Bapa kepada Allahyarham Bibi Andriansyah iaitu Haji Faisal meluahkan rasa kecewa dengan kenyataan besannya iaitu Doddy Sudrajat yang mendakwa Vanessa Angel telah hamil sebelum berkahwin dengan anaknya.
Menurut laporan Liputan6, Faisal berkata dia terkilan apabila menantunya itu dituduh dengan kenyataan tidak benar oleh ayahnya sendiri.
Haji Faisal bersama menantu kesayangannya, Allahyarham Vanessa Angel. Foto: via mStar Online
"Tak ada itu (Vanessa sudah hamil sebelum kahwin)," katanya ketika ditemui media di Pejabat Agama Jakarta Barat, Indonesia pada Rabu.
Dalam pada itu, Faisal mengakui hairan apabila besannya seolah-olah lebih mengetahui mengenai kehamilan berkenaan sedangkan Doddy dan Vanessa terputus hubungan ketika itu.
"Saya nak tanya, sebelum bernikah itu sudah berapa lama dia tak berjumpa dengan anaknya... dari mana dia tahu (Vanessa hamil)," soal Faisal.
Haji Faisal (kiri) terkilan dengan kenyataan besannya iaitu Doddy Sudrajat. Foto: via mStar
Pada Rabu lalu, Doddy mendedahkan anaknya itu hamil sebelum berkahwin dengan Bibi.
Justeru itu, dia terpaksa merestui perkahwinan pasangan itu walaupun pada awalnya dia melarang.
"Vanessa ketika itu sedang mengandung dahulu. Kalau misalnya Vanessa belum hamil, ya daddy tak akan bersetuju," kata Doddy menerusi YouTube Uya Kuya TV. -CARI
Sumber: mStar Online |