudah di dalam air untuk waktu yang lama.

Pakar forensik, Prof Madya Dr Werasak Charaschaisri memberitahu PBS Thai bahawa luka dalam pada kaki mangsa mungkin disebabkan oleh kipas bot, tetapi masih belum didedahkan sama ada luka itu, sebelum atau selepas bedah siasat.

Mengenai pasir yang terdapat di dalam paru-paru Nida, Dr Werasak menjelaskan dia masih bernafas ketika terjatuh ke dalam sungai .

Katanya, ia kerana pasir boleh masuk ke dalam paru-paru ketika lemas, dan arus di Sungai Chao Phraya menyebabkan pasir boleh terampai di dalam air.

Oleh itu, mangsa tidak perlu tenggelam ke dasar sungai untuk pasir masuk ke dalam paru-parunya.

Sementara itu, ramai penduduk tempatan meletakkan bunga di Jeti Pibulsongkram di wilayah Nonthaburi, hari ini, bagi penghormatan terakhir kepada mendiang pelakon berkenaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2022 02:50 PM | Show all posts
kesiannya, mmg x terbela lah, hope dia jd antu mcm maenak tu, p balas dendam senirik kat manusia durjana tu sume
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 10:43 AM | Show all posts
mcm tak logik plak kes ni, dgn kwn2 yg bleh plak tido dlu baru buat report. ehh xleh brain aku kes tangmo ni, alih2 polis kata paru2 dia ada lumpur.. haih. abes body dia tu camne? dgn leher kesan terjerut laa apa laa.. kesian wehh kes tangmo ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Pak polisi dibayarkah???? Kesian dia, moga dia dpt keadilan. Kalau tak dia jadi je la hantu cekik balik
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
lasagna replied at 4-3-2022 10:43 AM
mcm tak logik plak kes ni, dgn kwn2 yg bleh plak tido dlu baru buat report. ehh xleh brain aku kes t ...

Lama ke mendiang hilang dlm air tu. Td baca sepintas lalu je.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2022 07:09 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2022 10:59 AM | Show all posts
even dia punya mak pon dibayar terus senyap
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2022 08:14 AM | Show all posts
syidasaleh replied at 4-3-2022 05:52 PM
Lama ke mendiang hilang dlm air tu. Td baca sepintas lalu je.

lama la agaknya kot.. tp smlm kat twitter (asal dr tik tok video tu) ada sorg kakak tu dia cerita n translate balik apa trjadi, kes still dlm siasatan semula. sbb kwn2 yg 4 org bg statement lain, yg kwn ke 5 plak bg stetement lain. haaa wait n see jer laa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2022 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya Tangmo.
Moga kematiannya terbela.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.053027 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list