Sumber IG Pasha Lee
Seorang pelakon Ukraine iaitu Pasha Lee mati berjuang mempertahankan negara dalam serangan kejam pada hari kedua belas pencerobohan tentera Rusia ke atas negara terbabit.
Aktor berkenaan mungkin hanya terkenal di negaranya dan saat berita ini disiarkan, ada yang mempertikaikan kerana tidak mengenali figura ini.
Bagaimanapun atas dasar kemanusiaan, sama-samalah kita mendoakan agar perjuangannya tidak sia-sia.
Muat naik terakhir di IG Pasha
Memetik laporan media antarabangsa, pemilik nama sebenar Pavlo Romanovych Lee yang pernah meminjamkan suara untuk filem The Hobbit dan Lion King itu terbunuh di Kota Irpin.
Aktor berdarah Korea-Ukraine itu menyertai Pasukan Pertahanan Wilayah Angkatan Tentera Ukraine pada minggu lalu.
Selain Lee, Yuriy Prilipko iaitu datuk bandar perkampungan Gostomel turut terkorban.
Prilipko (Sumber Hindustan News Hub)
Prilipko yang berusia 61 tahun adalah antara individu yang memberikan sokongan dengan memberikan roti dan ubat-ubatan kepada orang awam yang menjadi mangsa perang.
Lee menemui ajalnya dalam serangan bom mortar manakala Prilipko mati ditembak tentera Rusia. - CARI
|